Saturday, March 31, 2018

Dalam kenangan

Aduhh...tragis ahh ejen Ali episod akhir musim ke 2 semalam. sampai kuar air mata uhuhu. ummi ngan anak2 sama naik tengok ejen Ali. sape tua2 tapi follow citer kartun hihihi. Tapi serius ejen Ali sesuai untuk semua peringkat umur. Watak utama iaitu Ali diangkat dari bawah hingga Ali digilap oleh MATA menjadi seorang ejen yg hebat. Storyline yg sangat cantik dan penuh dramatik. Tapi semalam ejen Zain dah takde lagi terkorban bersama uno. Alicia betul2 hebat semalam bantu Ali masa Ali dalam override mode. Adakah uno si jahat betul2 mati? Adakah ejen dayang tu ibu Ali? apa yg berlaku kepada ejen Rizwan? Banyak lagi persoalan yg timbul di benak penonton. Tak sabarrrr tunggu musim ke 3. Rasanya part Alicia nangis tu yg membuatkan penonton tak tahan nangis juga hewwwww. Selamat tinggal ejen Zain..



Monday, March 26, 2018

Alahan

Alahan atau allergic. Encik ayah tak tahu yang dia allergic pada peanut atau kacang tanah sehingga kami menemukan Nashrul dan Maryam allergic juga kepada peanut. Ummi tak tahu yang ummi allergic kepada dairy product sehingga ummi menemukan Fathul dan Qayyum allergic kepada dairy product. Begitulah...orang kata anak2 cerminan kepada ibubapanya. bukan saja perangai tapi penyakit keturunan.

Gadjet

Gadget yang paling selalu diguna orang awam biasanya handphone lah. Sebenarnya dah banyak sangat artikel pasal keburukan gadjet ni kan. cuma kita dah macam tak boleh nak berpisah dengan alat ni. ummi pun tak boleh hidup tanpa my henpon ni. yang jadi penyelamatnya ialah bila ummi busy ummi kena settle kan kerja2 rumah barulah berpisah dengan henpon. ataupun hp ummi diguna pakai oleh anak2. anak2 cukup gemar main hp ummi. antara keburukan hp ni ialah ia menjadikan kita manusia yang suka menyendiri dengan handphone. leka dalam dunia teknologi. berasa terganggu bila ada orang yang datang nak dekat ngan kita masa kita dok guna hp tu. kita jadi malas nak keluar pegi bersosial. suka duduk dalam rumah layan hp. akhirnya kita jadi malas bergerak..jadi gemuk dan tidak sihat. sama saje sekarang ni kanak2 dan dewasa. kes ketagihan dengan gadjet. kalau suka selfie dan upload ke media social tu ummi belum terjebak kikiki...

Friday, March 16, 2018

Jumaat lagi

Hari ni hari jumaat hari yg paling ummi suker sebabnya last day schoolll...yg paling bestnyer next week coti semingguuu. huhu. tapi cuti kali ni xde budget nk gi bercoti. coti2 kat rumah je kembang2kan badan huhu. 

pagi tadi masa hantar anak gi school sempat dengar tazkirah dalam kete. radio ikim. tajuk dia 'lupa'. manusia ni selalu lupa. sebab lupa tu banyak faktor lah. macam2. mungkin dia tak fokus dan tak ambik port so dia terlupa. mungkin dia jenis cuai dia lupa. mungkin faktor usia dah tua nyanyuk..faktor penyakit..tak sihat..letih..dia jadi lupa..dan macam2 lagi lah..pendek kata manusia tu lupa. macam mana kita nak elak jadi manusia yg lupa ni? kata ustaz selalu lah baca AL QURAN. orang yg baca al quran otaknya cerdas apatah lagi dia menghafaz al quran. sangat bagus kita ajar anak2 baca alquran menjadikan otak anak2 cerdas. anak2 yang biasa menghafaz al quran biasanya akan mudah pula untuk dia cerdas dalam matapelajaran lain di sekolah. mari lah kita baca alquran mudah2an kita yang tua ni pun otak cerdas huhu. 

Wednesday, March 14, 2018

Minggu ujian



Minggu ni ujian bulan mac di sekolah kebangsaan. hari ni ujian matematik. tak tahulah anak2 dapat jawab atau tak. soalan matematik darjah 4 susah yg hamat zaman sekarang. tapi dah ada sedikit peningkatan anak2 tambah dan tolak. untuk last day ujian subjek seni. cikgu dah bagi pilihan soalan. Nashrul tanya ada tak soalan buat robot? ummi kata tak ada. yg ada soalan tajuk membuat bekas pensel menggunakan kotak atau tin. so dia decide nk buat yg tu. fathul ikut nashrul. so ummi nak kena cari 2 tin susu. basuh bersih2 untuk anak2 bawa ke sekolah.



Tuesday, March 06, 2018

Pendidik

Pendidikan awal itu bermula di rumah. ibubapa jadilah contoh teladan yg baik untuk anak-anak. Ajari anak2 dengan ilmu tauhid, alQuran, adab dan akhlak. Mengajar alquran pada anak2 ibarat mengukir pada batu. ia akan kekal lama disitu. tapi kalau mengajar orang tua mengaji memang susah dan lambat nak khatam. dah benak huhuhu. lidah pun dah kaku. antara ibu dengan ayah, siapa yg sepatutnya mengajar anak2 mengaji? tak kisah ibu or ayah yang penting kena la rajin. sape yg rajin ummi or en.ayah? mestilah UMMI. yeayyyyy. sekarang ni ummi ajar 3 anak. maryam belum lagi. 3 orang..3 gaya mengaji. kalau nashrul, ummi tak boleh tinggikan suara masa ajar dia. dia ingatkan ummi marah dia. kalau fathul takpe. kalau ajar suara ummi perlahan entah apa2 yg fathul baca. qayyum pulak cheeky n notti. takleh lama2 dia cepat boring. satu muka surat dah cukup. 
  

Thursday, March 01, 2018

Makan

Sejak ada channel hypptv, ummi suka tengok rancangan masakan mat saleh. orang putih makan sangat simple. mereka tak makan nasi. mereka banyak makan salad, daging dan keju. bahan mentah dibasuh seminimal yg mungkin. bahan2 segar dimasak secara ringkas dan cepat. menurut mat saleh tu, org2 di negara dunia ketiga makan makanan yg diolah. tak macam diorang. ummi brfikir apa makanan yg diolah tu?? enmmmm...mungkin macam rendang? sambal? kari? mereka hanya guna kaedah memanggang cthnya panggang ubi, labu dan lain2. kita pulak daripada bhn2 tersebut boleh masak macam2, kerepek la, pengat la, sira la. kerepek- guna minyak yg banyak. pengat dan sira-guna gula putih yg banyak. mat saleh juga selalunya memanggang daging dan ikan pakai minyak zaitun. kita pulak banyak menggoreng dalam minyak yg banyak. mereka banyak guna susu segar dan keju. tempat kita semestinya mahal susu segar dan keju. cuba kita ubah cara kita makan tiru gaya mat saleh? mungkin makin sihat? yang pasti nasi dan gula putih sangat2 bahaya bila dimakan berlebihan. mengundang obesiti dan diabetes. tapi nk buat macam mana dah nasi makanan asasi negara kita. ummi pun dah terdidik anak2 makan nasi sejak kecil. cuma kalau boleh jangan makan nasi sampai tiga kali sehari. fathul sekarang hanya makan nasi dua kali sehari. tengahari dan malam. setiap kali makan hanya sepinggan. tak penuh. bagi buat dia kenyang perlu sediakan dia sayur, buah dan lauk yg banyak (huhu). ada anak yg kuat makan pun satu ujian. air manis fathul minum waktu pagi je. kat sekolah dia ada la juga beli air. setakat ni dah turun dekat 2kg. nak suruh bersenam tu yang susah. kalau fathul bersenam lagi cepat kurus. itulahh..nak jaga setiap anak ni bukannya mudah. nak bagi makan minum tu tak susah sangat. tapi nak dia bagus dalam setiap aspek tu bukan mudah. sebagai suri rumah duduk di rumah bukannya bermakna ada banyak masa menilik anak. kalau kerja menilik anak 24 jam rumah akan tunggang terbalik. kena seimbang. hanya suri rumah yg memahaminya. anak2 itu amanah dari Allah. kat akhirat kelak Allah akan tanya apa yg dibawah tanggungjawab kita.