Tuesday, August 18, 2009
Penghargaan untuk sebuah ukhuwwah yang indah
Get More Islamic Testi Here!
Bermula dari semalam, saya mulai sibuk menyambung kerja-kerja yang terbengkalai. Mohon doa dari akhawat tercinta agar kerja-kerja saya ini cepat siap dalam masa terdekat agar langkah dakwah lebih tersusun dan agar anak-anak saya tidak menjadi mangsa korban. Huhu, anak ummi sayang...
Sedikit kata-kata untuk akhawat tercinta, "Dirimu umpama bintang yang berkelip-kelip di hatiku ini..."
Mempunyai rakan yang menyelusuri jalan dakwah dan tarbiyah bersama-sama merupakan kebahgiaan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Mereka merupakan sebahagian dalam hidup ini. Mahu sama-sama suka dan sama-sama derita. Ingin saya coretkan panjang2 namun masa tidak mengizinkan.
Akhwat fillah, kita saling merindu biarpun baru saja habis berprogram. Kita bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah. Matlamat dan tujuan kita satu iaitu ALLAH..Mari teruskan langkah kita biarpun seringkali badai dan ribut taufan datang melanda, jangan pernah tewas dengan kecewa dan ujian yang bertimpa-timpa. Buat akhwat yang sudah memasuki alam perkahwinan, rumahtangga, anak dan suami bukanlah alasan untuk kita "pencen" di jalan tarbiyah. Bahkan seperti kata Pak Agoeing, "rumahtangga adalah merupakan langkah dakwah yang selanjutnya". Kata2 ini saya semat di hati sekukuhnya, insyaAllah. Kita boleh selagi kita mahu.
Buat akhwat fillah, afwan kerana setiap minggu berusrah dengan anak-anak saya yang lasak dan memeningkan kepala. Kesabaran dan kefahaman antunna amat2 dihargai. Jazakillah khairan katsira. Suatu hari nanti insyaAllah, akan tiba giliran antunna pula membawa "baby" ke halaqah. Biasakan mereka walaupun pada mulanya susah, alah bisa tegal biasa. Jika kita mahukan kebaikan, insyaAllah Allah akan mempermudahkan jalannya..
Firman Allah, "Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa."[al-Zukhruf:67]
Akhawat fillah, perjalanan kita masih panjang, harapan dari ukhti mu ini, semoga dirimu terus setia bersama-sama dalam perjuangan ini kerana kita saling menguatkan antara satu sama lain. Jumpa lagi, salam sayang..:-)
Tuesday, August 11, 2009
Pupuk dari kecil
Saya masih ingat, sewaktu saya masih kecil(sekitar umur 5-6 tahun), kakak saya suka 'make-up'kan saya. Sesudah saya mandi, kakak akan ikat tocang rambut saya, memakaikan bedak dan mamakaikan lipstik di bibir saya. Saya akan keluar berjalan ke rumah kawan-kawan yang tinggal berjiran di kawasan perumahan kerajaan yang mana mereka juga bermake-up seperti saya. Kemudian, kami main masak-masak sama2. Begitulah budak-budak perempuan. Tapi, jika wajah saya dilihat oleh ayah, haha, siaplah saya kena marah! Zaman kanak-kanak saya ialah pada zaman 80-an. Sesuai dengan perkembangan arus semasa dan teknologi, penampilan kanak-kanak perempuan zaman sekarang lebih meletup! setanding artis gitu. Bahkan ibubapa merasa bangga jika anak2 gadis mereka mamasuki program realiti tv seperti nyanyian dan lakonan. Sedar atau tidak, mereka sebenarnya sedang mencorak anak2 mereka yang memberi bentuk personaliti diri apabila dewasa kelak. Pasti semua bersetuju dengan frasa 'pendidikan bermula dr rumah' dan dengan peribahasa ini: 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Jika sejak kecil hati anak-anak diisi dengan keindahan duniawi, apabila besar kelak, keindahan dan kenikmatan yang fana itu lah yang dikejar dan dicari. Jika ibubapa mendambakan anak perempuan yang solehah penyejuk mata dan hati, isilah hatinya dengan cinta kepada Allah sejak mereka masih kecil lagi.
Wanita ingin cantik?
Wanita begitu sinonim dengan kecantikan. Wanita juga suka bergaya dan mementingkan imej dan penampilan. Tidak seperti kaum lelaki, wanita juga kadangkala malu untuk memakai pakaian yang sama apabila menghadiri sesuatu majlis,upacara, ke tempat kerja, atau ke mana2 saja dan mungkin sebab itulah barangkali wanita suka membeli belah. Wanita suka 'shopping' baju, kasut, beg tangan, perfume, make-up dan bermacam2 lagi, pendek kata juallah apa saja kepada wanita pasti laku! Wanita 'kemaruk' membeli kerana menginginkan dirinya kelihatan cantik dan lain daripada yang lain. Ada wanita yang mengaku dia suka membeli kain dan baju hingga tidak terpakai dan terjahit. Aduhai wanita. Bersyukur juga saya kerana punya suami yang menyekat aktiviti pembelian saya yang tidak perlu bahkan mengundang pembaziran.
Mesti ramai di kalangan kita yang sering mendengar kata-kata lebih kurang begini, "Isteri ni, bila di rumah pakai selebet dan tak menarik depan suami. Bau kari, bau ikan, bau ntah apa2 lagi kat badan. Tapi bila nak keluar rumah, mulalah melaram. Bersolek tebal, baju bergaya sakan, pakai perfume bau jarak sebatu. Ha, itu untuk suami ke untuk siapa?". Saya ingin melihat perkara ini dr sudut yang berbeza. Tidak mengapa andai ada pembaca yang tdk setuju dengan saya. Ada diantara rakan saya yang memberi tahu saya tentang wanita arab yang bergelar isteri. Di luar rumah, isteri2 ini memakai jubah hitam dan berpurdah, tapi di rumah masyaAllah, pakaian mereka bisa menggegarkan jantung suami ditambah pula dengan make-up di muka. Namun, tidak semua wanita arab yang begitu, ada juga yang berhias tdk mengikut syari'at bila di khalayak. Mesej yang ingin saya sampaikan di sini ialah, 'trend' masyarakat kita yang diwarisi dari zaman ke zaman ialah, apabila di rumah penampilan biasa2 saja, bila mahu keluar rumah, barulah bersiap cantik2, wangi2. Jadi apabila wanita itu sudah berkahwin, ia juga sudah terbiasa dengan trend ini sejak dari kecil. Bolehkah kita mengubah tradisi ini? Tidak mustahil. Kita boleh melatih anak2 perempuan bermula dari sekarang agar bila sudah berumahtangga kelak, ia sudah terbiasa dengan penampilan yang cantik,bersih, wangi dan menarik di rumah. Bila ingin keluar rumah, didiklah anak2 untuk berpakaian sopan,bersih dan tidak menarik perhatian lelaki dengan warna2 yang garang dan bau perfume yang jaraknya sebatu.
Bantulah anak2 perempuan dari sekarang supaya apabila mereka sudah berumah tangga kelak, mereka dapat menyenangkan hati suami. Sekadar pandangan saya. Saya berharap kelak, Allah akan mengurniakan saya anak perempuan pula agar dapat mempraktikkan kepada anak nnti. Semoga kita sama2 dapat menjadi wanita solehah dan melahir serta mendidik generasi kita untuk menjadi wanita solehah.
Nasihat Umm Iyas kepada anaknya di hari perkawinannya : "Hendaklah kau berpuas hati dengannya dan apa yang dapat diberikan kepadamu dan taat kepadanya. Hendaklah jangan dia melihat apa-apa yang tidak baik pada dirimu, ataupun mencium apa-apa yang tidak baik dari dirimu. Hendaklah kau diam bila dia sedang tidur dan menyediakan makanan bila tiba masa makannya. Hendaklah kamu memelihara hartanya dan mengawasi dan memelihara anak-anaknya. Hendaklah kamu menyimpan rahasianya dan jangan sekali-kali ingkar akan perintahnya. Janganlah kamu bergembira bila dia bersedih dan janganlah kamu bersedih apabila dia bergembira." (sumber:http://cintaku-msl.blogspot.com/)
Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa yang mempunyai anak puteri, lalu ia mengajarinya dengan baik dan mendidiknya dengan baik, maka anak itu kelak akan menjadi tabir yang melindunginya dari neraka." (Bukhari)
Thursday, August 06, 2009
Sabar dan sabar
Bangun saja dari tidur tadi, kembar saya mengamuk. Biasalah bangun dari tidur. Tapi, tangisan mereka melarat-larat pula. Sudah dipujuk dengan mainan pun tak jalan. Agaknya mereka lapar nasi kot, fikir saya. Lauk sudah siap, tinggal nasi saja masih belum masak. Kebetulan ada pisang, saya mendapat idea kilat. Saya nak masak cekodok pisang untuk mereka makan sementara tunggu nasi masak. Dengan pantas, tangan saya mencapai bahan-bahan untuk membuat cekodok. Adunan cekodok pisang dalam bekas saya kacau sebati sementara itu si kembar menangis-nangis, menarik-narik baju saya. Huuh, masih menangis lagi. Saya mengalah lantas ingin menghentikan tangisan mereka dulu. Bekas adunan cekodok itu saya letakkan di atas meja tapi nasib saya tidak baik...debuk! Bekas itu jatuh terlangkup ke lantai..habis cekodok saya! ummi yang mahu nangis pula. Sayangnya, membazir je 3 biji pisang, sedikit gandum, sebiji telur, sedikit garam dan gula. Sabar ajelah!!
Menguji kesabaran
Kisah di atas merupakan salah satu daripada banyak2 kisah dalam kehidupan saya sejak bergelar ibu. Setiap hari ada saja perkara yang menguji kesabaran diri. Namun, inilah lumrah kehidupan sebagai makhluk Allah swt bergelar 'ibu'. Jika di 'flash back' kisah2 dulu kala, setiap perjalanan hidup ini penuh dengan ranjau dan onak duri yang cukup kuat menguji kesabaran dan keimanan. Pastinya sahabat di luar sana juga mempunyai kisah tersendiri di sebalik perjalanan kehidupan ini bukan? Terkadang, ia perkara sedih dan pahit yang tidak perlu diketahui oleh orang lain tapi ia tercatat dalam diari kehidupan peribadi. Namun begitu, masih teringat akan kata-kata seorang sahabat saya, 'buah kesabaran itu manis rasanya'. Ada benar juga. Jika sebelum berkahwin, saya diuji untuk sabar dalam penantian mendapat pasangan hidup. Setelah sekian lama menanti, Allah hadirkan jua seorang suami dambaan hati buat menemani diri meredah lautan samudera kehidupan, buat menemani diri dalam perjalanan mencari cinta ilahi. Bakal suami di kala itu mantap tarbiyahnya manakala tarbiyah saya cincai2 saja. Setelah berumah tangga, Allah menguji lagi kesabaran untuk mendapatkan anak penyeri alam rumah tangga. Setelah dua tahun menanti akhirnya berita gembira diterima oleh kami. Semasa mengandungkan anak kembar ini, saya mengalami alahan yang cukup hebat yang benar2 menguji kesabarn saya. Hanya Allah yang mengetahui. Sabar dan sabar. Akhirnya, dua permata hati itu selamat dilahirkan ke dunia. Waktu2 dari si kembar itu di lahirkan sehingga lah sekarang, keletihan dan kepayahan memang menguji diri, namun melihat mereka membesar dengan sihat dan riang telah menjadi azimat penyembuh duka dan semua keletihan hilang belaka.
Saya pasti, kisah perjalanan hidup saya tidak banyak bezanya atau lebih kurang sama saja dengan kisah ramai di luar sana. Namun, ada insan di luar sana yang sehingga sekarang masih menanti belahan jiwanya yang masih belum kunjung tiba sedangkan usia sudah mampir ke angka 30. Namun, ada insan di luar sana yang masih tidak berputus asa berikhtiar untuk mendapatkan zuriat setelah 6 tahun berkahwin. Ada juga insan yang di luar sana sudah berkali-kali hamil, tapi keguguran, tapi bayi mati dalam kandungan semasa 8 bulan dan ada yang bayinya meninggal setelah dilahirkan kerana pelbagai komplikasi. Semua ini, pasti ada hikmah dan pengajarn di sebalik kejadian. Setelah direnung sejenak akan hakikat kehidupan saya dan orang lain alami, hadir di benak akan satu konklusi yang seharusnya saya sebagai seorang hamba merasakan dan mengucapkan iaitu ucapan hamdalah, Alhamdulillah...syukur ya Allah, di atas nikmat yang Engkau berikan kepada hamba..
Kesabaran saja tidak cukup untuk meneruskan kehidupan ini di dunia dan di akhirat kelak. Sabar harus bergandingan dengan iman yang padu. Tarbiyah lah yang mampu menjana dua aspek ini agar kukuh terpateri di dalam hati. Mari kita kuatkan lagi kesabaran ini kerana yang namanya orang beriman itu pastinya akan diuji. Jangan mengalah tapi bahkan terus melangkah. Ingatlah, buah sabar itu insyaAllah manis!!!
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu)dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung." - Ali-Imran:200
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)