Monday, January 30, 2012

Sabar itu indah


۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."- Surah Ali-Imran:200

Pada suatu pagi kira-kira jam 7.30 am, saya memandu ke sebuah hospital. Dalam perjalanan, sempat mendengar motivasi pagi Prof.Muhaya tapi masa tu dah tengah-tengah. Tak dengar dari awal. Alhamdulillah, dapatlah sikit point yang boleh dikongsikan mengenai 'sabar'. Kita sebagai seorang ibu mesti selalui teruji dengan karenah anak masing-masing terutamanya ibu muda yang mempunyai anak yang masih kecil. Kata Prof. Muhaya, ibu-ibu muda janganlah selalu mengeluh sebab mempunyai anak-anak yang aktif. Sepatutnya kita bersyukur kerana anak kita aktif dan sihat. Sentiasalah doakan mereka agar menjadi anak yang soleh dan boleh memberi manfaat kepada orang lain. Anak-anak ialah pencen kubur kita. Alhamdulillah bagi yang mempunyai anak ramai, banyak pencen kubur :).

Kita bersabar bukan untuk tunjuk kepada orang lain. Kita bersabar untuk tunjuk kepada Allah. Ujian yang Allah berikan kepada kita, sejauh mana kita mampu bersabar dan redha, hanya Allah yang boleh mengukur tahap kesabaran kita. Jika kita renungkan ujian yang Allah timpakan kepada kita, masih ada lagi ujian yang lebih berat orang timpakan kepada orang lain. Jadi di situ, lahir pula syukur. Sabar, redha, syukur..maka lahirlah cas-cas positif dalam diri kita dan kita pun merasa tenang. Nikmat yang hilang kita redha insyaAlla, Allah akan gantikan dengan nikmat bentuk lain pula. Jika kita tidak sabar, tidak redha, kita sukar untuk rasa syukur lalu merasa sesak dada dan tidak tenang kerana cas-cas negatif menguasai diri dan minda. Jadi ibu-ibu, minda yang tenang dan positif sentiasa perlu ada pada diri kita untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat. Anak-anak akan copy paste sifat kita. Jika kita kurang sabar, macam mana nak bentuk anak supaya sabar? Ingatlah, anak-anak ialah pencen kubur kita insyaAllah :).

Mohon sahabat pembaca doakan saudara kita (seorang rakan di FB) yang kini dalam keadaan kritikal di ICU. Beliau selamat melahirkan seorang anak yang sihat pada 23 Jan lepas tetapi mengalami tumpah darah yang kritikal. Sebanyak 20 peket darah telah dimasukkan dan 4 kali ubat pembekuan darah telah dimasukkan. Semoga Allah melimpahkan kesabaran kepada suami dan keluarga beliau ameen..

No comments :

Post a Comment

Komentar anda amat dihargai, terima kasih.