Friday, June 11, 2010
Sebarkan cinta..
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
"Adapun urutan yang paling bawah dari jihad adalah ingkar hati, dan yang paling tinggi adalah perang mengangkat senjata di jalan Allah. Sedangkan di tengah-tengah itu adalah jihad lisan, pena, tangan, dan berkata benar di hadapan penguasa tirani."- Petikan dari buku berjudul Untukmu Kader Dakwah oleh Rahmat Abdullah.
Saya tertarik dan terkesan setelah membaca entri seorang penulis blog yang juga seorang sukarelawan yang turun ke daerah selatan Thai untuk membantu dan membuat kerja-kerja dakwah di sana. Beliau menulis di sini. Menurut akhwat ini, saudara islam di sana tidak kurang hebat menangani nasib seperti rakyat Palestin. Mereka ditindas, dirogol dan dibunuh dengan kejamnya. Kerajaan Thai sedang berusaha untuk menghapuskan masyarakat islam di sana. Coretan akhawat ini bukan saja menyedarkan saya tentang keadaan masyarakat minoriti islam di selatan Thai tetapi membuka matahati saya bahawa dalam dakwah ini, saya seolah-seolah tidak menyumbang apa-apapun. Lantaran itu, saya bertekad biarpun saya tidak pendai menulis dengan ayat yang cantik dan tersusun, biarpun tidak dapat keluar ke sana-sini membantu akhwat lain, namun saya masih ada tangan yang sihat untuk menulis. Semoga Allah mengira amalan yang saya lakukan ini...aminn. Dan juga harta saya yang sangat berharga yang saya punya sekarang iaitu anak-anak saya akan saya cuba sebaik mungkin insyaAllah untuk mendidik mereka agar menjadi kader dakwah sedikit masa lagi.
Kadang-kadang saya terfikir, andai saya tidak terikat dengan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu, adakah saya rela dan sanggup untuk meninggalkan kesenangan yang saya ada untuk menjejakkan kaki ke Palestin, ke selatan Thai atau di mana-mana saja yang di sana terdapat umat islam yang dalam kesusahan? Mungkin lebih mudah untuk kita mengutuk, mencerca dan mencaci musuh-musuh islam..hancur zionis! israel laknatullah! biadap! dan bermacam-macam lagi tetapi tentunya lebih sukar untuk kita sendiri turun ke medan yang sebenar untuk membantu saudara-saudara islam kita. Siapa yang ingin meninggalkan keselesaan demi sebuah kesusahan? Usahkan hendak ke Palestin, kadang-kadang hendak keluar rumah untuk hadir ke halaqah atau program pun kita rasa begitu berat sekali. Manakan tidak, perlu menggosok baju sendiri, menggosok baju suami, perlu menyiapkan keperluan anak-anak dan mengejar anak-anak di tempat program. Namun, walauberat sekalipun, ia akan mampu kita lakukan kerana itulah sebuah perniagaan yang menarik yang Allah swt tawarkan buat orang-orang yang beriman. Tiada yang seumpama dengannya!
“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya, niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam surga Adn. Itulah keberuntungan yang besar. Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.” (QS As-Shaaf : 10 – 13)
Murobbi saya berpesan, "kemewahan itu boleh menyebabkan kita malas berdakwah". Ini bukan bermakna islam melarang kita untuk menjadi seorang yang kaya raya mengikut landasan yang benar. Tetapi alangkah baik jika harta kita yang banyak itu diinfaqkan ke jalan dakwah. Semasa bernikah dengan Rasulullah saw, Siti Khadijah merupakan seorang hartawan yang terkenal namun harta kekayaannya itu disumbangkan kepada islam untuk membantu dakwah Rasulullah hingga hartanya habis digunakan untuk perjuangan islam. Bahaya kemewahan juga menyebabkan kita merasakan kita tidak perlu kepada tarbiyah kerana merasakan kehidupan kita sudah cukup segala keperluan. Kebergantungan kepada Allah itu menjadi kurang bahkan yang bahayanya, hati mula merasakan kebergantungan hidup adalah kepada harta dunia. Lantaran itu,seluruh masa yang ada digunakan untuk tujuan keduniaan, sisa-sisa masa yang ada barulah di "spend" untuk tujuan keagamaan. Oleh itu, waspadalah dengan tipu daya syaitan yang menjanjian kebahagiaan sementara dengan mendapatkan harta yang banyak namun ianya adalah sebuah kepalsuan bila kita mula jauh dari Allah swt.
Dulu semasa usia remaja saya masih ingat, saya memahami bahawa kehidupan ini perlulah seimbang antara dunia dengan akhirat. Waktu itu saya buntu, tidak betul-betul memahami. Macam mana hendak seimbangkan antara dunia dengan akhirat? Adakah memberikan 50 % kepada dunia dan baki 50% lagi untuk akhirat? Apabila saya memahami begitu, saya merasakan amat susah untuk adil kepada keduanya. Jahilnya hidup tanpa tarbiyah. Tapi alhamdulillah, ssekarang saya sedar bahawa kehidupan kita adalah perlu 100% adalah untuk akhirat. Dunia hanyalah sekadar alat bukan tujuan. Alat untuk kita meraih kehidupan yang jauh lebih baik di akhirat kelak. Dan untuk itu, segala apa yang kita miliki pada hari ini adalah untuk tujuan kita menjalankan "perniagaan" dengan Allah seperti yang sudah saya nyatakan di atas. Mari kita sebarkan cinta di bumi tuhan ini agar semua orang dapat merasakan nikmat tarbiyah bersama. Tidak kira kita jenama apa, asalkan kita muslim kita perlu bersatu dan lakukan tugas masing-masing untuk mengembalikan kemuliaan islam. Unity is strength.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
salam sayang kak...
ReplyDeleteterasa ingin mencoret sesuatu disini, sya semakin setuju dengan kata-kata ustaz, "perjuangan da'wah yang sebenar bagi seorang perempuan adalah selepas dia berkahwin"...
sya yakin, dengan izinNYA akak mampu mendidik anak2 akak menjadi generasi al-Quran, teruskan menulis ye kak...^_^
Ukhti Bidadari, benar tu..sebelum dan selepas kahwin adalah berbeza sekali. Tapi jangan takut, kita akan belajar dari kesilapan dan perlu sentiasa berdoa pada Allah agar permudahkan segala urusan. Pernikahan adalah peringkat dakwah yang seterusnya. Isteri merupakan tonggak kepada dakwah suami dan ibu adalah murobbiyah kepada anak-anak :). Syukran ya ukhti.(^.^)
ReplyDelete