Sunday, June 30, 2013

Pahlawan merah

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Tahniah The Red Warrior! Haha..puas hati dapat kalahkan JDT. This is KELANTAN!!!

Fan TRW ada hingus hahaha. Budak malas mandi yg pakai baju tido tepi tu sibuk nk enter frame jugak!! Tiap2 hari kena paksa mandi..bertuah punya budak!!

Thursday, June 20, 2013

Alhamdulillah

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

 
 
Alhamdulillah, adik bongsuku Ahmad Fatihi officially graduated from IIUM dalam bidang farmasi. Semasa ayah saya meninggal pada 5 November 1992, adik saya berumur 4 tahun. Masa tu kakak yang sulung tengah bersiap-siap nak exam spm. Sayalah yang banyak menguruskan adik yang bongsu ni. Masa tu saya darjah 5. Mungkin kerana dah tiada ayah, jadi anak yatim, adik saya ini pandai berdikari sejak dari kecil. Anak bongsu tapi tiada istilah manja dalam diri dia. Semoga adik terus Berjaya dunia dan akhirat ameen3x.

Monday, June 17, 2013

Catat perkembangan anak

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

15 jun hari Sabtu, Qayyum telah menerima vaksinasi untuk umur 2 bulan. Berat Qayyum pada ketika ini ialah 6 kg dan panjang 60 cm. Tak obes. Ada parents yang menolak untuk memberi vaksin kepada anak mereka. Terpulang kepada masing-masing. Setiap ibubapa mahukan yang terbaik buat anak mereka. Jika apa yang kita pilih itu kita rasakan yang terbaik untuk anak kita, ok just do it. Kita saling hormat menghormati keputusan masing-masing ok.

Doktor Tanya bila dia mula senyum? Aisehhhh, saya ni jenis pemalas nak catit setiap perkembangan baby. Tapi saya ingat Qayyum mula tersenyum kurang dari umur sebulan lagi. Masa tu mata dia dah mula menangkap jika saya bergerak. En.ayah suruh catit lepas ni bila dia start menarap, merangkak and so on. Hassan Al-Banna sendiri pun mencatat perihal perkembangan setiap anaknya.

Pagi ni Qayyum mandi awal tapi matanya tak mahu lelap. Dah banyak pusingan baby Qayyum menyusu tapi payah dia nak tido. Maybe sebab saya minum kopi?? Bagi pacifier dia reject. Tapi last-last dia tertidur gak. Legaaaa..

Tuesday, June 11, 2013

Be positive

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞





Good luck!!

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


Esok mr.hubby ada exam. Mr.hubby dah cuak sebab belum habis study. InsyaAllah, abang boleh lulus dengan cemerlang. Isterimu ini hanya mampu berdoa agar abang berjaya menjawab dengan baik esok insyaAllah. Caiyok! Caiyok! InsyaAllah abang boleh jawab okey...amin..!!


Semalam masa on the way ambik anak dari sekolah, dapat rezeki dengar taujih dari ustazah Sahida, pengasas kursus langsir al-Mujahid yang selalu keluar radio ikim tu. Berminat juga nak join tapi kelas dia kat KL kot...jauh lagi satu yuran dia mahal..tak mampu den. Buat masa ini, saya nak tumpukan pada jahitan manik dan baju dulu. Dah mahir dua ni, baru terjun ke bidang langsir, telekung dan tudung pula insyaAllah mudah-mudahan dipermudahkan Allah segala usaha. Kata ustazah, kita belajar menjahit biarlah niat kerana Allah. InsyaAllah, bila kita diberkati..Allah akan mudahkan jalan rezeki. Kita tidak perlu fikir pasal rezeki kerana rezeki kita sudah ditentukan oleh Allah. Kita hanya perlu berusaha sahaja. InsyaAllah saya ingin ikut jejak ustazah Sahida. Beliau juga sering menganjurkan seminar hidup tanpa hutang.

Petang pula dengar radio juga masa hantar anak pergi kelas mengaji iqra'. Tak ingat siapa ustaz tu tapi nak share info yang saya ingat sikit. Tubuh manusia mempunyai 4 elemen iaitu fizikal, intelektual, emosi dan spiritual. Keempat-empat elemen ini perlu seimbang di antara satu sama lain. Jika ia tidak seimbang, manusia tidak dapat bekerja dengan baik. Mungkin kita Nampak ramai manusia yang bekerja tetapi banyak yang pincang. Contohnya, manusia yang elemen spiritualnya tumpul, ia menerima dan memberi rasuah. Orang yang tidak menjaga kesihatan, tidak senaman dan tidak menjaga makanan yang masuk ke perutnya..cenderung mendapat sakit. Bila sakit nak solat, nak pergi kerja, nak buat itu ini semua tak boleh. Manusia mempunyai 10 potensi. Tetapi jika ia tinggal dalam zon selesa..tiada cabaran, ia hanya menggunakan 10 peratus sahaja daripada potensi nya. Kita perlu sentiasa membaca buku, update ilmu dan teknologi baru. Itu sahaja lah yang sempat saya dengar dan share. Mudah-mudahan bermanfaat sedikit sebanyak.

Monday, June 10, 2013

Di ambang Ramadhan

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Study buku baru
Malam tadi saya tidur lambat menjahit manik kat baju sambil study buku A-Z sulaman manik. Buku baru beli siangnya dengan harga RM38 di kedai buku Popular kat 9Avenue Nilai. Rasa tak mahu tidur nak belajar semua jenis teknik jahitan manik. Qayyum pun nyenyak tidur bagi chance kat ummi. Hebat sungguh penangan manik sampai pagi ni bangun lambat. Alangkah bagusnya kalau kita taksub dengan beramal soleh seperti kita taksub dengan hobi kita kan..kan..kan? Tak lama lagi kita bakal melangkah ke AKADEMI RAMADHAN. Dah panaskan enjin ke belum ni? Bilakah kali terakhir kalian buat solat tahajjud? Waduh..kalau dah lama tak buat, enjin sejuk tu. Bulih doh 'koho2'. Kebiasaannya, kalau masuk bulan Ramadhan baru nak start enjin kita akan sedikit ketinggalan..rugi. Siapa jamin kita akan dapat merasa bulan Ramadhan lagi tahun berikutnya? Dan sama-sama kita berdoa, kita dapat melangkah ke akademi Ramadhan pada tahun ini. Ya lah, ada mereka yang dijemput ilahi sebulan, seminggu atau sehari sebelum 1 Ramadhan. Mudah-mudahan kita dipanjangkan umur untuk menemui bulan Ramadhan dan mendapat pengampunan daripada Allah swt.

Zikir Fatimah

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Syukur pada Allah encik ayah dan Fathul akhirnya telah baik demam. Fathul masih lagi muntah-muntah. Sebelum tidur saya bagi dia makan madu. Sekelip mata Fathul yang berisi balik baru2 ni susut semula badannya. Macam berpakat pulak demam tu. Sepanjang dua minggu cuti sekolah berlalu, jaga anak2 demam, tak cukup rehat dan tak cukup tidur. Memang penat dan stress. Semalam timbang berat badan sendiri dah turun banyak juga. Haha..tak payah nak berdiet. Yang penting sihat dan cergas. Hmmm, tak payah buat kerja luar, buat kerja kat dalam rumah pun dah penat. Sejak Qayyum lahir ni, amat jarang saya menyapu kat laman. Pokok pun tak sempat nak siram.

Buat kerja rumah memang penat, lenguh dan sakit-sakit badan. Teringat pada kisah anak kesayangan Rasulullah Siti Fatimah yang pernah meminta pembantu daripada ayahandanya kerana penat mengisar tepung. Saya pun nak pembantu juga kalau boleh. Acah aje..hihihi. Jawab Rasulullah daripada hadith diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari:

“Mahukah ayah ajarkan kepadamu sesuatu yang lebih baik daripada apa yang diminta? Jika hendak tidur, bacalah takbir 34 kali, tasbih 33 kali, tahmid 33 kali. Ini lebih baik daripada seorang pembantu.”

Lantaran daripada kisah ini, zikir ini dikenali dengan zikir Fatimah. Kerja-kerja rumah, sama-samalah suami isteri bantu-membantu antara satu sama lain barulah rumahtangga aman harmoni :). Jom amalkan zikir Fatimah.

Thursday, June 06, 2013

Demam lagi

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Keluarga kami dilanda demam. Hari ni encik ayah pula yang kena jangkitan. Encik ayah dan Fathul sudah la demam, cirit birit pulak tu. Fathul tercirit atas carpet huwaaaaa....sob sob. Fathul dah tercirit dalam seluar dulu. Masa ummi bilas seluar dia dalam toilet, dia duduk atas carpet tak sempat pakai seluar, dia kata nak berak..dia tak sedar dia dah tuttttt atas carpet. Nasib la encik ayah cuti hari ni, mengusung la kami basuh carpet kat depan rumah. Semoga semuanya cepat sembuh ameen.


Dah sembuh alhamdulillah

Sedang demam..

Anak soleh ummi yg makin montel

Wednesday, June 05, 2013

Tiga hero ummi

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Pagi ni Fathul mintak nasi lemak. Saya pun buatlah nasi lemak ekspres. Lepas makan nasi lemak dengan tiga biji telur putih rebus disulam dengan air, Fathul muntah habis semuanya yang dia dah makan. Lepas dua beradik kembar tu mandi, saya suap ubat selsema dan ubat demam. Pastu titik ubat mata ke dalam mata Fathul. Saya sendiri belum makan ubat demam. Qayyum nyenyak tidur pagi ni memudahkan kerja saya. Sesekali dia merengek, Fathul bagi puting..qayyum tertidur semula. Alhamdulillah, Fathul ni dalam banyak keadaan dia boleh diharap. Mudah-mudahan kekal begitu. Tapi sekarang dia pandai dah mengomel complain itu ini walaupun struktur ayatnya berterabur. Nashrul pula masih ada masalah focus dalam situasi tertentu, contohnya nak pakai baju dan seluar sendiri, dia tak rajin nak tengok baju or seluar tu terbalik ke tidak. Masa belajar iqra' dengan ustazah pun macam tu. Sambil-sambil dia baca boleh dia pandang ke lain bercakap2 sorang, tak reti duduk diam. Si baby tecik ummi plak Abdul Qayyum yang makin montel, sekarang makin sukar nak mandikan dia sebab dia suka melonjak-lonjak. Alhamdulillah qayyum tak banyak meragam :).