Monday, May 17, 2010

Tarbiyah


pic source

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Tatkala ini, saya demam. Berjangkit dengan anak dan juga sebagai penghapus dosa-dosa saya yang terlalu banyak. Alhamdulillah anak-anak nampak sudah makin ceria. Mohon teman-teman sudi mendoakan kesihatan saya ^_^. Jazakillahu khairan..

Apabila badan rasa tidak sihat, rasa lemah tidak bermaya. Tekak pun sakit, tiada selera makan. Biasalah demam, tadi saya makan paracetamol 2 biji dan ubat selesema clarinase sebiji. Makan ubat sebagai penawar bagi jasadiah yang tidak sihat, namun pada hakikatnya Allah lah yang menyembuhkan. Itu perihal jasad, bagaimana pula jika ruhaniah yang sakit? Penawar apakah yang harus diberi supaya rohani kita kembali sihat atau jiwa yang futur kembali bersemangat?

Hampir semua daripada kita tahu merawat tubuh badan dengan baik. Kita makan makanan yang bergizi, membersihkan tubuh badan, memakai minyak wangi supaya harum, ada yang mengambil vitamin tambahan, muka ditepek bedak dibubuh make up supaya bertambah comel lote, pakai ubat jerawat, pakai krim muka, baju dalam almari bertambah koleksi setiap bulan dan pelbagai lagi usaha kita untuk penampilan lahiriah yang mantap. Namun berapa ramai daripada kita adik kakak sekalian yang bekerja keras untuk menjaga hal ehwal rohani kita? Membaca buku-buku tambahan untuk melaksanakan solat sesempurna mungkin, membaca al-Quran sehingga hadirnya lazat dalam hati, bersungguh-sungguh untuk mengikut sunnah nabi, menginfakkan harta di jalan dakwah, dan bermacam-macam cara lagi untuk memantapkan iman kita. Apabila rohani kita tidak dijaga dengan baik hingga sampai ke suatu masa ia menjadi sakit dan futur..ia meronta-ronta sakit dan menangis supaya diberikan ubat iaitu tarbiyah. Tarbiyah itu ubat dan nikmat, bila sudah didapatinya..iman kita akan bertambah cergas lalu amalan-amalan kita akan berganda-ganda. Awas, hati yang kotor itu tidak boleh dibiarkan lama-lama, kerana ia akan sukar dicuci sekalipun disental dengan chlorox, bekasnya tidak mahu hilang!

Tarbiyah itu proses yang berterusan dan berpanjangan sehingga ke akhir hayat kita. Ujar murobbi saya, keperluan kita kepada tarbiyah itu umpama keperluan kita untuk harus menggosok gigi. Tarbiyah = gosok gigi. Sejak kita kecil hingga ke akhir hayat kita perlu menggosok gigi. Di kala waktu lapang kita menggosok gigi dan di kala waktu sibuk pun kita tetap menggosok gigi. Student tetap menggosok gigi biarpun sibuk bergelumang dengan exam. Tak ada yang tak gosok gigi. Kalau ada tak tahu la hihi. Sebelum berkahwin gosok gigi, setelah kahwin tangungjawab kita makin banyak namun kita tetap menggosok gigi. Begitulah keperluan tarbiyah. Sesibuk mana pun kita, biar status apapun kita, tak kisah dari lubuk mana pun kita..kita memerlukan tarbiyah secara berterusan dan istiqamah. Kerana sesungguhnya tarbiyah itu penting bak kata da'i yang tersohor Mustafa Masyhur, "tarbiyah bukanlah segala-galanya, namun tanpa tarbiyah segala-galanya takkan berlaku". Mendapat tarbiyah bererti kita mendapat kekuatan untuk terus beramal..semoga kita semua diberikan hidayah untuk terus berada di jalan dakwah dan tarbiyah..Sekian.

4 comments :

  1. salam ukhtie..
    moga Allah beri kesihatan yang baik untuk ukhtie,amin
    benar,tarbiyah adalah proses berterusan...

    ReplyDelete
  2. Ummufarhan,
    harap sudah sembuh. Jaga diri, dari kak Yati.

    ReplyDelete
  3. wsm,

    Ummu, jazakillah krn mendoakan saya. Syukur, demam dah baik, selera makan dah brtambah, cuma masih ada batuk2 lagi..semoga kita terus mencari tarbiyah ya ukhti!

    ReplyDelete
  4. Kak Yati,

    Syukran kak, alhamdulillah sudah bertambah baik ni, kak Yati pun jaga diri jugak, akk tu kuat bekerja..jaga kesihatan diri akk yer :)

    ReplyDelete

Komentar anda amat dihargai, terima kasih.