۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
15 jun hari Sabtu, Qayyum telah menerima vaksinasi untuk umur 2 bulan. Berat Qayyum pada ketika ini ialah 6 kg dan panjang 60 cm. Tak obes. Ada parents yang menolak untuk memberi vaksin kepada anak mereka. Terpulang kepada masing-masing. Setiap ibubapa mahukan yang terbaik buat anak mereka. Jika apa yang kita pilih itu kita rasakan yang terbaik untuk anak kita, ok just do it. Kita saling hormat menghormati keputusan masing-masing ok.
Doktor Tanya bila dia mula senyum? Aisehhhh, saya ni jenis pemalas nak catit setiap perkembangan baby. Tapi saya ingat Qayyum mula tersenyum kurang dari umur sebulan lagi. Masa tu mata dia dah mula menangkap jika saya bergerak. En.ayah suruh catit lepas ni bila dia start menarap, merangkak and so on. Hassan Al-Banna sendiri pun mencatat perihal perkembangan setiap anaknya.
Pagi ni Qayyum mandi awal tapi matanya tak mahu lelap. Dah banyak pusingan baby Qayyum menyusu tapi payah dia nak tido. Maybe sebab saya minum kopi?? Bagi pacifier dia reject. Tapi last-last dia tertidur gak. Legaaaa..
No comments :
Post a Comment
Komentar anda amat dihargai, terima kasih.