Tuesday, August 11, 2009

Pupuk dari kecil


Saya masih ingat, sewaktu saya masih kecil(sekitar umur 5-6 tahun), kakak saya suka 'make-up'kan saya. Sesudah saya mandi, kakak akan ikat tocang rambut saya, memakaikan bedak dan mamakaikan lipstik di bibir saya. Saya akan keluar berjalan ke rumah kawan-kawan yang tinggal berjiran di kawasan perumahan kerajaan yang mana mereka juga bermake-up seperti saya. Kemudian, kami main masak-masak sama2. Begitulah budak-budak perempuan. Tapi, jika wajah saya dilihat oleh ayah, haha, siaplah saya kena marah! Zaman kanak-kanak saya ialah pada zaman 80-an. Sesuai dengan perkembangan arus semasa dan teknologi, penampilan kanak-kanak perempuan zaman sekarang lebih meletup! setanding artis gitu. Bahkan ibubapa merasa bangga jika anak2 gadis mereka mamasuki program realiti tv seperti nyanyian dan lakonan. Sedar atau tidak, mereka sebenarnya sedang mencorak anak2 mereka yang memberi bentuk personaliti diri apabila dewasa kelak. Pasti semua bersetuju dengan frasa 'pendidikan bermula dr rumah' dan dengan peribahasa ini: 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Jika sejak kecil hati anak-anak diisi dengan keindahan duniawi, apabila besar kelak, keindahan dan kenikmatan yang fana itu lah yang dikejar dan dicari. Jika ibubapa mendambakan anak perempuan yang solehah penyejuk mata dan hati, isilah hatinya dengan cinta kepada Allah sejak mereka masih kecil lagi.

Wanita ingin cantik?
Wanita begitu sinonim dengan kecantikan. Wanita juga suka bergaya dan mementingkan imej dan penampilan. Tidak seperti kaum lelaki, wanita juga kadangkala malu untuk memakai pakaian yang sama apabila menghadiri sesuatu majlis,upacara, ke tempat kerja, atau ke mana2 saja dan mungkin sebab itulah barangkali wanita suka membeli belah. Wanita suka 'shopping' baju, kasut, beg tangan, perfume, make-up dan bermacam2 lagi, pendek kata juallah apa saja kepada wanita pasti laku! Wanita 'kemaruk' membeli kerana menginginkan dirinya kelihatan cantik dan lain daripada yang lain. Ada wanita yang mengaku dia suka membeli kain dan baju hingga tidak terpakai dan terjahit. Aduhai wanita. Bersyukur juga saya kerana punya suami yang menyekat aktiviti pembelian saya yang tidak perlu bahkan mengundang pembaziran.

Mesti ramai di kalangan kita yang sering mendengar kata-kata lebih kurang begini, "Isteri ni, bila di rumah pakai selebet dan tak menarik depan suami. Bau kari, bau ikan, bau ntah apa2 lagi kat badan. Tapi bila nak keluar rumah, mulalah melaram. Bersolek tebal, baju bergaya sakan, pakai perfume bau jarak sebatu. Ha, itu untuk suami ke untuk siapa?". Saya ingin melihat perkara ini dr sudut yang berbeza. Tidak mengapa andai ada pembaca yang tdk setuju dengan saya. Ada diantara rakan saya yang memberi tahu saya tentang wanita arab yang bergelar isteri. Di luar rumah, isteri2 ini memakai jubah hitam dan berpurdah, tapi di rumah masyaAllah, pakaian mereka bisa menggegarkan jantung suami ditambah pula dengan make-up di muka. Namun, tidak semua wanita arab yang begitu, ada juga yang berhias tdk mengikut syari'at bila di khalayak. Mesej yang ingin saya sampaikan di sini ialah, 'trend' masyarakat kita yang diwarisi dari zaman ke zaman ialah, apabila di rumah penampilan biasa2 saja, bila mahu keluar rumah, barulah bersiap cantik2, wangi2. Jadi apabila wanita itu sudah berkahwin, ia juga sudah terbiasa dengan trend ini sejak dari kecil. Bolehkah kita mengubah tradisi ini? Tidak mustahil. Kita boleh melatih anak2 perempuan bermula dari sekarang agar bila sudah berumahtangga kelak, ia sudah terbiasa dengan penampilan yang cantik,bersih, wangi dan menarik di rumah. Bila ingin keluar rumah, didiklah anak2 untuk berpakaian sopan,bersih dan tidak menarik perhatian lelaki dengan warna2 yang garang dan bau perfume yang jaraknya sebatu.

Bantulah anak2 perempuan dari sekarang supaya apabila mereka sudah berumah tangga kelak, mereka dapat menyenangkan hati suami. Sekadar pandangan saya. Saya berharap kelak, Allah akan mengurniakan saya anak perempuan pula agar dapat mempraktikkan kepada anak nnti. Semoga kita sama2 dapat menjadi wanita solehah dan melahir serta mendidik generasi kita untuk menjadi wanita solehah.

Nasihat Umm Iyas kepada anaknya di hari perkawinannya : "Hendaklah kau berpuas hati dengannya dan apa yang dapat diberikan kepadamu dan taat kepadanya. Hendaklah jangan dia melihat apa-apa yang tidak baik pada dirimu, ataupun mencium apa-apa yang tidak baik dari dirimu. Hendaklah kau diam bila dia sedang tidur dan menyediakan makanan bila tiba masa makannya. Hendaklah kamu memelihara hartanya dan mengawasi dan memelihara anak-anaknya. Hendaklah kamu menyimpan rahasianya dan jangan sekali-kali ingkar akan perintahnya. Janganlah kamu bergembira bila dia bersedih dan janganlah kamu bersedih apabila dia bergembira." (sumber:http://cintaku-msl.blogspot.com/)

Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa yang mempunyai anak puteri, lalu ia mengajarinya dengan baik dan mendidiknya dengan baik, maka anak itu kelak akan menjadi tabir yang melindunginya dari neraka." (Bukhari)

No comments :

Post a Comment

Komentar anda amat dihargai, terima kasih.