Tuesday, August 18, 2009

Penghargaan untuk sebuah ukhuwwah yang indah


Get More Islamic Testi Here!

Bermula dari semalam, saya mulai sibuk menyambung kerja-kerja yang terbengkalai. Mohon doa dari akhawat tercinta agar kerja-kerja saya ini cepat siap dalam masa terdekat agar langkah dakwah lebih tersusun dan agar anak-anak saya tidak menjadi mangsa korban. Huhu, anak ummi sayang...

Sedikit kata-kata untuk akhawat tercinta, "Dirimu umpama bintang yang berkelip-kelip di hatiku ini..."

Mempunyai rakan yang menyelusuri jalan dakwah dan tarbiyah bersama-sama merupakan kebahgiaan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Mereka merupakan sebahagian dalam hidup ini. Mahu sama-sama suka dan sama-sama derita. Ingin saya coretkan panjang2 namun masa tidak mengizinkan.

Akhwat fillah, kita saling merindu biarpun baru saja habis berprogram. Kita bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah. Matlamat dan tujuan kita satu iaitu ALLAH..Mari teruskan langkah kita biarpun seringkali badai dan ribut taufan datang melanda, jangan pernah tewas dengan kecewa dan ujian yang bertimpa-timpa. Buat akhwat yang sudah memasuki alam perkahwinan, rumahtangga, anak dan suami bukanlah alasan untuk kita "pencen" di jalan tarbiyah. Bahkan seperti kata Pak Agoeing, "rumahtangga adalah merupakan langkah dakwah yang selanjutnya". Kata2 ini saya semat di hati sekukuhnya, insyaAllah. Kita boleh selagi kita mahu.

Buat akhwat fillah, afwan kerana setiap minggu berusrah dengan anak-anak saya yang lasak dan memeningkan kepala. Kesabaran dan kefahaman antunna amat2 dihargai. Jazakillah khairan katsira. Suatu hari nanti insyaAllah, akan tiba giliran antunna pula membawa "baby" ke halaqah. Biasakan mereka walaupun pada mulanya susah, alah bisa tegal biasa. Jika kita mahukan kebaikan, insyaAllah Allah akan mempermudahkan jalannya..

Firman Allah, "Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa."[al-Zukhruf:67]

Akhawat fillah, perjalanan kita masih panjang, harapan dari ukhti mu ini, semoga dirimu terus setia bersama-sama dalam perjuangan ini kerana kita saling menguatkan antara satu sama lain. Jumpa lagi, salam sayang..:-)

No comments :

Post a Comment

Komentar anda amat dihargai, terima kasih.