Sunday, October 02, 2011
Kisah mereka di Pulau
~Sekadar gambar hiasan~
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Bila mendengar kisah orang lain di perantauan saya rasa bersyukur. Biarpun keindahan di tempat orang memang sungguh menawan tapi bak kata pepatah 'hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, tapi lebih baik di negeri sendiri'. Cerita seorang sahabat saya yang tinggal di sebuah pulau di Sabah sungguh menarik. Dia mengikut suaminya ke sana selepas suaminya mendapat posting mengajar di pulau yang bernama Tetabuan.
Di Pulau tersebut, sahabat saya sekeluarga tinggal di rumah air iaitu rumah yang didirikan atas air. Tiada tandas, tiada paip air dan tiada talian internet. Tandas adalah semula jadi dalam rumah yang dibuat lubang. Apabila bahan buangan jatuh ke dasar air, beratus-ratus ekor ikan berebut-rebut memakan rezeki mereka :). Ikan-ikan di bawah rumah air memang gemuk-gemuk sebab selalu kenyang.
Oleh kerana ketiadaan air paip, mereka menadah air hujan dari bumbung untuk kegunaan harian seperti memasak, minum, mandi, basuh baju dll. Jika tiada hujan, tiada air. Tak mandi, kain baju tak boleh dicuci hanya pakai pakaian yang sama. Namun begitu hidup mereka mewah dari segi makanan pula. Tuan rumah yang mereka sewa bekerja sebagai nelayan. Dia memebrikan hasil tangkapan secara percuma saja kepada sahabat saya seperti ikan pelbagai jenis, udang, ketam dan tiram. Selalunya tak habis dan boleh dijemur kering.
Elektrik pula mereka guna generator pakai minyak. Habis minyak bergelap lah mereka. Suhu di sana adalah 38-42 darjah celcius. Panas tu. Setiap pagi generator akan dipadamkan untuk menjimatkan minyak jadi mereka terpaksa berpanasan hinggalah ke tengahri.
Lama-kelamaan sahabat saya ini dihimpit rasa kebosanan kerana tidak punya kawan di sana. Lagipula dia mempunyai seorang anak kecil yang sakit dan memerlukan rawatan selalu dengan doktor pakar. Saya mendoakan agar suaminya dapat bertukar mengajar di Semenanjung. Itulah kisah sahabat saya yang apabila dia tua boleh bercerita kepada anak cucu bila mereka dewasa. Tidakkah anda berasa bersyukur mendengar cerita sahabat saya ini? Kehidupan kita jauh lebih selesa berbanding penduduk yang tinggal di pulau. Seharusnya kita bersyukur kepada Allah dengan nikmat sejuk dari penghawa dingin, elektrik yang menggerakkan kipas, air yang keluar dari paip air, dan bermacam-macam lagi.
Syukur, syukur, syukur ya Allah, syukur Alhamdulillah...
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment
Komentar anda amat dihargai, terima kasih.