Monday, January 11, 2010
Baby kucing
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Malam semalam suami saya tiada di rumah, keluar berprogram. Sedang kami tiga beranak duduk melepak-lepak, tiba-tiba saya terdengar bunyi sesuatu di ruang belakang rumah tepi dapur. Hati saya bergetar. Takut untuk mengintai bunyi apakah itu. Tangan saya pantas menaip sms kepada suami. Hehe, dasar penakut. Balas suami, "kena check jugak". Saya beranikan diri, pasang lampu dan mengintai ikut tingkap. Tiada apa-apa...lega.
Pagi tadi, saya cuba buka pintu belakang dan keluarlah bunyi begini.."miowwww"..hehe kucing rupanya. Tapi dengar suaranya saja. Kucingnya tak nampak. Tak lama selepas itu, suami sampai di rumah. Saya mula mengadu macam-macam cerita termasuklah cerita terdengar bunyi semalam...."rasanya kucing nak beranak kot".saya mengomel. Bila suami cek, "laaa..dah beranak rupanya" kata suami saya. Saya menjenguk ibu kucing dan babies nya. 4 ekor anak kucing yang bulunya masih basah. Saya geli geleman. Ibu kucing pasti lapar, tapi di rumah saya masa tu takde makanan untuk bagi pada ibu kucing. Kesian padanya. Lepas tu, saya lupa pasal keluarga kucing tu...
Menjelang malam, saya terdengar anak-anak kucing menangis. Saya cuba melihat mereka.sekor nampak macam tak bergerak. Rupa-rupanya ibu kucing sudah tiada. Anak kucing mesti kelaparan..ya Allah kesiannya. Anak kucing mesti mahu menyusu. Saya tak pasti samada ibu kucing tu keluar sekejap untuk mencari makanan atau ditinggalkan terus anak-anaknya. Ya Allah, kesiannya. Saya tak mahu anak-anak kucing tu mati di situ. Sekarang ni saya masih mendengar decitan-decitan suara si anak kucing yang sungguh kesian..apa yang boleh saya buat? Huhu..sudah lah tengok saja pun sudah geli apatah lagi mahu dipegang untuk diletak dalam kotak. Perasaan bersalah timbul dalam diri kerana membiarkan anak kucing itu menangis...tapi apa yang saya boleh buat. Ya Allah ampunilah hamba-Mu ini..saya berdoa agar ibu kucing cepat-cepat pulang kembali kepada anak-anaknya..ameen..semoga ibu kucing tidak tinggalkan anaknya seperti mana segelintir manusia yang sanggup meninggalkan anaknya di tempat pembuangan sampah..yang akhirnya mati kesejukan dan kelaparan..dasyatnya manusia..
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
salam
ReplyDeletecomeinya anak kucing ni.kalau anak saya pasti dah digomolnya.
Um. masyitah, gambar kat ats tu sekadar hiasan, anak kucing sebenar masih buta tatkala sy menulis artikel dan duduk di belakang mesin basuh lama yg tak diguna dah. Saya ada bagi susu, mereka lapar sangat. keesokannya lepas bagi minum susu, saya letak diluar sekejap bagi kering bulunya, tapi malangnya bila saya nak ambil balik kucing tersebut, mereka semua sudah tak bernyawa..sedih sangat n rasa berdosa sbb saya menyebabkan mereka mati...huhu...semoga Allah mengampunkan dosa saya..:((
ReplyDelete