Monday, June 10, 2013

Di ambang Ramadhan

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Study buku baru
Malam tadi saya tidur lambat menjahit manik kat baju sambil study buku A-Z sulaman manik. Buku baru beli siangnya dengan harga RM38 di kedai buku Popular kat 9Avenue Nilai. Rasa tak mahu tidur nak belajar semua jenis teknik jahitan manik. Qayyum pun nyenyak tidur bagi chance kat ummi. Hebat sungguh penangan manik sampai pagi ni bangun lambat. Alangkah bagusnya kalau kita taksub dengan beramal soleh seperti kita taksub dengan hobi kita kan..kan..kan? Tak lama lagi kita bakal melangkah ke AKADEMI RAMADHAN. Dah panaskan enjin ke belum ni? Bilakah kali terakhir kalian buat solat tahajjud? Waduh..kalau dah lama tak buat, enjin sejuk tu. Bulih doh 'koho2'. Kebiasaannya, kalau masuk bulan Ramadhan baru nak start enjin kita akan sedikit ketinggalan..rugi. Siapa jamin kita akan dapat merasa bulan Ramadhan lagi tahun berikutnya? Dan sama-sama kita berdoa, kita dapat melangkah ke akademi Ramadhan pada tahun ini. Ya lah, ada mereka yang dijemput ilahi sebulan, seminggu atau sehari sebelum 1 Ramadhan. Mudah-mudahan kita dipanjangkan umur untuk menemui bulan Ramadhan dan mendapat pengampunan daripada Allah swt.

No comments :

Post a Comment

Komentar anda amat dihargai, terima kasih.