Monday, December 29, 2014

Persekolahan ditangguh

Pagi ni berita persekolahan ditangguhkn ke 12hb Jan tersebar. Mungkin ada hikmahnya. :-). Dengan harapan masa tu semua banjir sudah surut dan semua golongan masyarakat turun padang bergotong royong membantu membersihkan kawasan yang kena banjir. Sekolah juga perlu dibersihkan dan dikemaskan setelah beberapa hari menjadi penginapan sementara mangsa banjir.

Sunday, December 28, 2014

Cari barang2 baby

Pagi ni buka stor cari barang2 baby yg lama2 termasuk baju, kain lampin, barut dan sebagainya. Tinggal lebih kurang 5 minggu lagi. Kalau baby nak keluar awal mungkin 2-3 minggu lagi. Tapi tak nak keluar awal sangat. Hehe. Along dan abang baru nak sekolah. Mereka baru nak adapt dgn suasana baru di sekolah.

Tuesday, December 23, 2014

Banjir di Kelantan

Semalam sepupu ummi cakap air naik cepat di rumah pak long ummi di Gua Musang. Banjir besar di sebelah hulu. Biasanya kalau air besar di hulu akan turun ke sebelah hilir pulak..di Kota Bharu. Pak long dan mak long telah dipindahkn ke sekolah untuk sementara. Rumah mereka sudah tenggelam sejak petang semalam. Khabarnya hari ni air makin naik lagi. Jenuh la nak basuh rumah lepas ni dan dengar citer makanan kat supermarket pun habis. Kesiannya kat mangsa banjir :-(.

Monday, December 22, 2014

Aktiviti musim cuti sekolah

Sepanjang cuti sekolah ni anak2 ummi memang malas kalau ummi ajak belajar membaca. Sama jugak kalau nak baca muqaddam. Cukup malas. Sepanjang cuti sekolah ni aktiviti mereka kat rumah ialah melukis. Kami xde belikan anak2 tablet. Jadi dorang kena kreatif la nak main apa. Hehe. En. Ayah belikan kertas A4 kat tesco untuk dorang melukis. Mereka lukis xde benda lain. Lukis robot dan pelbagai jenis karakter kartun. Kemudian mereka gunting, warna dan main2 dengan hasil yg mereka buat. Ummi sediakan bakul untuk anak2 buang cebisan kertas yg dah digunting. Ada yg selamat masuk ke dalam bakul. Cebisan kertas yg 'tak selamat' masuk dlm bakul memenuhi segenap ruang di ruang tamu. Putih dengan kertas2 dan bersepah2...hahaha..

Sunday, December 21, 2014

Keletihan

Hari ni ummi mengantuk sepanjang hari. Rasa nak tido je memanjang. Buat kerja sikit tapi lenguh pinggang memanjang. Rasa dah tak larat betul. Rasa nak cepat2 bersalin. Sabar..sabar. Bila dah bersalin nanti anak bertambah maka kerja pun bertambah..letih jugak. Jadi kerja dan letih tak pernah habis. Petang tadi sempat ke nilai 3 pegi cari langsir. Ya Allah memang tak larat betul tapi langsir tu keperluan. Kali ni ummi dah tak boleh nak fikir. Kalu larat memang masuk banyak2 kedai survey. Tapi memang surrender la dan redha jer huhu. Kain pun main pilih jer. Otak pun dah tak boleh fikir. Janji settle. Harap2 ni la last upah jahit langsir. Pasni bila ank2 dah besar boleh belajar jahit langsir sendiri. Hahaha berangan je lebih. InsyaAllah mesti ada angan2 mat jenin. Niat mesti ada :-). Ok settle bab langsir pasni nak siapkan barang2 sambut baby pulak. Adui bila ni ummi nak buka stor cari barang2 baby yang masih boleh guna. Lampin, barut, sarung tangan n kaki baby dll. Nak kena basuh dulu segala macam. Ok masa untuk rehat dah tiba :-).

Sunday, November 30, 2014

Kurang sihat

Tengahari td kepala ummi berdenyut2 rasa nk pecah. Dah seminggu ummi takde selera makan. Mlm2 diganggu batuk. Semalam jumpa doktor dpt satu suntikan att di lengan waduh hari ni rasa bengkak lengan ummi. Doktor kham bg antibiotik. Hari ni rasa nk tido je sebab mkn antibiotik tu agaknya. Alhamdulillah doktor ckp uri dah naik ke atas tp baby belum ambil posisi lg. Doktor kham bgtahu gender baby nampak jelas. Tiga doktor cakap gender yg sama. Kita tunggu baby lahir . Tp ummi nak kena beli jugak barang2 baby macam towel, minyak telon dll. Kalau mandian boleh share dengan abdul qayyum. Ok smpai jmp lg.

Saturday, November 22, 2014

It's school holiday !!!

Malam tadi kita orang ke karnival upin dan ipin. MasyaAllah ramai betul orang. Kita orang tak dapat pegi dekat dengan pentas nak bergambar dgn upin ipin dan kawan2nya sebab terlalu crowded. Nashrul keciwa tak jumpa ultraman ribut. Rupa2nya ultraman performance acaranya sebelah petang. Fathul demam sejak semalam. Pagi ni alhamdulillah nampak makin ok.

Tuesday, November 18, 2014

Karnival upin ipin

Anak2 ummi masih tidur pulas. Ummi, selaku menteri dalam negeri dah mula memikirkan perancangan yg nk dibuat. Mula2 sekali fikir twins nak bawa makanan apa ke farewell party kat school esok dan hadiah apa nk bg kat teacher dorang. Semalam ummi dah siapkan drawing dry n wet kitchen. Dah mintak pun quotation dengan satu syarikat melayu. Hari ni nk mintak quot dengan syarikat lain pulak. Sekarang tengah fikir nak list kan berapa biji tingkap dan panel untuk mintak quotation langsir pulak. Mahu ribu2 jugak ni langsir walaupun langsir rumah baru tu nnt ummi tempah jahit lurus je. Fesyen2 non hado. Langsir cap nilai 3 ajo. Nak tempah kat kedai langsir terkemuka tu idok la ummi mampu. Ukur baju kek badan sendiri. Memandangkan weekend ni en.ayah ada daurah, ummi kena la pegi sorang2. Dan satu lagi tengah pikior weekend ni Nashrul n Fathul ajak pegi karnival upin dan ipin di picc. Sebenarnya dorang nak tengok ultraman ribut. Macam mana nak bawak dorang ni yer. Encik ayah takdok. Ummi rasa nak ajak usrahmate ummi. Oh satu lagi hari ni ummi nak tanya sekolah ttg program masa cuti sekolah. Daripada twins xdek buat apa kat rumah, baik ler dorang join apa2 program. Dok kat rumah kejenya tgk tv, gaduh. Gaduh, tengok tv. Nak sampai ke malam stress kepala ummi ni dengar dorg bergaduh. Sabor aje lah. Mudah2an segalanya berjalan lancar ameennnn. Sekian dulu laporan hari ini. Assalamualaikum.