Anakku syurgaku...mcm tajuk drama. Besarnya pengaruh kita bila mendidik anak2 dengan baik..kita sebenarnya mencorakkan generasi masa depan. Pasakkan ank2 dengan alquran insyaAllah kita mendidik generasi quranic. Anak2 mula dapat markah ujian 1. Seperti ujian sebelum2 nya, markah anak2 tidak cemerlang. Jauh daripada A. Drpd markah tu kita dpt mengagak sejauh mana pencapaian atau tahap belajar diorang. Ummi tak pernah marah pun tapi kita hargai usaha mereka untuk pegi ke sekolah yg mereka sebenarnya tak suka pegi sekolah dan belajar. Ada sorang hamba Allah ni dia cerita pd ummi, kalau ujian tak dpt A, ayah dia akan marah "dah bagi duit pegi sekolah pun masih tak pandai". Kesian ibubapa yg mental mcm ni. Mental anak2 mesti dpt A bila ujian. Anak2 yg slow belajar akan stress bila kena marah. Dekat oversea, tak ada ujian pun kat sekolah. Sekolah kt malaysia je yg exam oriented. Sebenarnya manusia bukan tak pandai tapi Allah beri kelebihan yg berbeza2. Bila kereta kita rosak, apa yg kita boleh buat? tak boleh buat apa. kita terpaksa hantar ke bengkel kereta. pomen yg pandai baiki kereta itulah yg baiki kereta kita. dia mungkin sijil spm pun tak ada berbanding kita yg ada sijil spm bersusun2 A . Akhir kalam, jangan mudah menghukum orang sebaliknya kita doakan. kita suka tengok kelemahan orang dan buat kesimpulan mcm2. kapal kita tak sama dengan kapal dia. jangan sibuk dengan dosa orang tapi sibuklah dengan dosa kita sendiri. Selamat bertugas!!
No comments :
Post a Comment
Komentar anda amat dihargai, terima kasih.