Monday, June 21, 2010

Semoga dakwah makin subur...!


۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Semalam, 20 Jun 2010, tercatat dalam sejarah majlis pelancaran pertubuhan IKRAM Malaysia yang merupakan sebuah pertubuhan NGO. Majlis diadakan di Mines. Untuk mengetahui IKRAM dengan lebih lanjut silalah melayari web http://www.ikram.org.my. Hurmmm, sayang sekali saya tidak dapat pergi memandangkan kesukaran membawa anak kembar saya. En suami pula pergi seawal pagi kerana memegang amanah sebagai ajk. Keinginan saya untuk pergi bukanlah semata-mata untuk meraikan pertubuhan ikRam,tetapi kepingin untuk bertemu dan berkenalan dengan lebih ramai akhawat. Mungkin di acara yang lain insyaAllah. Kita masing-masing bersatu dengan persamaan pendapat dan meleburkan perbezaan yang ada. Semoga dengan lahirnya IKRAM dan kerjasama antara kita, dakwah di Malaysia semakin besar dan pantas. Kerja-kerja dakwah malah semakin banyak harus kita laksanakan.

Walaupun jemaah kini sudah bergelar IKRAM, namun islam tidak pernah mengajar penganutnya untuk taksub kepada sebuah "management", individu atau "figure", jemaah, parti, atau apa-apa saja yang berkenaan dengannya. Muslim hanya boleh "taksub" kepada Allah, Rasulullah dan kepada agama islam semata-mata. Jemaah itu hanyalah satu wasilah untuk kita lebih teratur dalam gerak kerja. Supaya rancangan kita lebih tersusun dan ada objektif yang jelas. Memimjam kata-kata seorang sheikh yang sudah saya lupa, "Kebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun". Tidak kira kita dari jenama apa, matlamat kita adalah sama iaitu A.L.L.A.H!. Jadi kita akan tetap bersilaturrahmi dengan jemaah-jemaah islam yang lain. Adalah malangnya jika sesetengah daripada kita yang bersikap, bila tidak sama "management", tidak sama jemaah, kita memutuskan silaturrahim. Seolah-olah kita kita merasakan geng kita sahaja yang betul dan geng lain yang lain tu salah. Ingatlah, bila kita merasakan begini, nafsu sudah merajai hati kita. Tujuan kita sudah terpesong kerana islam tidak mengajarkan penganutnya bersikap demikian. Semoga kita semua diberi petunjuk oleh Allah swt dan marilah kita sama-sama mengucapkan istighfar sebanyak-banyaknya insyaAllah.

LAGU IKRAM

No comments :

Post a Comment

Komentar anda amat dihargai, terima kasih.