Monday, June 12, 2017

Kematian...

Kehilangan itu amat menyakitkan....

Tanggal 3 Ramadhan yg lalu, adik ipar ummi, Anas iaitu adik bongsu en.ayah telah dijemput ilahi. Arwah terlibat dengan satu kemalangan jalan raya. Tiada lagi paksu kesayangan anak2. Paksu yang penyayang dan suka melayan anak2 saudara. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan diampuni segala dosa2 nya aminn. 

Allahu Allah. Ramadhan kali ini, banyak sungguh berita mengenai kematian. Di awal Ramadhan bnyk berita kematian akibat kemalangan jln raya. Di pertengahan Ramadhan ni pula bnyk berita kematian akibat kanser. Kehilangan ahli keluarga kita pastinya sesuatu yg amat perit untuk kita hadapi. Pertama kali ummi melaluinya ialah sewaktu ummi baru berusia 11 tahun, adik bongsu berusia 4 tahun. Abah kami ketika itu meninggal dunia akibat serangan jantung. Bukan mudah untuk ummi melalui hari2 yg mendatang selepas abah meninggal. Terlalu perit bila pergi ke sekolah kawan2 yg lain ada ayah tapi kita dah takde ayah. Ummi dibayangi kehilangan abah setiap masa bertahun lamanya.

Kematian bukanlah penutup segalanya. Mereka masih hidup. Cuma berpindah ke medium (alam lain) sahaja. Anggaplah saja kita semua manusia akan pergi ke satu destinasi yg sama. Tapi mereka yg dah meninggal dah dapat tiket dulu maka mereka pergi dulu. Kita juga akan menyusul nanti. Maka persiapknlah dengan bekalan2 yg akan dibawa kerana tiket itu akan dapat tanpa kita duga. Selagi kita hidup beramallah sebanyak2nya. moga bekalan yg akan kita bawa itu mencukupi insyaAllah. Peringatan untuk diri ini sendiri. Nak kata amal ibadah buat banyak tu tak ada lah huhu. Cuma mengharapkn ganjaran yg tak seberapa hasil dari menjaga anak2, rmhtangga dan taat pd suami. Itu pun banyak yg tak sempurna, lalai dan leka. Allahu...smg Allah mengampuni.


No comments :

Post a Comment

Komentar anda amat dihargai, terima kasih.