Thursday, October 06, 2011

Kekeliruan


۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Pada zaman kita hari ini banyak perkara yang telah dipesongkan dan umat terpesong kerana mengganggap sesuatu perkara itu betul. Semoga kita sentiasa menambah ilmu agar kita bertindak benar dalam melakukan sesuatu urusan. Mereka yang tidak berpegang kepada al-Quran dan as-sunnah akan diliputi kehinaan sebagaimana dalam ayat 112 surah Ali-Imran:-

Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka (berpegang) pada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia. Mereka mendapat murka dari Allah dan (selalu) diliputi kesengsaraan. Yang demikian itu karena mereka mengingkari ayat ayat Allah dan membunuh para Nabi, tanpa haq (alasan yang benar). Yang demikian itu karena mereka durhaka dan melampaui batas


Ada seorang sahabat yang berlatar belakang pendidikan agama memberi tahu kepada saya, "InsyaAllah kak, saya ingin menjadi seorang suri rumah seperti kakak jika suami saya nanti izinkan, jika suami tidak izinkan maka tidak bolehlah, saya perlu bekerja."

Ini adalah satu kekeliruan. Seorang suami boleh memaksa isterinya untuk tidak bekerja tetapi suami tidak boleh memaksa isterinya untuk keluar bekerja mencari nafkah. Seorang isteri jika dia bekerjapun, hasil pendapatan itu adalah hak dirinya melainkan dia bersetuju untuk membantu suaminya dalam menyara keluarga. Seorang wanita khususnya isteri harus mengetahui hak-hak dirinya. Seorang isteri yang mendiamkan perilaku suami yang menzalimi dirinya ialah seorang isteri yang mendiamkan perkara maksiat.

Min

No comments :

Post a Comment

Komentar anda amat dihargai, terima kasih.