Tuesday, February 02, 2010

Cas Iman


sumber gambar
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Suasana ruang tamu di tingkat bawah rumah saya habis berselerak dibantai oleh dua hero. Kemudian dua-dua hero tu naik ke tingkat atas dan buat kerja kat atas pulak. buat apa tak tahu tapi ada bunyi berdentam dentum. Ummi dah tak larat...hentam sajalah labu..

Dua tiga hari kebelakangan ini, saya agak kurang sihat. Badan tak sihat iman di hati pun tak sihat. Nasib baiklah untuk merayau dalam alam cyber ni hanya menggunakan jari jemari je. Alhamdulillah, masih ada tangan yang berfungsi untuk menekan keyboard lappy..kecuali malas yang menguasai diri. Saya merayau dari satu blog ke satu blog, membaca sumber-sumber yang bisa memberi cas kepada bateri yang lemah. Saya memetik sedikit bahan dalam blog kak fzi:

Realitinya walaupun kita rasa dah banyak beramal tapi kita dapati diri masih juga lalai maka mesti tambahi lagi. Dalam masa yang sama kena baiki amalan kita kerana mungkin ada yang tidak kena di mana2 seperti tidak kusyuk dalam solat, tidak memahami bacaan dan sebagainya. Kena caj lagi diri kita umpamanya macam kita caj bateri telefon bimbit kita. Bagaimana cara nak caj bateri untuk diri kita tu? Caranya termasuklah dengan:

* kerap hadir di majlis2 ilmu
* berdamping dengan orang-orang soleh sebab jika kita berada di kalangan orang-orang yang baik InsyaAllah akan improve kan diri kita jadi lebih baik
* sering bermuhasabah diri


Semasa belum mendirikan rumah tangga, saya bebas ke sana ke mari ke tempat-tempat majlis ilmu. Tapi setelah lahirnya hero-hero dua orang ni, secara automatik aktiviti saya itu terbantut. Bagi sesiapa yang punya peluang untuk menghadiri majlis ilmu, rebutlah peluang ini selagi masa masih ada. Bagi ibu yang punya anak kecil seperti saya, jika kita sabar dan ikhlas, insyaAllah pahala untk kita mengasuh dan mendidik anak-anak tersedia. Bahkan rumahtangga kita itulah medan juang kita yang sebenarnya bagi melahirkan pelapis-pelapis da'ie.

Tapi kadang-kadang saya akui saya tidak kuat mengharungi kepayahan ini. Kepayahan untuk bersabar melawan rasa bosan yang mula membayang dalam diri. Saya akui, saya sering bermuhasabah tapi tidak mencukupi. Tinggal satu lagi tip yang boleh membantu saya ialah bersahabat dengan orang soleh. Ya, tip ini sangat memberi kesan kepada saya. Sahabat yang baik umpama minyak wangi. Jika kita dekat padanya, wanginya itu akan melekat pada kita juga. Jika kita bersahabat kerana Allah, hati kita mudah bertaut dan merasa sangat dekat dengannya biarpun kita baru saja mengenalinya. Kerana matlamat kita sama kerana Allah, persahabatan kita jernih dari hasad dengki dan kebendaan.

"Bahasa yang difahami bersama memang mendekatkan. Namun kebersamaan hati lebih baik daripada kebersamaan bahasa." (Jalaluddin Rumi, Matsnawi I,1205-7)

"Sahabat yang baik itu bercakap benar dan bukannya hanya membenarkan kata-kata"-mutiara kata

" Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa." (QS. Az Zukhruf:67)

Mari kita cari sahabat yang solehah sebanyak mungkin dan bertaaruf dengan lebih dekat agar rajut ukhuwwah yang terbina antara kita makin erat dan wujud mahabbah ilallah. Semoga bateri iman saya tak lemah lagi, mari kita cas bateri iman kita..

No comments :

Post a Comment

Komentar anda amat dihargai, terima kasih.