Tuesday, November 04, 2014

Jenis2 grill

Pagi ni ummi n qayyum pekena roti telur. Beli dua bijik. Untuk ummi satu qayyum satu. Tapi qayyum makan xhabis sebijik. Dkt2 kul 11 qayyum merengek mahu tidur. Ummi pun sambung cari2 info pasal grill n kabinet dapor. Sedikit sebanyak dpt la ilmu sebelum nk beli. Dulu takde pun kaji2. Main beli je yg paling murah sekali. Kali ni pun nak murah jgk. Tapi nak yang tahan karat. Boleh mcm tu?? Bukak arr kedai sendiri hihi.

Grill ada mcm2 ikut kemampuan masing2. Ada jenis:

1. Wrought iron
2. Metal iron biasa
3. Stainless steel
4. Aluminium

Stainless still n aluminium tu dah reject awal2 sebab tak mampu. Tu grill untuk orang2 kaya. Org mcm kami ni mampu takat wrought iron or metal iron tu jer. Antara wrought iron dgn metal iron tu dari segi ketahanan adalah sama saja walaupun ada desas desus mengatakan wrought iron lagi kuat dan hebat. Dua2 ada jenis hollow n solid. Mestilah yg solid lg mahal. Harga plak, wrought iron lagi mahal sebab fizikalnya ada mcm geligis kat tepi besi tu. Wrought iron ni ada 3 jenis warna iaitu gold, bronze n silver. Ramai yang suka grill wrought iron design bunga2 tu. Grill macam ni nampak klasik dan mewah. Ummi sendiri suka grill bentuk horizontal tu. Palang macam penjara kih3x..

Kemasan plak. Untuk tampak lebih anggun dan tahan karat tahan hujan panas segala macam, if ada budget anda bolehlah ambil grill yang dikemaskn dengan powder coating. Harga mestila la extra sikit dari cat biasa. If korang nk tau apa itu powder coating google je la.

Grill ni untuk keselamatan. Ada yang kata if bentuk yg palang2 tu senang pencuri kopek. Ada plak yang kata yg ada bnyk bentuk bunga2 tu yang lebih senang dipotong pencuri. Entah la belalang. Yg ni ummi tak pasti. Yg pasti ialah kerja pencuri ni dia nk mencuri. Dia tak kisah kot grill yg mcm mana. Asalkan dia ada peluang nk masuk curi barang dia akn masuk jgk. Na'uzubillah mintak dijauhkn. Ok if ummi rajin ummi tulis pasal kitchen cabinet plak. En ayah nak kabinet dapur material dari aluminium. Selamat dari anai2 katanya. 

No comments :

Post a Comment

Komentar anda amat dihargai, terima kasih.