Wednesday, June 22, 2016

Kolesterol

Bila usia makin meningkat, kesihatan mula sedikit terganggu. Nurse pesan, check paras kolesterol setiap 3 bulan sekali. Nak makan kena memilih dah. Yang banyak kolesterol kena kurangkan. Huhu. Sebenarnya, badan kita sendiri memang menghasilkan kolesterol iaitu di hati dan di usus. Jadi, faktor genetik juga mempengaruhi paras kolesterol tubuh kita. Yang ni kita xleh nak buat apa. Yang kita boleh kontrol ialah kontrol pengambilan makanan kita setiap hari. Kolesterol hanya terdapat dalam haiwan dan sumbernya seperti daging, seafood, butter, keju, minyak sapi, telur, susu dan produk tenusu. Kolesterol tidak terdapat dalam tumbuhan akan tetapi sumber tumbuhan seperti santan dan minyak sawit merupakan lemak tepu yang boleh meningkatkan penghasilan kolesterol dalam badan. Amalkan minyak zaitun sebab minyak zaitun ialah lemak tidak tepu yg mengurangkan paras kolesterol. Baru belajar setakat tu je hehe sekian prkongsian utk hari ini.

No comments :

Post a Comment

Komentar anda amat dihargai, terima kasih.