Wednesday, December 14, 2016

Karipap

Kali ni nk citer pasal karipap. Buat kelmarin dan semalam. Resepi google ajer. Mula2 buat guna minyak masak je..hasilnya..kulit karipap keras. Cari resepi lain ada tambah mentega 2 sudu. Resepi yg ni memang mabeles...menjadi karipap rapuh dan yg paling penting kulit dia tak terbuka bila digoreng. gambar karipap xsempat nk ambik sebab berdesuppp dimakan oleh anak2 serta en.ayah. maaf ler lupa resepi ceduk dr blog mana. Ampun tuan punya resepi minta halal yer huhu.
 
Bahan2: 

400gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam

Cara-caranya:

1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin, masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti. Sementara itu boleh buat inti karipap.

*copy n paste hihi

Untuk inti ummi wat inti kentang jer boh ayam sikit. Tapi rasa jemu dah dgn kentang ni. lain kali nk wat inti keledek plak. hmm itulah dia pengalaman buat karipap. agak susah jugak la nk buat karipap ni bagi ummi. perlu buat bnyk2 kali untuk pandai buat karipap 

No comments :

Post a Comment

Komentar anda amat dihargai, terima kasih.