Thursday, March 01, 2018

Makan

Sejak ada channel hypptv, ummi suka tengok rancangan masakan mat saleh. orang putih makan sangat simple. mereka tak makan nasi. mereka banyak makan salad, daging dan keju. bahan mentah dibasuh seminimal yg mungkin. bahan2 segar dimasak secara ringkas dan cepat. menurut mat saleh tu, org2 di negara dunia ketiga makan makanan yg diolah. tak macam diorang. ummi brfikir apa makanan yg diolah tu?? enmmmm...mungkin macam rendang? sambal? kari? mereka hanya guna kaedah memanggang cthnya panggang ubi, labu dan lain2. kita pulak daripada bhn2 tersebut boleh masak macam2, kerepek la, pengat la, sira la. kerepek- guna minyak yg banyak. pengat dan sira-guna gula putih yg banyak. mat saleh juga selalunya memanggang daging dan ikan pakai minyak zaitun. kita pulak banyak menggoreng dalam minyak yg banyak. mereka banyak guna susu segar dan keju. tempat kita semestinya mahal susu segar dan keju. cuba kita ubah cara kita makan tiru gaya mat saleh? mungkin makin sihat? yang pasti nasi dan gula putih sangat2 bahaya bila dimakan berlebihan. mengundang obesiti dan diabetes. tapi nk buat macam mana dah nasi makanan asasi negara kita. ummi pun dah terdidik anak2 makan nasi sejak kecil. cuma kalau boleh jangan makan nasi sampai tiga kali sehari. fathul sekarang hanya makan nasi dua kali sehari. tengahari dan malam. setiap kali makan hanya sepinggan. tak penuh. bagi buat dia kenyang perlu sediakan dia sayur, buah dan lauk yg banyak (huhu). ada anak yg kuat makan pun satu ujian. air manis fathul minum waktu pagi je. kat sekolah dia ada la juga beli air. setakat ni dah turun dekat 2kg. nak suruh bersenam tu yang susah. kalau fathul bersenam lagi cepat kurus. itulahh..nak jaga setiap anak ni bukannya mudah. nak bagi makan minum tu tak susah sangat. tapi nak dia bagus dalam setiap aspek tu bukan mudah. sebagai suri rumah duduk di rumah bukannya bermakna ada banyak masa menilik anak. kalau kerja menilik anak 24 jam rumah akan tunggang terbalik. kena seimbang. hanya suri rumah yg memahaminya. anak2 itu amanah dari Allah. kat akhirat kelak Allah akan tanya apa yg dibawah tanggungjawab kita.

No comments :

Post a Comment

Komentar anda amat dihargai, terima kasih.