Antara seorang ibu dengan ayah, siapa lagi kuat tido? Saintis membuat kajian bahawa isteri lebih perlu kuat tidur berbanding suami kerana otak isteri lebih kuat bekerja dan perlukan masa untuk pulih. Tapi itu hanya mimpi. Lebih2 lg kalau ada anak kecik. Isteri kena rajin suruh suami buat kerja kat rumah sebab kalau kita tak suruh diorang wat kerja diorang akan jalankan hobi diorang iaitu tido!!!
Sunday, April 10, 2016
Saturday, April 09, 2016
Rumpai
Di laman rumah ummi ada pemaju rumah tanam rumput macam rumput carpet. Sebenarnya tak tahu betul ke tidak rumput carpet sebab rumput ni ada banyak jenis. Rumput carpet pun ada bnyk jenis. Sebenarnya ummi lebih suka dengan rumput mutiara. Sebabnya, rumput mutiara tumbuh secara melintang bukan menegak. Jadi ia tidak perlu dimesin. Kalau rumput carpet ni ia tumbuh meninggi jadi selalu la kena mesin trim bagi pendek huhu. Macam potong rambut. Alkisah...bukan rumput carpet ni je yg tumbuh, segala rumpai lain pun turut sama tumbuh bersaing dengan rumput carpet. Untuk kawasan rumah, meracun rumpai tidak bagus untuk ekosistem. Ada beberapa petua natural yg ummi dapat dari internet boleh kita cuba untuk hapuskan rumpai tersebut. Mungkin ambil masa berbulan2 tapi boleh dicuba. Antaranya dengan menggunakan corn gluten meal, gula, cuka dan mcm2 lagi. Wah best2...boleh try. Tak sangka ya gula putih tu boleh membunuh rumpai2. Tabur2 uols !! Kita cuba dulu tengok 😄😄😄.
Penjagaan pokok
Pagi ni dah melihat pokok2 sekitar halaman rumah. Hari ni tak nak siram sebab semalam dah siram. Sedihnya tengok bunga kertas dah tanam banyak bulan dok tang tu jugak tak membesar, daun kuning, xde tumbuh daun baru. Pokok kari pun sama. Terbantut. Dari hasil kajian dgn en.google, sebab pokok jadi macam tu kerana kekurangan N iaitu nitrogen. Mungkin tanah jenis tanah merah yg berselut tu ia tak subur. Agaknya kurang semua kandungan NPK. Untuk tumbuhan berbunga dan berbuah perlu kandungan K yang tinggi seperti pokok bunga kertas. Barulah pokok bunga kertas berbunga lebat. Lagi satu, seeloknya pokok bunga kertas ditanam dalam pasu bagi menghasilkan bunga yg lebat. Akar yang bersesak2 dalam pasu merangsang pokok bunga kertas mengeluarkan bunga yg lebih banyak lagi.
Friday, April 08, 2016
Thursday, April 07, 2016
Donut gebus
Donut gebu ni xperlu uli. Senang gitew. Sesuai untuk i yg pemalas ni hihihikk.
Korang nak resepi klik kat sini :
http://daridapuraida.blogspot.my/2015/10/donut-gebu-paling-senang-tanpa-uli.html?m=1
Tenkiu puan punyer resepi 😘
Tuesday, April 05, 2016
Flower bed edging
Cari idea untuk hias taman secoet tu..yang mana satu cantik?? Yang bata merah disusun senget2 dalam tanah tu cantik jugak. Akan tetapi....jenuh la nk gali tanah keras kat tepi rumah nih. 😍😚😘😙😭😭😭
Laman kecilku
Baru beberapa hari bubuh baja kat pokok yg mcm x subur. Tengok nnt apa jadi. Seronok tanam pokok ni. Boleh menghiburkan hati yg duke nestape..hihi. tapi ummi x reti sgt nk jaga. Semalam semai kunyit dan lengkuas. Nnt bila2 nk tanam pokok sayur2 plak kt blakang rumah. Ikut masa dan tenaga yg ada. Nak buat landscape cantik2 fulus belum ada.
Monday, April 04, 2016
Sistem pendidikan lapuk
Artikel kt bawah ni ummi copas dr facebook. Memang betul pun dalam satu kelas murid terlalu ramai. Kelas ank ummi ada 37 murid. Cikgu takdan pun nak bg tumpuan kpd semua murid. Kalau kelas blakang2 mcm klas ank ummi ni lagi la. Semoga ada perubahan depan2 hari.
Pandangan seorg Prof UKM:-
Bagaimana Saya Melihat Pendidikan Di Malaysia
1. Terlalu banyak mata pelajaran yang ingin dipaksakan untuk dipelajari oleh kanak-kanak dan remaja amat merosakkan.
2. Inteligen disekolah hanyalah logik matematik. Inteligen lain tidak berfaedah.
3. Dengan bilangan murid seramai 5.2 juta dan bilangan guru sekitar 419,900 nisbah guru murid adalah 1 : 12.5. Ini bermaksud seorang guru mengajar 12.5 murid. Namun dlm realiti bilangan murid di kelas adalah sekitar 40 orang. Kemana perginya guru-guru ini? Nisbah guru-murid di Malaysia adalah yang terbaik didunia. Namun bilangan murid dlm kelas adalah antara yang terburuk didunia. Bagaimana KPM menguruskan sumber manusia guru?
4. Dalam tempoh 3 tahun 8 bulan menjelang 2020, Malaysia disasarkan menjadi negara maju. Namun sekolah satu sesi adalah impian semata-mata. Tanpa sekolah satu sesi, sistem persekolahan menjadi kelam kabut. Guru dan murid berkongsi bilik darjah. Sistem pengajaran dan pembelajaran menjadi berpusat. Kita tidak pernah mahu berubah.
5. Sistem Naziran adalah merosakkan. Jemaah Nazir seharusnya dibubarkan. Nazir menjadi pemantau tanpa memahami budaya sekolah dan sistem pendidikan negara yang tidak menyokong pengajaran dan pembelajaran.
6. Pergerakan guru dari satu kelas ke satu kelas melalui kawalan jadual pengajaran untuk mengajar adalah sistem paling lapuk dlm sejarah pendidikan dunia.
7. Sekolah adalah "mini military camp". Kita tidak bersedia untuk menjadikan sekolah sebagai entiti keluarga. Malah kita juga tidak bersedia utk membuang unifom sekolah.
8. Guru melaksanakan beban yang tiada kaitan dengan proses pendidikan.
9. Kita terlalu taksub dengan sistem pendidikan barat khususnya sistem di US dan UK. Finland menjadi negara paling berjaya di dunia dlm sistem pendidikan apabila melaksanakan sistem yang bertentangan dengan Sistem Pendidikan di US dan UK.
10. Pegawai di KPM, JPN dan PPD adalah pembaziran sumber manusia yang nyata.
11. Dasar KPM berubah-ubah macam fesyen tudung.
12. Di Malaysia, datang ke sekolah bukanlah sesuatu yang menyeronokkan murid.