Too many works, too little time. Masa seperti tidak cukup 24 jam sehari. Tapi dalam kesibukan, perlu ada sedikit masa untuk bersosial kerana Allah menyukai hamba-hambaNya yang berkasih sayang kerana Allah. Masa yang ada hampir kesemuanya dicurahkan kepada menguruskan keluarga terutamanya anak-anak. Setiap detik masa seorang ibu bersama anak insyaAllah tidak sia-sia. Sentiasa berkualiti kerana ia bernilai ibadah. Tidak sia-sia kita letih mengemas rumah, pening kepala dengan karenah anak, letih memasak dan lain-lain kerana itu semua amal kebajikan yang bernilai di sisi Allah swt.
Sekarang ini badan masih kuat dan sihat. Masa sihat ni lah kita boleh buat macam-macam perkara. Sia-sia je kita tak gunakan kekuatan di kala muda ni untuk beramal kerana bila usia dah meningkat, badan sakit situ sakit sini..nak buat ibadah yang wajib pun tak larat apatah lagi nak buat ibadah yang sunat. Di tempat kediaman saya ni, banyak orang muda. Jadi selalunya nampak orang yang sihat dan cergas pergi dan balik kerja setiap hari. Tapi sesekali kalau saya balik kampung, saya jumpa dengan orang kampung yang hampir saya tidak cam mereka kerana wajah mereka sudah dimamah usia. Jika di surau pula, ada makcik yang berjemaah di surau, apabila mereka sujud, untuk bangun semula begitu sukar sekali kerana sakit lutut, sakit pinggan dan macam-macam sakit lagilah. Jika dalam usrah pula, akhwat-akhwat yang berusia 40-an, masing-masing perlu ada kaca mata untuk tilawah dan membaca hadith, jika tidak mereka tidak nampak tulisan untuk membaca. Masa tu saya insaf, saya fikir begitulah saya nanti bila usia di kala 40 an. Allah sudah mula menarik sikit-sikit nikmat untuk melihat. Jadi masa muda inilah kita kena lipatgandakan solat sunat, puasa sunat , tilawah al-quran dll. Hadith nabi yang selalu saya ingat ialah tentang lima perkara tu. Ia menjadi motivasi untuk kita beramal sebenarnya.
“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sehat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.”
(Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)
Sebelum melabuhkan tirai penutup saya mengucapkan selamat hari ibu kepada semua pembaca yang bergelar ibu. Namun begitu, saya menganggap setiap hari ialah hari ibu, tiada istilah satu hari saja untuk hari ibu dalam hidup kita. Semoga Allah merahmati ibu-ibu kita juga kerana jasa mereka yang tidak mampu kita balas :(. Terimalah lagu yang saya gemari untuk ibu-ibu semua, IBU nyanyian SAKHA.
Dah tinggal 1 blog saje, ya, UmmuFarhan. Tajuk blog pun dah lain, ingat salah masuk tadi. Sihat?
ReplyDeleteKita ada lebih dari cukup masa. Cuma mungkin kita kurang tahu manage masa kita, tu yang rasa tak cukup masa je, kak Yati rasa. :)
Kak yati, saya mmg suka tukar2 supaya saya sendiri tak bosan :). alhamdulillah sihat sejahtera :). kak yati, kawan saya ada berpesan "yg sedikit itu masa yang banyak itu nafsu" mungkin itu juga menyumbang kpd tak cukup masa. dan juga dalam surah yg popular, Allah berfirman "Demi masa sesungguhnya manusia di dalam kerugian". Semoga kita tidak tergolong dalam golongan org2 yg rugi insyaAllah.
ReplyDeleteTq. Semuga Allah sentiasa merahmati ibu-ibu semua... Bila nak singgah ke Temerloh???
ReplyDeleteMak Ndak,
ReplyDeleteTemerloh ni daerah yg menarik kerana masakan di sana sedap, apatah lagi ada ikan patin masak tempoyak yg popular tu. Juga ikan2 sungai lain yg fresh :). Haiii...ini yg teringin nak ke Temerloh ni. InsyaAllah, nanti nanie ajak En.Faridul pi sana, dah lama tak jalan jauh ni :).