Monday, May 17, 2010
Tarbiyah
pic source
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Tatkala ini, saya demam. Berjangkit dengan anak dan juga sebagai penghapus dosa-dosa saya yang terlalu banyak. Alhamdulillah anak-anak nampak sudah makin ceria. Mohon teman-teman sudi mendoakan kesihatan saya ^_^. Jazakillahu khairan..
Apabila badan rasa tidak sihat, rasa lemah tidak bermaya. Tekak pun sakit, tiada selera makan. Biasalah demam, tadi saya makan paracetamol 2 biji dan ubat selesema clarinase sebiji. Makan ubat sebagai penawar bagi jasadiah yang tidak sihat, namun pada hakikatnya Allah lah yang menyembuhkan. Itu perihal jasad, bagaimana pula jika ruhaniah yang sakit? Penawar apakah yang harus diberi supaya rohani kita kembali sihat atau jiwa yang futur kembali bersemangat?
Hampir semua daripada kita tahu merawat tubuh badan dengan baik. Kita makan makanan yang bergizi, membersihkan tubuh badan, memakai minyak wangi supaya harum, ada yang mengambil vitamin tambahan, muka ditepek bedak dibubuh make up supaya bertambah comel lote, pakai ubat jerawat, pakai krim muka, baju dalam almari bertambah koleksi setiap bulan dan pelbagai lagi usaha kita untuk penampilan lahiriah yang mantap. Namun berapa ramai daripada kita adik kakak sekalian yang bekerja keras untuk menjaga hal ehwal rohani kita? Membaca buku-buku tambahan untuk melaksanakan solat sesempurna mungkin, membaca al-Quran sehingga hadirnya lazat dalam hati, bersungguh-sungguh untuk mengikut sunnah nabi, menginfakkan harta di jalan dakwah, dan bermacam-macam cara lagi untuk memantapkan iman kita. Apabila rohani kita tidak dijaga dengan baik hingga sampai ke suatu masa ia menjadi sakit dan futur..ia meronta-ronta sakit dan menangis supaya diberikan ubat iaitu tarbiyah. Tarbiyah itu ubat dan nikmat, bila sudah didapatinya..iman kita akan bertambah cergas lalu amalan-amalan kita akan berganda-ganda. Awas, hati yang kotor itu tidak boleh dibiarkan lama-lama, kerana ia akan sukar dicuci sekalipun disental dengan chlorox, bekasnya tidak mahu hilang!
Tarbiyah itu proses yang berterusan dan berpanjangan sehingga ke akhir hayat kita. Ujar murobbi saya, keperluan kita kepada tarbiyah itu umpama keperluan kita untuk harus menggosok gigi. Tarbiyah = gosok gigi. Sejak kita kecil hingga ke akhir hayat kita perlu menggosok gigi. Di kala waktu lapang kita menggosok gigi dan di kala waktu sibuk pun kita tetap menggosok gigi. Student tetap menggosok gigi biarpun sibuk bergelumang dengan exam. Tak ada yang tak gosok gigi. Kalau ada tak tahu la hihi. Sebelum berkahwin gosok gigi, setelah kahwin tangungjawab kita makin banyak namun kita tetap menggosok gigi. Begitulah keperluan tarbiyah. Sesibuk mana pun kita, biar status apapun kita, tak kisah dari lubuk mana pun kita..kita memerlukan tarbiyah secara berterusan dan istiqamah. Kerana sesungguhnya tarbiyah itu penting bak kata da'i yang tersohor Mustafa Masyhur, "tarbiyah bukanlah segala-galanya, namun tanpa tarbiyah segala-galanya takkan berlaku". Mendapat tarbiyah bererti kita mendapat kekuatan untuk terus beramal..semoga kita semua diberikan hidayah untuk terus berada di jalan dakwah dan tarbiyah..Sekian.
Tuesday, May 04, 2010
Nikmat Kesihatan (copy & paste)
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Selamat Sejahtera Assalammualaikum WBT
Nikmat Kesihatan
Dua nikmat agung yang diabaikan kebanyakan orang ialah kesihatan dan masa lapang. (Hadis riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah)
E-mail ini adalah cerita bergambar yang sebenar .
Ianya boleh merubah hidup kita, cara kita berfikir serta maksud hidup kita. Ianya adalah kisah seorang lelaki dari Bahrain yang bernama Ibrahim Nasser. Dia telah lumpuh sepenuhnya sejak lahir dan hanya boleh mengerakkan kepala dan jari-jari. Pernafasannya juga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.
Ibrahim telah menanam keinginan untuk bertemu dengan Sheik Nabeel Al-Wadi seorang ulama’ dari Kuwait. Ayah Ibrahim telah memohon kepada Syeikh Nabeel Al-Wadi agar dapat menunaikan hajat anaknya Ibrahim untuk berjumpa dengannya.
Ini gambar Syeikh Nabeel di Lapangan Terbang dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Ibrahim.
Ibrahim tersangat gembira dapat berjumpa dengan Sheikh Nabeel bila beliau membuka pintu biliknya. Kegembiraannya dapat digambarkan pada raut wajahnya sehingga sukar baginya untuk berkata-kata pada mulanya.
Saat-saat bila Syeikh Nabeel masuk ke dalam bilik Ibrahim
Dan ini adalah wajah kegembiraan Ibrahim bila dapat berjumpa dengan Syeikh Nabeel
Perhatikan alat pernafasan dileher Ibrahim…dia tidak dapat bernafas secara normal
Syeikh Nabeel mencium dahi Ibrahim
Ibrahim bersama-sama ayah, bapa saudaranya dan Syeikh Nabeel
Syeikh Nabeel dan Ibrahim berkongsi cerita tentang dakwah melalui internet dan segala macam usaha yang diperlukan olehnya. Mereka juga berkongsi cerita tentang perkara lain.
Semasa perbualan mereka , Syeikh Nabeel telah bertanyakan satu soalan yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat menahan tangisan lantas menghamburkan air mata.
Ibrahim tidak dapat menahan air mata yang mengalir apabila mengenangkan pengalaman yang menyedihkan
Syeikh Nabil mengusapkan air mata Ibrahim
Tahukah anda apakah soalan yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat menahan kesedihan sehingga menangis sepuas-puasnya ?
Syeikh Nabeel telah bertanya kepada beliau, sekiranya Allah memberikan dia nikmat kesihatan sehingga dia boleh berjalan, apakah yang akan dilakukan olehnya ?
Mendengar Soalan ini, Ibrahim telah menangis sepuas-puasnya sehingga ayahnya, bapa saudaranya dan kesemua orang di dalam bilik itu termasuk juga jurugambar telah menangis . Dia telah menjawab, demi Allah jika saya boleh berjalan maka saya akan menunaikan sholat saya di masjid dengan penuh gembira dan akan menggunakan segala nikmat kesihatan untuk mendapat redha Allah.
Wahai saudara-saudara sekelian Allah telah memberikan kita semua nikmat kesihatan dan kita semua boleh berjalan dengan tidak ada masalah. Adakah kita menunaikan sholat kita di masjid ataupun kita hanya membuang masa berjam-jam di depan TV dan komputer ?
*Ulasan saya: saya tertarik dengan ayat "Syeikh Nabeel dan Ibrahim berkongsi cerita tentang dakwah melalui internet dan segala macam usaha yang diperlukan olehnya. Mereka juga berkongsi cerita tentang perkara lain." Dalam keadaan diri yang tidak sempurna, brother Ibrahim masih mahu memikirkan tentang dakwah! Subhanallah! Lantas, atas alasan apakah kita yang sihat tubuh badan, tiada cacat cela, tidak mahu berdakwah? Fikir-fikirkan... Semoga mendapat manfaat.
c&p dari blog:http://pkasih.blogspot.com/2010/04/nikmat-kesihatan.html

Monday, May 03, 2010
Yang kedua itu dosa!
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Menahan pandangan ini sudah biasa dibicarakan orang di situ di sini. Tapi tidak salah jika kita saling memperingatkan kerana manusia itu selalunya lupa, alpa, lalai, leka. Tatkala kita melangkah keluar dari pintu rumah untuk ke tempat kerja atau ke shopping complex, apakah jaminan yang kita ada untuk tidak memandang insan yang bukan mahram? Zina itu terbahagi kepada banyak cabang antaranya ialah zina mata yang memberi markah kepada dosa.
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, dari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, beliau bersabda:
"Artinya : Sesungguhnya Allah telah menetapkan bagi anak cucu Adam bagian dari zina, yang ia pasti mengetahuinya. Zina mata berupa pandangan, zina lisan berupa ucapan, dan jiwa mengharap dan menginginkan. Dan kemaluan yang membenarkan atau mendustainya". (Hadits Riwayat Muttafaqun 'alaihi)
Dalam sebuah hadits diriwayatkan dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, bahwa beliau pernah bersabda kepada Ali.
"Artinya : Wahai Ali, janganlah engkau susul pandangan dengan pandangan lagi, karena yang pertama menjadi bagianmu dan yang kedua bukan lagi menjadi bagianmu (dosa atasmu)". [Hadits Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi dan Abu Daud]
Hadith ini menjadi guideline untuk menghindarkan mata berbuat zina bahawasanya pandangan yang pertama itu adalah tidak apa namun mencuri atau memang sengaja pandang untuk kali kedua adalah dosa. Namun malangnya ada juga manusia nakal yang mempersendakan hadith ini dengan bertanyakan ustaz "Ustaz, kalau pandangan pertama tu kita tengok lama-lama boleh kah?" Ustaz, luku je kepala budak yang bertanya tu...hoho..
Menjaga pandangan tidak bererti kita harus tunduk wajah ke bumi 180 darjah sampai terlanggar dinding, tapi peranan iman akan menolong mata untuk tidak memandang kepada yang haram. Jagalah hati nescaya ia dizahirkan dengan tingkah laku. Bahkan kita akan dipelihara oleh Allah swt dari berbuat dosa. Ingatlah anggota badan kita akan dipertanyakan kelak oleh Allah swt. Adakah susah untuk menjaga sepasang mata yang dikurniakan oleh Allah swt ini? InsyaAllah tidak susah kerana sikap orang beriman itu adalah berdisiplin. Untuk istiqamah dalam setiap amal perbuatan harus punya disiplin diri. Gunakan iman dan akal yang Allah berikan untuk mendisiplinkan mata anda. Jika dibiarkan nafsu syahwat beraja di hati dan menakluk akal fikiran, maka sepasang mata yang anda miliki itu akan meliar entah kemana-mana..semoga kita terpelihara dari berbuat dosa amin.
"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat'. Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya". [An-Nur : 30-31]
Waktu dan masa
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Semalam dan hari ini cukup meletihkan. Sebenarnya sentiasa keletihan melayani anak-anak kecil yang kuat berlari dan bermain. Namun, saya bertegas dengan diri untuk menulis sesuatu apabila membaca pesanan dari as syahid imam Hassa al-Banna “Minit-minit malam amat berharga. Janganlah kamu menjadikannya tidak bernilai dengan kealpaan kamu.” Kalau mahu ikutkan perasaan memanglah terasa badan ini mahu dimanjakan setiap waktu jika ada masa terluang. Tapi takut andai menjadi insan yang alpa. Ungkapan "tidak bergerak itu mati" juga bisa memotivasikan diri saya yang selalunya sungguh berat untuk beramal atau nama lain "malas".
Waktu itu bagaikan tidak cukup untuk manusia yang sibuk. Semakin ingin kita isi hari-hari kita, ia menjadi semakin tidak cukup seperti mana kata Hassan Al- Banna, masa untuk bekerja melebihi masa yang ada. Orang yang melalui hari-harinya dengan rasa bosan tanpa melakukan apa-apa amalan soleh adalah orang-orang yang mengalami saat-saat kerugian. Namun ada juga manusia yang sibuk itu rugi kerna apa yang menyibukkan dirinya saban hari adalah tidak bernilai ibadah, hanya mandapat lelah percuma mengejar dunia semata. Dalam satu artikel yang saya baca amat menarik katanya, "mengejar akhirat tanpa meninggalkan dunia adalah tidak sama dengan "mengejar dunia tanpa meninggalkan akhirat". Fikir-fikirkanlah kita ini jenis yang mengejar dunia atau mengejar akhirat. Orang yang jelas matlamat hidupnya insyaAllah tidak akan tersasar dari landasan yang Allah inginkan. Wallahu'alam.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)