Saturday, April 09, 2016

Penjagaan pokok

Pagi ni dah melihat pokok2 sekitar halaman rumah. Hari ni tak nak siram sebab semalam dah siram. Sedihnya tengok bunga kertas dah tanam banyak bulan dok tang tu jugak tak membesar, daun kuning, xde tumbuh daun baru. Pokok kari pun sama. Terbantut. Dari hasil kajian dgn en.google, sebab pokok jadi macam tu kerana kekurangan N iaitu nitrogen. Mungkin tanah jenis tanah merah yg berselut tu ia tak subur. Agaknya kurang semua kandungan NPK. Untuk tumbuhan berbunga dan berbuah perlu kandungan K yang tinggi seperti pokok bunga kertas. Barulah pokok bunga kertas berbunga lebat. Lagi satu, seeloknya pokok bunga kertas ditanam dalam pasu bagi menghasilkan bunga yg lebat. Akar yang bersesak2 dalam pasu merangsang pokok bunga kertas mengeluarkan bunga yg lebih banyak lagi.

No comments :

Post a Comment

Komentar anda amat dihargai, terima kasih.