Tumbuhan di sini tumbuh meliar dan kelihatan mcm semak. Nak trim belum ada masa. Mini garden ni mcm tak berseri. Untuk di masa akan datang ummi nk letak paku pak aji kat sini. Kena kumpul duit dulu nk beli paku pak aji huhuhu.
Monday, May 09, 2016
Hilang Shape
Tumbuhan di sini tumbuh meliar dan kelihatan mcm semak. Nak trim belum ada masa. Mini garden ni mcm tak berseri. Untuk di masa akan datang ummi nk letak paku pak aji kat sini. Kena kumpul duit dulu nk beli paku pak aji huhuhu.
Friday, May 06, 2016
Unknown Tree
Masa ummi gi jenjalan kat satu nursery ni, ummi terbekenan kat pokok ni. Ummi pun beli. Rm10 satu polibeg ni. Dia ada tunggul boleh buat bonsai. Tapi ummi tak tahu namanya apa. If ada sesape tahu info pasal pokok ni feel free to comment yer. TQIA !!!
Purple Shower
Pagi ni my purple shower (Ruellia Brittoniana) posing sket. Kuntuman yg pertama. Pokok kecik dlm pasu ni bukan ummi beli tapi dapat free. Rezeki terpijak kata org. Masa beli red tips plant kat nursery, pokok purple shower ni menumpang hidup dalam polibeg red tips. Tapi daunnya habis dimakan pak belalang yg warna hijau mcm daun tu. Purple shower ni kalu bunganya bnyk baru cantik.


Thursday, May 05, 2016
Alhamdulillah
Pagi ni terkezut tengok dalam pasu yang ummi semai benih cili kecil dah bertunas. Benih cili besar tu dah bertunas lama dah. Ingatkan tak tumbuh. Biji cili ni bukan beli uols. Ummi ambik biji cili yang guna kat dapur tu je. Banyak lagi nk semai pokok ni tapi tu la...aktiviti berkebun ummi ni terbatas sebab ada anak2 kecik. Kalu cik M ni dibawa ke laman, bukan daun je dia kutip nk makan, tapi batu tanah sampah semua dia nk sumbat dalam mulut. Kalau Qayyum, tengok mood dia. Kalau mood dia tak ok, dia xbg ummi keluar rumah. Tapi takpe la, buat sikit2. Semalam seram sekejap nk turun ke laman sebab ada sekor ular tedung masuk ke rumah jiran selang dua rumah dari rumah ummi ni. Seram uols dengan binatang bisa ni. Ummi selalu beringat kat kaki kot2 ada benda merayap sebab jiran pernah pancung bapak lipan yang sangat besar. Takut la nk lepas ank2 main kat laman ni. Huhu mintak dijauhkan la dari benda2 bahaya ni aminnn.
Wednesday, May 04, 2016
Gardenia Augusta
Minggu ni dan minggu depan anak2 dah mula menjalani peperiksaan pertngahan tahun. Entah lah anak2 ku ini banyak bermain daripada belajar. Kalau ajak belajar berdentum dentam mereka bermain. Bila entah nak surut lasak mereka ni. Budak lasak memang sukar nk fokus belajar. Encik ayah kata takpe la kecik lagi. Ermm..takpe la macam tu. Kita citer pasal pokok bunga lagi best hehe. Ummi dah dapat pokok yesterday, today n tomorrow. Alahai beracun la pulak pokok tu. Dapat info lambat. Sekarang nk cari pokok bunga cina pulak yg banyak khasiat. Khasiat dia korang google. Ummi malas nk tulis kt sini. Huhu. Pokok ni nama saintifiknya gardenia augusta.
Buai laju-laju sampai pokok sena,
Apa dalam baju sekuntum bunga cina..

Buai laju-laju sampai pokok sena,
Apa dalam baju sekuntum bunga cina..
Tuesday, May 03, 2016
Penghuni Baru
Ada beberapa ahli baru di taman kecil kat rumah ummi. Antaranya ialah plumeria atau lebih dikenali dengan nama kemboja. Masa depan kemboja ni masih belum diketahui kerana kondisinya sekarang tidak stabil. Harap2 umurnya akan panjang insyaAllah.
Pokok2 lain ialah bourgainvilla bunga aiskrim, melati siam, pokok krismas, sabung nyawa biasa & batik dan belalai gajah.





Pokok2 lain ialah bourgainvilla bunga aiskrim, melati siam, pokok krismas, sabung nyawa biasa & batik dan belalai gajah.
Monday, May 02, 2016
Tiga Hari Berlalu
Waduh cuti sakan noo.. Dua sepupu ummi alhamdulillah sudah selamat bernikah dan kenduri di adakan pada 30 April hari Sabtu di Kota Bharu. Dua beradik kenduri serentak. Ummi tak balik kampung. Hari Ahad ummi ke Kajang melawat anak saudara di wad nicu hospital Kajang yang kini kritikal. Anak saudara ummi baru berusia 4 hari dilahirkan tidak cukup bulan dan mengalami banyak komplikasi. Semalam pulak sorang lagi anak saudara selamat dilahirkan di Hprz KB. Next anak saudara insyaAllah bakal dilahirkan bulan 10 nnt. Dan hari ni pulak kami hunting for beg sekolah anak2 yg dah rosak belum pun sampai prtengahan tahun. Haiyak...budak2 ni sangat ganaz. Beg sekolah selalu dicampak2. Ummi pun tak tahu dah nk kata apa. Kalau sepuluh kali ummi cakap belum tentu depa nk dengar. Ni nk kena bg minum ayaq jampi ni 😂😂😂. Tak tahu la boys ummi ni buat ummi pening kepala sokmo. Mujuq la ada sekuntum bunga buat penyejuk hati cewahhhh.


Thursday, April 28, 2016
Yesterday, Today And Tomorrow
Ummi hunting for this plant, Brunfelsia pauciflora or 'Yesterday, today and tomorrow' plant. Bunganya ada 3 colour pada 1 pokok. Masa kembang warna purple, pastu bertukar ke warna light purple and then tukar ke warna putih dalam masa 3 hari.



Wednesday, April 27, 2016
Go Go Green
Minggu lepas si kembar dua beradik 8 tahun sibuk belajar membancuh air sendiri kat dapur. Bersepah2 air dan serbuk koko tumpah atas meja. Hari ni angin rajin dorang datang mengemop dan mengelap rumah pulak. Elokla tu nak, rak buku dah berhabuk dan cermin pun dah kusam. Nanti dah besar sikit ummi ajar korang masak nasi goreng pulak. Kalau ummi tak larat nak masak, ummi suruh korang je yg masak kihkihkih. Korang jangan risau banyak lagi keje2 rumah yg ummi nk bagi ni. Cuci toilet, jemur baju, buang sampah berjadual, sapu rumah, lipat baju, cuci pinggan. Ummi nk ajak dorang ni semai anak pokok and jaga pokok tu. Tapi selalu xde masa. Balik sekolah petang dah pukul 6.30 petang. Itu la yg susahnya sekolah sampai 2 sekolah. Petang2 xblh beraktiviti. Masa ummi kecik2 dulu, waktu petang waktu yg sgt menyeronokkan. Kami akan bermain setiap petang di kuarters kerajaan setiap hari. Budak2 zaman sekarang payah asyik nk main game je. Nashrul selalu jgk tanya kenapa dia tak boleh ada hp sendiri sebab dia nk main game. Ummi kata no game. Tak boleh main game sebab ummi kenal siapa nashrul. Kalau diberi main game alamatnya tak makan nasi la nashrul ni. Hehe. Sebagai pendedahan kepada dunia IT, ank2 diberi guna internet dlm laptop hanya hujung minggu saja.
#kembalikanfitrahkanak2untukbermain
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)