Wednesday, October 26, 2011
Solat di awal waktu
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Sukarkah bagi seorang isteri dan seorang ibu untuk menunaikan solat di awal waktu? Ini kerana adakalanya kita sibuk di dapur, menguruskan anak kecil yang menangis, hendak makan, menukar lampin anak, membuat kerja-kerja rumah yang pelbagai dan atas pelbagai faktor lagi. Namun, cubalah seboleh-bolehnya untuk bersolat di awal waktu jika keadaan tidak terdesak. Saya sendiri selalunya perlu bermujahadah untuk meninggalkan anak-anak yang menangis tidak tahu sebab apa. Maklumlah anak kecil, kadang-kadang mereka menangis tiada sebab pun, cuma ingin perhatian dan ingin bermanja. Biarkan anak-anak berlatih untuk menyaringkan suara mereka seketika, insyaAllah lama-kelamaan mereka akan faham. Apabila kita solat je, mereka pun ikut sama duduk atas sejadah meniru ibunya solat. Kadang-kadang tu sedang enak mengemas rumah, azan berkumandang tanda sudah masuk waktu solat tetapi tangan ni masih ligat mengemas rumah yang berselerak. Rasa tak selesai selagi tak tengok rumah kemas dan bersih. Pinggan mangkuk masih ada selonggok lagi belum dicuci dalam sinki. Berhenti dulu seketika dengan kerja-kerja rumah dan tunaikan hak Allah. InsyaAllah jika kita tunaikan dan utamakan hak Allah, Allah akan tunaikan hak kita dan memudahkan urusan-urusan kita yang lain :). Jangan pula lewatkan solat sebab nak tengok sinetron, lagenda atau rancangan-rancangan tv yang lain :). Mari kita lihat hadith-hadith yang berkaitan dengan solat di awal waktu tulisan Ust. Zaharuddin Abd Rahman. Moga bermanfaat :).
1) Hadith:
الصلاة في أول الوقت : رضوان الله وفي آخره عفو الله (رواه الترمذي)
Ertinya: " Solat di awal waktu ; perolehi keredhaan Allah, dan di akhjrnya mendapat keampunan Allah" ( Riwayat At-Timidzi tetapi Albani mengatakan Mawdhu)
2) Sabda Nabi SAW
سيل النبي صلى الله عليه وسلم أي الأعمال أفضل , قال الصلاة لأول وقتها (رواه الترمذي)
Ertinya: " Ditanya Nabi SAW , apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu" ( Riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud, Albani : Sohih
3- Nabi SAW bersabda. Ertinya : "Tangguhlah sehingga sejuk bagi solat zohor, kerana kekuatan panas (matahari) adalah dari bahang neraka jahannam." ( Hadith Shohih riwayat Al-Bukhari)
4- Nabi SAW bersabda : Ertinya : "Kiranya tidak menjadi keberatan bagi umatku , nescaya akan ku arahkan mereka agar melewatkan solat isyak (jemaah) sehingga 1/3 atau ½ dari malam"
5- Nabi SAW bersabda : Ertinya "Jangan kamu melewatkan solat kerana makanan dan juga lainnya" (Riwayat Abu Daud , Al-Albani menyatakannya Dhoif)
6- Nabi SAW Bersabda : Ertinya : "Lewatkanlah solat fajar, kerana ia lebih agung ganjarannya" (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Nasaie, Abu Daud dan Ibn Majah. Tirmizi menyatakan ia Hadith Hasan Shohih , bagaimanapun Al-Haithami menyatakan dalam rawinya terdapat Abd Rahman Bin Zaid, ia adalah Dhoif)
Demikian, hadith umum tentang fadhilat solat di awal waktu, bagaimanapun terdapat beberapa hadith yang lain yang dianggap ditakhsiskan awal waktu tersebut. Yang mana ianya memberi kesan terhadap pandangan para fuqaha mazhab. Terlebih dahulu, dikemukakan pandangan mazahab empat :-
Mazhab Hanafi:Sebaik waktu adalah di awalnya, kecuali Subuh dan Asar, Hanafi berpandangan lebih afdhal ditunaikan subuh ketika hampir terang, bagi meramaikan jemaah di masjid. Merka berdalil dengan hadith yang keenam di atas. Bagaimanapun Majoriti Mazhab mengatakan Subuh ketika gelap (awal waktu) lebih afdhal.
Adapun sebab afdhal melewatkan solat asar, krn bagi membolehkan solat sunat sebanyak mungkin sebelumnya.
Mazhab Maliki: Sebaik2 waktu adalah permulaannya samada jemaah atau bersendiri, zohor dan lainnya. Mrk berdalilkan kpd hadith yang pertama, kedua dan kelima tadi. Lalu semua jenis solat adalah afdhal diawalkan kecuali jika menunggu jemaah sampai.
Mazhab Syafie: Disunatkan menyegerakan solat semuanya kecuali Zohor, disunatkan menunggu sedikit redup dan kurang panasnya. Pandangan ini berdasarkan hadith ketiga di atas.
Mazhab Hanbali: Afdhal waktu adalah di awalnya kecuali Isyak dan Zohor. Melewatkan Isyak hingga ke 1/3 malam adalah afdhal kiranya tidak menyukarkan makmum. Ia berdasarkan hadith ke empat di atas. Adapun waktu Zohor berdalilkan hadith ketiga.
Kesimpulan menurut penulis: Umumnya, solat di awal waktu terlebih afdhal ketika tiada maslahat-maslahat lain yang ingin dicapai seperti meramaikan jemaah bagi waktu subuh, Memperbanyakkan solat sunat sebelum asar, Membolehkan Qiamullail bagi Isyak dan menyejukkan bahang bagi Zohor. Tanpa Alasan dan maslahat tadi maka , semua solat adalah afdhal di awalnya.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment
Komentar anda amat dihargai, terima kasih.