Sunday, October 24, 2010

Jaga iman kita

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. (As-Soff:2-3)


Kadang-kadang kita bercakap berapi-api semasa memberi ceramah, taklim, tazkirah, taujih atau pengisian dalam usrah. Kita mahu mad'u faham dan seronok mendengar pengisian kita agar mad'u jatuh cinta dengan tarbiyah. Namun ayat di atas dalam surah As-Soff memberi peringatan yang besar dalam diri ini bahawa jangan sedap dan tahu cakap saja tapi kita sendiri tidak buat! Allah benci atau tidak suka kepada orang yang jenis begini. Kita sendiri pun tidak akan suka kepada sikap sesetengah orang yang cakapnya banyak, tapi kerjanya tidak ada.

Tidaklah benar iman seseorang, hingga hatinya menjadi benar. Dan tidaklah benar hati seseorang, hingga benar lisannya (Hadith Riwayat Imam Ahmad)


Iman dan amal itu sangat berkait rapat. Untuk membuat sesuatu kebaikan biar sekecil apapun akan payah jika iman kita merundum jatuh. Iman perlu dijaga dan dibaja selalu agar kita akan istiqamah dalam melakukan amal kebaikan. Jika iman kita di tahap yang mantap atau oghe kelate kata 'kemah', biar ujian sebesar apapun yang datang menerjah insyaAllah kita bisa menghadapinya dengan tenang. Ibarat sepohon pokok, ia bukan saja perlu dibaja, disiram air dan mendapat cahaya yang cukup untuk tumbuh subur, tapi pastikan anasir parasit seperti kulat, serangga perosak, bakteria atau virus dinyahkan dari pokok. Ada jenis manusia yang bersifat seperti parasit. Teman yang bersifat seperti parasit inilah yang membuka jalan kepada kita untuk melakukan kemaksiatan. Jika jalan maksiat itu sukar, ia mudahkan. Saya ingin memberikan contoh dalam masalah 'couple' misalnya. Andai anda seorang gadis menerima sms daripada seorang lelaki untuk berkenalan bagi tujuan memulakan sebuah perhubungan cinta yang tidak halal, seorang teman yang baik akan menasihati anda untuk tidak melayan sms tersebut. Namun, jika teman anda itu seorang yang mengingkari perintah Allah, dia akan memujuk anda untuk menerima cinta palsu lelaki tersebut. Kerana itu berhati-hatilah memilih teman kerana ia bisa merosakkan iman kita. Sesungguhnya teman yang baik ialah teman yang mendekatkan diri kita dengan Allah. Alangkah indahnya hidup ini jika diri kita dikelilingi oleh teman yang sangat mencintai Allah. Di saat kita jatuh, dialah menarik kita untuk kembali mencari cinta Allah!

Sebelum melabuhkan tirai, saya ingin kongsikan status seorang teman di FB. Ringkas tapi penuh makna.

Jangan berani minta kemenangan andai kalian masih
1) Solat di akhir waktu
2) Lebih suka solat bersendirian dari solat berjemaah
3) Subuh terkandas....


Semoga bermanfaat..

Monday, October 11, 2010

Tarbiyah-Seni Halus


۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

"Kalau boleh, mulakan usrah cepat ye, sebab student dah nak exam, nanti saya bagi silibus. Lepas tu murobbiyah dan anak usrah mesti ada buku x dan tafsir y. Harganya rm50", kata seseorang kepada saya. Selang beberapa hari saya menerima silibus tersebut. Saya tak perah lihat silibus tersebut sebelum ini, bagus macam buku teks sekolah. namun, saya tidak menggunakan silibus tersebut juga tidak membeli buku dan tafsir yg disyorkan. Sebagai permulaan saya ingin memesrakan anak-anak usrah dengan al-Quran terlebih dahulu supaya hati mereka lunak dan tersentuh dengan kalam Allah. InsyaAllah.

Tarbiyah itu bukanlah dengan menghabiskan silibus usrah semata. Tarbiyah itu suatu proses yang panjang dan memakan masa yang lama secara berperingkat. Manusia bukannya robot. Al-Quran juga diturunkan secara berperingkat-peringkat agar umat islam pada masa itu dapat mempraktikkan ajaran islam dengan teratur. Untuk mentarbiyah seseorang juga kita perlu mempunyai seni, perasaan yang halus justeru jiwa kita juga perlu diperhalusi dengan meningkatkan ketakwaan kepada Allah. Bagaimana kita ingin memindahkan roh tarbiyah yang kita rasa kepada mad'u supaya mereka turut merasakannya juga hingga akhirnya mad'u sedar akan tanggugjawab dirinya seorang muslim untuk berdakwah. Kedengaran seperti sukar namun mintalah pertolongan dari Allah kerana yang memberi kekuatan kepada kita ialah Allah. IsyaAllah, Dia akan memampukan kita. Kita yakin secara bulat bahawa Allah lah sebagai Pelindung, Penguasa dan Pemimpin diri kita. Saya juga tidak setuju jika usrah itu hanya memakai buku-buku dan tafsir-tafsir tertentu. Dengan menggunakan buku dan tafsir yang pelbagai seperti tafsir Hamka, Ibnu Katsir, Sya'rawi da Fi zilal, kita boleh melihat sesuatu perkara dari perspektif yang berbeza. Bukalah hati kepada sumer2 ilmu yang luas agar minda kita juga luas seperti Ulama tersohor Dr.Yusof Al-Qaradhawi misalnya :).