Wednesday, October 04, 2017

Hujan pagi


Pagi ni gelap dan hujan sikit. Anak2 sarapan capati cicah susu dan gula. air teh susu. pagi ni nashrul dan fathul asyik bercerita pasal apa yg berlaku di sekolah petang diorang. ada karnival keusahawanan. diorang tak sabar nk masuk ke rumah puaka. cikgu yg menyamar jadi hantu katanya. diorang blur2 je pasal karnival ni. so ummi tanyala sorang member kenal dlm group bazar muslimah meru sebab anak dia pun satu sekolah dgn ank ummi. terjawab di situ beberapa prsoalan..

lepas hantar twin ke sekolah agama, ummi balik sarapan pulak. teringat pada qayyum. qayyum cakap bila besar nnt dia nk jadi bomba. budak2 lelaki memang suka pada bomba. di mata mereka bomba adalah hebat. memang bomba hebat pun sebab berkhidmat untuk masyarakat. tapi gaji diorang tidaklah semahal gaji doktor, engineer dan lawyer. haha tapi ummi takleh lupa peristiwa maryam dan qayyum terkunci dlm kereta dulu. masa tu ummi tak sihat fikiran tak berapa betul. bila turun kereta selalunya ummi terus automatik kunci kereta. sudahnya qayyum xleh angkat butang kunci tu. kunci kete dan handphone semua dlm kete. call bomba la jawabnya. sekejap je bomba dpt buka kete tanpa pecahkan cermin. tapi yg terkejutnya kejadian tu masuk paper esoknya. adui haru betul la abam bomba pasai apa la gi viral citer haku. huhu.

qayyum mempunyai personaliti yg berbeza daripada abang2nya. dia lebih friendly dan pandai memulakan persahabatan. cuma jangan jumpa dgn budak yg garang dan kasar itu memang nnt akan gaduh dgn qayyum. nakal tu mmg biasalah qayyum tu. dia selalu ajak ummi cari katak kat belakang rumah. tapi ada sekali tu dia ajak ummi cari snake kt belakang rumah. uihh seriau ummi. qayyum ni xtau ke snake tu bahaya. huhu..

anak2 lelaki punya energy yg banyak. kuat bermain dan suka meneroka. di sini ibu perlukan bantuan si ayah untuk bermain dengan anak2 lelaki. ibu2 biasanya sibuk dgn kerja2 rumah dan memasak. lagipun anak2 lelaki lebih sesuai bermain dengan bapa mereka kerana seorang ibu tidak berapa mahir tentang kegemaran anak2 lelaki yg biasanya suka kepada superhero, aktiviti lasak dan kreatif. tapi yg menyedihkan bila ank2 lelaki ini bila remaja mereka tidak rapat dengan ayah mereka lalu keluar bersosial dengan kawan2. keluar merayau waktu malam, hisap rokok dan dadah akhirnya jadi manusia tak guna. na'uzubillah jd pada ank2 kita. hari ni kita didik anak2 supaya mereka ada rasa tanggungjawab. biarlah mereka menangis bila kita marah dan suruh buat kerja sekarang daripada kita yg menangis di kemudian hari.

No comments :

Post a Comment

Komentar anda amat dihargai, terima kasih.