Wednesday, June 02, 2010

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA


۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

HADITS RASULULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE:

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

SELEPAS KOTA CONSTANTINOPLE DITAKLUK:

"Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda (Sultan Muhammad al-Fateh) memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu."

Untuk membaca cerita penuh ini sila ke http://satuperkongsian.wordpress.com/2007/06/26/sultan-muhammad-al-fateh-dan-pembukaan-costantinople/

"Kemenangan akan tiba setelah ummat islam memiliki sallimu akidah (akidah yang bersih). Keterikatan hati dengan Allah sangat kuat barulah kita dapat mengalahkan musuh. Oleh itu ditarbiyah dan mentarbiyah harus kita diteruskan untuk ummat islam mencapai sallimu akidah".

2 comments :

  1. salam ummu farhan
    MasyaAllah.sungguh berkesan tarbiyah yang diallui oleh sultan ini...

    ReplyDelete
  2. Wsm,

    Ummat islam perlu belajar dari sejarah, banyak pengajaran dan strategi untuk mengalahkan musuh islam :))). Tarbiyah mereka luar biasa mantapkan? ^_^..

    ReplyDelete

Komentar anda amat dihargai, terima kasih.