۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Get More Islamic Testi Here!
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh
Ukhti fillah yang disayangi...
Sebenarnya ana tidak pandai bermain kata dan menutur bicara. Dan yang paling penting iman ana yang tipis takut pula tersilap memberi nasihat dan tidak menepati kehendak agama. Secara dasarnya, ana akui ana bukanlah wanita solehah dan hamba Allah yang baik. Ana ini banyak kekurangan serta kelemahan yang anti tidak tahu...
Cuma, insyaAllah, kerana anti pinta nasihat dari ana, maka ana merasakan ana wajib memberikan sepatah dua kata buat tatapan ukhti yang disayangi. Pandangan dan nasihat ini insyaAllah lahir dari sudut hati ana dan idea dari apa yang ana rasa dan perhatikan dari jauh. Juga dari pengalaman hidup ana yang tidak seberapa ini...
Ukhti fillah...
Ana sebolehnya dalam perhubungan sesama akhawat, ana akan cuba untuk tidak menfokuskan akan kelemahan mana-mana akhawat. Kalau boleh di 'delete' dalam fikiran ana, ana akan cuba 'delete' kesalahan dan kelemahan mereka yang bermain dan berlegar-legar di kotak fikiran. Sebabnya bagi ana, ukhuwwah fillah antara kita lebih bernilai dan berharga dari segalanya. Berapa ramai sangatlah barisan akhawat kita yang sama-sama berjuang di jalan dakwah ini ukhti? Tidak ramai bukan? Malah jika seorang pergi meninggalkan jalan dakwah ini kita akan rasa sangat kehilangannya. Jadi, ana akan "highlight" kan persamaan antara kita sesama akhwat kerana itu lebih menguntungkan kita semua dan dakwah kita. Persamaan antara kita sebenarnya banyak. Antaranya ialah kita sama-sama mencari cinta Allah dan mengharapkan keredhaan-Nya, kita sama-sama berjuang di jalan dakwah, kita berkongsi cerita tentang iman dan islam, pakaian kita lebih kurang sama labuh dan besar, seronok apabila dapat berkumpul dan berprogram bersama. Alangkah indahnya saat itu, kita dapat berkumpul dalam satu halaqah. Seusai halaqah, kita buka cerita masing-masing tapi ada diantara kita yang jenis perahsia menyebabkan kita menjadi tidak rapat mana.
Ukhti fillah.....
Walaupun langkah kita seiring dan sejalan ke suatu destinasi cinta ilahi, tetapi pada hakikatnya kita mempunyai latar belakang yang berbeza-beza. Masing-masing dididik dengan cara yang berlainan dan mendapat pentarbiyahan yang berbeza-beza. Jadi jangan anti merasa pelik jika ada akhawat yang mempunyai perwatakan yang pelbagai. Ada akhawat yang kelihatan agak kasar, mengambil masa yang lama untuk bersiap, tidak pandai memasak, suka tidur, dan macam-macam lagi. Ada yang datang dari keluarga yang kaya dan tinggal di bandar menyebabkan dia kelihatan agak boros dan suka ber'shopping'. Ada yang datang dari kampung dan biasa hidup susah menyebakan dia kelihatan lebih berdikari. Ada juga yang suka ketawa berdekah-dekah, kelakar, kurang cermat dan kurang menitikberatkan kebersihan. Namun inilah hakikat yang perlu kita terima dan berlapang dada. Kita perlu saling menampung dan melengkapi dalam masa yang sama saling memperbaiki. Untuk seseorang akhawat itu berubah perlu tarbiyah yang konsisten dan sokongan dari akhawat lain dan bukan mengambil masa yang sedikit. Kita perlu sabar dengan sikap sesetengah akhawat yang nampaknya tidak sesuai dengan selera kita kerana ini menunjukkan tarbiyah untuk dirinya belum mencukupi.
Ukhti fillah...
Itu sajalah buat setakat ini yang mampu ana coretkan untuk anti. InsyaAllah, sehingga kita berjumpa lagi di lain waktu. Andai ada kata yang mengguris perasaan anti, ana mohon seribu kemaafan kerana sememangnya ana juga insan yang lemah. Semoga kita terus tsabat di jalan dakwah ini dan mendapat keredhaan dan limpahan rahmat kasih sayang Allah swt. Akhir kata, ukirlah senyuman manis buat akhawat mu kerana siapa tahu esok atau lusa, mereka tidak dapat melihat lagi senyumanmu buat selama-lamanya...ana uhibbuki fillah:-).
Salam sayang,
Sahabatmu di jalan dakwah.
No comments :
Post a Comment
Komentar anda amat dihargai, terima kasih.