Tuesday, November 18, 2014

Karnival upin ipin

Anak2 ummi masih tidur pulas. Ummi, selaku menteri dalam negeri dah mula memikirkan perancangan yg nk dibuat. Mula2 sekali fikir twins nak bawa makanan apa ke farewell party kat school esok dan hadiah apa nk bg kat teacher dorang. Semalam ummi dah siapkan drawing dry n wet kitchen. Dah mintak pun quotation dengan satu syarikat melayu. Hari ni nk mintak quot dengan syarikat lain pulak. Sekarang tengah fikir nak list kan berapa biji tingkap dan panel untuk mintak quotation langsir pulak. Mahu ribu2 jugak ni langsir walaupun langsir rumah baru tu nnt ummi tempah jahit lurus je. Fesyen2 non hado. Langsir cap nilai 3 ajo. Nak tempah kat kedai langsir terkemuka tu idok la ummi mampu. Ukur baju kek badan sendiri. Memandangkan weekend ni en.ayah ada daurah, ummi kena la pegi sorang2. Dan satu lagi tengah pikior weekend ni Nashrul n Fathul ajak pegi karnival upin dan ipin di picc. Sebenarnya dorang nak tengok ultraman ribut. Macam mana nak bawak dorang ni yer. Encik ayah takdok. Ummi rasa nak ajak usrahmate ummi. Oh satu lagi hari ni ummi nak tanya sekolah ttg program masa cuti sekolah. Daripada twins xdek buat apa kat rumah, baik ler dorang join apa2 program. Dok kat rumah kejenya tgk tv, gaduh. Gaduh, tengok tv. Nak sampai ke malam stress kepala ummi ni dengar dorg bergaduh. Sabor aje lah. Mudah2an segalanya berjalan lancar ameennnn. Sekian dulu laporan hari ini. Assalamualaikum.

No comments :

Post a Comment

Komentar anda amat dihargai, terima kasih.