Selepas anak2 sulung ummi pergi sekolah, ummi masuk ke bilik diorang. Anak2 sulung anak lelaki. Anak kembar. Along dan abang 8 tahun darjah 2. Atas katil mereka ada baju tido salah sorg drpd mereka, ada tuala milik salah sorg drp mereka, ada mainan dan buku2 komik yg biasanya dibawa ke atas katil oleh salah seorang drpd mereka. Yang sorang lagi menyidai tuala dengan elok dan meletak baju tido masam ke dalam raga baju kotor. Yang culas sikit ni makan nasi berterabur atas lantai, banyak bercakap selalunya bercakap sorang2 dengan dua watak sekaligus. Anak2 memang pelik. Personaliti yang berbeza2. Kdg2 sukar nk fahami mereka walaupun ummi 24 jam berada di rumah. Ummi harap along dan abang bertambah matang. Along (fathul) semakin ok. Tahun ni walaupun along masih muntah2, along tunjukkan semangat untuk terus pergi ke sekolah. Tahniah along. Hidup ini perlu berjuang. Tiada tempat untuk orang yang manja dan malas!! Ada suatu hari, Nashrul (abang) merungut kerana katanya ummi masak tidak sedap. Ummi cakap makan je jgn banyak merungut. Di negara Syria, kanak2 mcm Nashrul hanya mengutip serbuk2 roti di atas tanah untuk makan. Dan bla..bla..perang...pelarian..tido dlm khemah...bla..bla. Entah Nashrul faham atau tidak. Anak2 perlu diajar hidup susah sesekali. Tambah2 ank lelaki. Nak jadi pemimpin tak boleh manja2 huhu.
No comments :
Post a Comment
Komentar anda amat dihargai, terima kasih.