Sunday, April 30, 2017

Friday, April 28, 2017

Lunch

Lunch dah siap. anak2 ulat dah ready nk makan.


My dream

Impian depan2 hari nk buat ala2 gini..insyaAllah 

















Happy Juma'ah day

Pagi ni terasa boring dan malas. Tapi malas2 pun dapat la cabut rumput rumpai di sekitar rumah. cabut pakai tangan. banyak jugak dapat. buat sikit2 setiap hari takde la cepat naik lalang2. kalo tak sekejap je dah naik tinggi. 

Sekarang dah penghujung April. cepat betul bulan april ni berlalu. ramai kawan2 ummi sambut birthday dlm bulan april ni. depa siap gi sambut kat secret recipe. ada yang dapat surprise present daripada suami masing2. seronoknya dah rezeki depa. ada kerjaya, ada duit, bergaya dan dihargai. ummi xde semua tu tapi ummi bahagia dengan hobi ummi tanam pokok. biarpun tangan ummi ni bukan tangan sejuk orang kata, tapi tetap gak nak tanam pokok. satu benda yang ummi dapat rasa pada pokok ni, kalau kita sayang dia, jaga dia..dia akan hidup subur. haa..pokok pun ada perasaan tau. 


Monday, April 24, 2017

Friday, April 21, 2017

Sea star



Cuba teka apa dia sea star? sea star tu tapak sulaiman. Mengikut mat saleh dlm video, starfish tu xbetul. yg lebih tepatnya ialah sea star sbb ia bukan sejenis ikan. pagi ni qayyum nak tengok video sea star. qayyum mmg panggil star je. 



qayyum: ummi, qayyum nak kutip star         banyak2 pastu nak bagi ummi biar ummi masak. qayyum nk mkn dengan kicap.
 ummi: ok boleh (layankan aje)

pastu qayyum main teka teki plak..

qayyum: binatang apa yang suka makan coklat coki?
ummi: ayam?
qayyum: betullll
ummi: hahaha
qayyum: binatang apa yg suka makan nasi?
ummi: lembu?
qayyum: betullll
ummi: hahaha

jawab la apa saja qayyum mesti cakap betul hihihi. qayyum 4 tahun makin bijak makin notti.

Ikan



Masa balik kampung baru2 ni mak ummi dan makcik dok berckp2 pasal harga ikan yg mahal. Harga ikan kembung rm19 sekilo. mak ummi tnya kat sini brapa ? ummi tak tahu kuikui. Balik sini ummi tengok kat kedai runcit kat sini pun boleh tahan rm17 sekilo. tu baru ikan kembong. ikan lain takyah ckp mahal macam bedil. pastu ikan pulak beli mahal2 balik masak sekali atau dua kali makan je. kalo beli ayam sekor balik pack kecik2 boleh la tahan minimum pun tiga hari makan. 

Wednesday, April 19, 2017

Colouring time

Anak ummi berdua ni kalau mewarna tak pernah lama. sekejap je depa conteng2 pastu taknak colour dah. 


Tuesday, April 18, 2017

Orange kek

Petang2 anak lapar buat la kek. Kebetulan ada sebiji oren dah lama dok dlm peti es. Perah2 dapat jus oren setengah cawan.

Bahan2:

butter 250g
gula 1 cawan
telur 5 biji
esen vanilla 1 sudu teh
susu pekat 50ml
jus oren setengah cawan
sedikit parutan kulit oren (optional)
tepung gandum 2 cawan
baking powder 1 sudu besar

cara2:
mula2 pukul (guna pemutar kek) butter dengan gula sampai kembang. lepas tu masukkan pula telur sebiji demi sebiji, pukul lagi. masukkan esen vanila, susu pekat dan jus oren, pukul biar sebati. masukkan pula parutan kulit oren dan campuran tepung gandum dan baking powder yg telah diayak terlebih dahulu. lepas dikaup balik sekata, masukkan ke dlm loyang dan bakar pd suhu 160 c selama  40- 45 minit. 







Mendung

Pagi tadi cuaca macam cerah. tiba2 sekarang jd mendung.


Ujian

Hari ni sampai khamis along dan abang ada ujian bulanan kali ke2 sekolah agama. Alhamdulillah along dan abang dah boleh baca alquran dan baca jawi sikit2. Tq Allah. Ummi doakan along dan abang terus berjaya dunia dan akhirat aminnn.

#anakummimakinpandaisyukuralhamdulillah

Monday, April 17, 2017

Workout

Uhhuii..banyak betul lerr lemak dlm badan ni. Dah lama dah ummi dan fathul tak pegi jogging. makin malas dan tambah pula setiap kali weekend ada je urusan en.ayah. kalu en.ayah xde kt rumah, ummi dan twins tak leh gi jogging sebab nnt sape nk jaga yum dan yam. Alhamdulillah mujur kt rumah ummi sentiasa bergerak buat keje2 rmh. kalo menyangkul rumput kt halaman tu keluar jgk peluh2. biar je kuar peluh bnyk2 biar sihat. fathul ni la yg problem. makan banyak tapi pergerakan kurang. kecik2 dah obes. obesiti boleh meningkatkn risiko untuk dapat diebetes, sakit buah pinggang,  darah tinggi dan sakit jantung. mari kita bersenam untuk sihat. hancurkn lemak2 dan kolesterol dalam badan.

Sunday, April 16, 2017

Happy birthday Qayyum

Semalam birthday Qayyum. Budak manja ni dah genap 4 tahun. Qayyum dah mula nk belajar abc, alif ba ta sikit2. Semoga Qayyum jd anak yg soleh yer..ummi sayang Qayyum.


Thursday, April 13, 2017

muffin carot

Sambil membelai pokok2 kat belakang rumah, sambil2 dok kukus muffin carot senang yg amat ni untuk anak2 kudap.



Resepinya...



siap dah..selamat dah yum dan yam buat sarapan sambil nengok tibi...


Kulit telur



Dari semalam smpai pagi ni ummi dok kumpul kulit telur. Hancurkan kemudian rebus. tak kira berapa minit ikut dan. sejukkan airnya dan siram pada pokok. jadi baja katanya.

pokok mangga epal pagi ni..


Monday, April 10, 2017

Cekodok pisang

Setiap hari sekolah biasanya anak2 makan tengahari pukul 12 @ 12 lebih pm. Bergantung pukul brp ummi siap masak. Dalam pukul 3 pm, qayyum dan maryam biasanya resah gelisah lapar semula. Setiap hari mcm tu la ibu pikir nak bagi makan apa kat anak supaya diorang tak lapar. Nashrul dan fathul pun mesti lapar jgk kat sekolah. Hari ni mujur ada pisang sikit alhamdulillah rezeki yum dan yam  boleh makan cekodok pisang. Petang nnt pikir nk masak apa utk dinner plak. Mungkin makaroni goreng sebab itu je stok yg ada. Malam2 kami jarang makan nasi. 


Tanam pokok

Pagi semalam ummi cangkul tanah belakang rumah untuk tanam pokok mangga epal. Petangnya pula cangkul tanah depan rumah nak tanam pokok bucida plak. Lepas siap tanam, terasa menggigil kaki. Hahaha. Tanam pokok bukan main tapi pokok2 tak jadi subur pun. Hurmm...mungkin salah baja? Masa beli pokok mangga tu, orang nursery pesan bubuh baja tahi ayam. Kalu pokok kecil tak sesuai bubuh baja kopi katanya sebab baja kopi merangsang pokok keluar bunga dan buah jadi pokok tak akan membesar. Hurmm..jadi ummi tak boleh guna baja kopi lagi. Kena beli baja lain untuk gemukkan pokok. 

Friday, April 07, 2017

Prestasi anak2



Siang td ummi ke sekolah menghadiri sessi dialog ibubapa murid linus dengan guru. Fathul alhamdulillah dah masuk kelas aliran perdana. Tapi Nashrul masih sangkut tahun lepas tak lulus saringan linus literasi bahasa inggeris. Esok pagi Nashrul kena hadir kelas tambahan. Rajinnya cikgu kan. Masa ummi sekolah rendah dulu yg ada kelas pemulihan. Rasanya tak ada kelas tambahan hujung minggu. Entahlah sebab ummi tak masuk kelas pemulihan masa dulu sebab ummi ok je subjek bi, bm dan matematik.

Untuk bacaan alQuran, Nashrul dan Fathul baru baca surah AlBaqarah. Lambat2...merangkak-rangkak mcm siput.

Thursday, April 06, 2017

Saturday, April 01, 2017

Demam

Petang smlm rasa badan nak demam. Gi klinik lepas maghrib sebab sakit tekak sangat. Pagi ni masih xlarat. Tengahari baru telan panadol. Ubat selsema dah makan cuma ubat batuk masih belum mampu nak makan huhu mcm budak2. Sebagai alternatif ummi mkn madu campur lemon utk ubat batuk. Moga Allah sembuhkan diri ini aminn.



😆😆😆😆😆😆😆😆😆😆