۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Surah An-Naas merupakan surah yang ke 114 dalam al-Quran dan mempunyai 6 ayat. Surah ini sudah kita hafal sejak masih kecil lagi. Mudah sekali kita baca surah ni sebab ia sudah melekat di fikiran. Bagaimana pula penghayatan kita mengenai maknanya?
AR-RABB (114:1)---(Tuhan yang memelihara,Yang mengarahkan, Yang menjaga, Yang melindungi)-Fi zhilal; (Pencipta segala sesuatu, pemeliharanya, penjamin kesejahteraannya dan semua hajat keperluannya) –Ibnu Katsir
AL-MALIK (114:2)---Tuhan Yang berkuasa, Yang menentukan keputusan, Yang mengambil tindakan
AL-ILAH(114:3)---Tuhan Yang Maha tinggi, Yang mengungguli, Yang mengurusi, Yang berkuasa
WASWASAH---Suara yang halus
KHANUS---Bersembunyi dan kembali lagi
KHANNAS---Mempunyai tabiat sering bersembunyi dan kembali lagi
Surah an-Naas boleh dipecahkan kepada tiga tema yang utama iaitu:
1) Manusia
2) Ketuhanan (tauhidullah)
3) Musuh manusia (golongan syaitan,jin & manusia)
MANUSIA
Ada pepatah arab mengatakan bahawa "Man arafa nafsah, faqod arafa Rabbah" yang memberi maksud "barangsiapa yang mengenal dirinya, maka dia akan mengenal Tuhannya". Pabila mana manusia itu tidak mengenal akan dirinya, maka ia telah gagal untuk melayari hidupnya dengan seimbang, sedangkan Allah telah menciptakan segala sesuatu berada di dalam keseimbangan. Dalam pemakanan sebagai contoh, apabila pemakanan diambil secara tidak seimbang, maka timbullah pelbagai penyakit seperti obesiti, darah tinggi, diebetes dan sebagainya. Justeru itu, kita harus mengenal akan kejadian diri kita. Manusia mempunyai tiga komponen yang utama iaitu:
1) Aqal (akal)
2) Qolbun (hati)
3) Jasad (jasad)
Ketiga-tiga aspek di atas yang membentuk kejadian manusia haruslah berada di dalam keseimbangan jika tidak seseorang manusia itu akan merosak. Ketiga-tiganya harus diberi 'makanan' agar ia kekal sihat membentuk insan yang menyedari hakikat keberadaannya di dunia.
Ada sebahagian orang yang terlalu mementingkan aspek aqal sehingga ia terlalu sibuk study hingga mengabaikan aspek kerohaniannya. Contohnya seorang student yang terlalu mengejar scorenya, takut gagal dalam exam atau sibuk nak siapkan assignment hingga minta 'excuse' untuk datang ke usrah. Kat sini student tu dah mula mengabaikan qolbun nya. Begitu juga saya melihat fenomena di kampus di mana ada pensyarah yang taksub dengan bidang akademik semata-mata hingga mengabaikan hatinya. Maka banyaklah pula ideologi yang merapu seperti "Allah melihat pada hati seseorang itu, bukan menilai pada pakai tudung atau tidak". Inilah yang berlaku apabila manusia itu berada dalam ketidakseimbangan. Ada sesetengah orang pula terlalu mementingkan aspek jasadi lalu ia menjaga stamina, kecantikan badan, kesihatan, kegagahan tetapi oleh kerana ia tidak menitik beratkan aspek aqli maka ia mudah diperbodokan orang. Mudah percaya cakap-cakap orang. Hanya menjadi manusia yang ikut-ikutan dalam sesuatu perkara yang tak pasti kebenarannya. Begitu juga dengan segolongan manusia yang hanya menekankan aspek qolbi atau rohani saja, yang hanya menyibukkan diri berzikir di surau dan masjid, dan yang terlebih ekstrem, ia menjadi seperti paderi yang mengharamkan apa yang Allah halalkan untuknya.
Jika berpandungan hadith Arbain, aspek hati adalah yang menjadi keutamaan kepada manusia kerana ia menentukan kesihatan aqli selain mendorong dan memotivasi kekuatan luar biasa dalam aspek jasadi. Itulah sebabnya mengapa syaitan menfokuskan serangan kepada hati manusia. Oleh itu, ketiga-tiga aspek ini perlu diberi "makanan" agar ia kekal sihat lalu melahirkan insan yang menyedari akan hakikat keberadaannya di bumi.
Makanan akal ialah ILMU
Makanan hati ialah ZIKRULLAH
Makanan jasad ialah AMAL
Namun begitu, semua 'makanan' ini harus bermuara pada satu sumber iaitu TAUHIDULLAH.
bersambung insyaAllah....
Rujukan:
-Modul Futuwwah Youth Club
No comments :
Post a Comment
Komentar anda amat dihargai, terima kasih.