Monday, October 02, 2017
Pengorbanan seorang wanita
Wanita zahirnya kelihatan lemah berbanding seorang lelaki. Secara biologisnya, Allah menciptakan lelaki lebih kuat berbanding wanita. So isteri, suruh je suami tu tolong isteri buat kerja2 rumah. antara malas dan rajin je. Tapi hati wanita lebih kental bila tiada halangan membatasinya untuk mara lebih jauh.
Petang semalam ummi ke klinik jumpa doktor. doktor bagi dua jenis ubat. ummi tak berapa sihat. hmm kena makan ubat setelah/akibat consume satu ubat yang lain. orang perempuan banyak makan ubat. nak beranak ikhtiar makan ubat itu ini. dah beranak pinak ikhtiar untuk tak beranak pulak. seorang wanita hingga berkorban nyawa melahirkan zuriat. berkorban masa tenaga untuk menguruskan rumahtangga. sampai satu tahap kita tak pedulikan diri kita. tapi semua itu kita boleh hadapi sebab Allah dah design kita dengan hati yg cukup istimewa. hati yg penuh kasih sayang. 😍😍😍😘😘😘
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment
Komentar anda amat dihargai, terima kasih.