۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Get More Islamic Testi Here!
Musibah adalah tarbiyah dari Allah
Di sebalik musibah yang melanda, terselit banyak hikmahnya...walaupun ujian itu perit, ikhlaskanlah hati untuk menerimanya..berlapang dada biarpun sesekali ia begitu menyesakkan nafas hingga tumpah air mata..
Sejak akhir-akhir ini banyak musibah yang melanda. Namun saya bersyukur kerana di sebalik musibah ini, saya merasakan Allah sedang mentarbiyah diri ini lantaran banyaknya dosa-dosa saya..cuma apa yang saya bimbang ialah, kesedaran ini cepat sirna lalu saya mengulangi dosa-dosa yang sama..ya Allah berikanlah petunjuk bagiku dan kurnikanlah sahabat yang solehah sebagai pembimbing untukku..
Sahabat di jalan dakwah
Sahabat yang datang dan pergi dalam hidup ini sangat ramai. Tentunya sedih apabila sahabat yang selama ini mencari ilmu agama bersama-sama menyatakan hasrat untuk pergi..namun apakan daya, masing-masing mempunyai komitmen dan agenda tersendiri. Namun, saya positif, setiap kehilangan itu pasti Allah akan menggantikan dengan yang lain. InsyaAllah. Tapi apa yang saya harapkan ialah sahabat-sahabat saya tidak expect saya lebih-lebih apabila melihat angka usia saya yang agak jauh berbeza (kebanyakannya lebih muda dari saya) dan apabila melihat kepada suami saya yang bersemangat dalam dunia dakwah. Ini kerana saya takut mereka kecewa setelah mengetahui kekurangan ilmu yang saya ada dan saya sendiri pun sebenarnya masih mencari langkah mengejar suami yang jauh maju ke depan berbanding saya dalam kerja-kerja dakwah. Saya cuma mengenal jalan dakwah setelah bernikah dengan suami dan masih banyak kekurangan yang ada yang perlu dibaiki. Namun, kita tidak perlu menunggu untuk menjadi manusia yang sempurna baru hendak berdakwah kerana sampai mati pun kita tidak akan sempurna. Kalau kita ingin pandai dan cekap memasak, kita perlulah selalu memasak. Mula-mula memasak, kadang-kadang masakan kita itu tidak sedap, tapi lama-kelamaan setelah kita selalu masak, kita menjadi sangat mahir dan hasilnya masakan itu menjadi sangat enak. Apa yang penting, cuba masak dulu walaupun tidak pandai.
Dakwah dan tarbiyah
Jalan dakwah itu panjang, tidak ditabur dengan bunga mawar yang harum dan dihampar dengan permaidani merah, sebaliknya jalannya penuh ranjau berduri dan berliku-liku. Kesiapan mental dan rohani yang kuat sangat diperlukan dalam mengharungi cabarannya. "Jika anda merasa senang, mudah dan selesa,itu sebenarnya anda belum benar-benar berdakwah"(huhu,saya la tu), jelas murobbi saya dalam halaqah suatu ketika dulu. Oleh itu pejuang, jika dirimu merasa lelah, sedih, payah dan sebarang rasa yang tidak enak, relakanlah..biarkan Allah saja yang menjadi penyembuh hatimu. Cinta-Nya sahaja yang membuat dirimu tenang. Kata seorang pejuang dari tanah seberang, "Wanita itu sangat mudah untuk ditarik ke dalam tarbiyah, namun untuk dia meninggalkan tarbiyah pun mudah juga". Emosi wanita mudah disentuh, perasaannya halus, sebab itu ia mudah disentuh dengan tarbiyah namun ia juga bisa lari meninggalkan jalan ini kerana didorong oleh emosi yang negatif. Itulah kaum hawa, makhluk yang diciptakan oleh Allah dari tulang rusuk kaum adam yang bengkok. Oleh kerana hal-hal yang sepele, ia mudah merajuk dan meninggalkan jalan dakwah. Oleh itu sangat penting untuk kita menjaga ukhuwwah dengannya sebaik mungkin selagi hatinya belum benar-benar diresapi dengan tarbiyah. Sebenarnya, diri ini takut juga, kerana takut hanya pandai bermain kata, tapi tidak direalisasikan. Semoga Allah membimbing diri ini ke jalan yang benar.
Kita yang dimiliki
Kita sedar bahwa kita ini hanya hamba kepada Allah swt. Itu hakikat yang semua kita tahu. Namun, dalam hidup ini kita mesti sedar bahawa kita ini bukan sebenarnya boleh sewenang-wenangnya melakukan setiap perkara seenak rasa. Oleh kerana itu setiap tindak tanduk yang ingin kita ambil perlu mengira perasaan orang di sekeliling kita dan kesan baik buruknya kepada persekitaran. Jika kita seorang anak, perlu mengambil kira perasaan ibubapa. Jika kita seorang isteri, perlu menjaga perasaan suami. Jika kita seorang pelajar perlu mengambil kira kesan kepada guru dan sekolah. Jika kita seorang islam, perlu mengambil kira kesan kepada agama kita. Jika kita seorang kawan, perlu mengambil kira perasaan kawan kita, jika kita seorang ahli jemaah sesebuah pertubuhan atau pegangan, perlu mengambil kira kesan tindakan kita kepada mereka. Yang mudahnya kita hidup dalam sebuah komuniti yang sedikit sebanyak boleh mempengaruhi komuniti yang kita sertai. Amat sedih jika dalam sebuah gerakan islam yang membuat kerja-kerja dakwah, terdapat ikhwah dan akhawat yang menyulam cinta dan membuat tindakan yang tidak sepatutnya hingga melahirkan perasaan sedih, kecewa, marah, terkilan di kalangan ikhwah dan akhawat yang lain. Bahkan ia tidak berhenti di situ, timbul pula fitnah, saling salah menyalahkan, terputus ukhuwwah dan ada yang menyisihkan diri. Dan ada yang tidak tahu hujung pangkal pun turut dipersalahkan juga. Begitulah dasyatnya kesan kepada sebuah tindakan yang keluar dari batasan agama. Jika kita mahu orang lain redha dengan kita, terlebih dahulu tindakan yang dibuat perlulah mengikut lunas-lunas yang dibenarkan oleh syariat. Jika kita mengundang kemarahan Allah swt, kesannya kita tidak akan menemui kebahagiaan dalam hidup. Mari kita muhasabah diri kita!
No comments :
Post a Comment
Komentar anda amat dihargai, terima kasih.