Tuesday, January 11, 2011

Erti syukur

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞



۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

by unic
Lafazkan kalimah syukur
Lafazkan kalimah itu
Alhamdulillah...

Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Pemurah-
Tak kan terbalas walaupun sebesar zarah

Kenikmatan yang bertandang
Terkadang tidak dihiraukan - Lepas dari pandangan -
Dan bila hilang barulah dikesalkan

Adakalanya aku hanyut
Adakalanya aku lupa
Adakala aku leka
Ampunilah...
Kerana ku manusia
Lemah dan tidak berdaya di sisiMu
Seringkali terlupa nikmatMu
Datang tiada jemu
Bila terhimpit mulalah
Mencari dan menyebut namaMu
Barulah merasai makna sebenar erti syukur
Syukur atas rahmatMu

Adakala ku hanyut
Adakala ku lupa
Adakala ku leka dan adakala ku alpa
Kerana ku manusia
Lemah dan tak berdaya
Seringkali terlupa nikmat yang Kau kurnia
Ku bersyukur ya Tuhan
Segala pemberian
Walau luas lautan
Bukanlah perbandingan
Ku tingkat keimanan
Ku gilap ketaqwaan
Sebagai perlambangan
Terima kasih ku Tuhan

Onak duri kehidupan
Jatuh bangun sendirian
Ada hikmah yang tersimpan
Yang menguji iman

Bersyukurlah selalu
Sentiasalah redha dan menerima
Tiap ujian tiba bukan diminta
Sebaliknya Allah Maha Mengetahui

Kan ku bertasbih selalu
Bertahmid berzikir padaMu
Sebagai tanda ku nilai
RahmatMu Tuhan

Aku bersyukur Ya Allah
Segala pemberianMu pada ku
Seluas lautan pun bukanlah jadi ukurannya
Memang tiada bandingan
Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Permurah-
Bukan miliku pinjaman sementara
Syukur Alhamdulillah

Sesungguhnya solatku,
Amalku, hidupku, matiku
Kerna Allah yang satu
Kuserahkan segala harta jiwa dan raga
Sebagai tanda cinta
KepadaMu Yang Esa

لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ

3 comments :

  1. salam kak ummufarhan. lama tidak ke mari, lama juga kita tak bertegur sapa. apa kabar agaknya si kembar yang comel itu ya. sudah makin berisi membesar agaknya. semoga sentiasa dikurniakan kebahagiaan dan kemudahan menjadi mujahidah solehah.

    wassalam.

    ReplyDelete
  2. salam kak ummufarhan. erm, btw before komen ni, ana dah post komen. tapi tak keluar pula komen tu. huhu. lama kita tak bertegur sapa. semoga makin kuat iman dan ibadahnya.

    p/s: mesti si kembar comel itu dah makin berisi membesar kan? :)

    ReplyDelete
  3. Wsm,

    Wardatul Shaukah, terima kasih kerana singgah di sini. Ya, si kembar sudah semakin membesar dan matang. perlu kesabaran yg tinggi untuk mendidik mereka yang lasak tu. InsyaAllah, setiap hari memang bermujahadah untuk meningkat prestasi dlm setiap lapangan. Bermujahadah untuk meningkatkn iman dan amal. ujian yg melanda adalah tarbiyah drpd Allah untuk meningkatkan kualitas kita sebagai hamba-Nya yg lemah. Alhamdulillah akak banyak mendapat sokongan drpd suami, akhwat seperjuangan dan anak2 usrah sendiri. Allah nak train diri yang manja ni utnuk menjadi srikandi islam. Wardatul shaukah doakan akak yer :). Doakn juga ank2 akk mnjadi pejuang islam. Smg ukhti dilindungi Allah selalu dan dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah selalu :) insyaAllah..

    ReplyDelete

Komentar anda amat dihargai, terima kasih.