Saturday, May 05, 2012
Mengundi
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Dah lama juga tak update blog. Malam ni tengok dah berubah format blogger ni. Rabu lepas adik saya datang rumah dari Tumpat. Saja-saja datang ziarah anak saudaranya yang dua orang ni. Adik datang sekejap saja, pagi semalam saya hantarnya ke stesen bas Kajang. Alahamdulillah kedatangan adik walau hanya dua hari banyak membantu saya menyelesaikan beberapa urusan. Jika tidak, bertiga saja dengan anak-anak memang tidak ke mana. Pertama sekali adik menemani saya ke JPN terdekat di Salak Tinggi. Saya tukar alamat dalam kad pengenalan dari alamat Tumpat ke alamat Bukit Kapar. Khabarnya pilihanraya sudah dekat. Parti kerajaan dan pembangkang semakin giat membuat kempen. Ada yang kata pilihanraya pada bulan Jun nanti. Kad pengenalan yang baru akan siap dua bulan lagi. Sempat atau tidak nak mengundi ni. Kali terakhir pilihanraya negara kita ialah seingat saya pada tahun 2008. Masa tu saya dalam wad di HKL baru lepas bersalin. Jadi masa tu tak boleh nak mengundi. Mak saya pun sedih masa tu dia temankan saya jadi tak dapatlah mak nak mengundi parti PAS parti kesayangannya di Tumpat tapi kemudiannya dia gembira sebab PAS menang.
Pada pengamatan saya, ada satu golongan yang berada dalam kedudukan selesa. Golongan ni ialah golongan yang tidak mahu mengundi. Tidak mendaftar dengan SPR dan tidak kisah pun siapa yang memerintah. Asalkan dirinya aman makmur, tidak menjejaskan periuk nasi mereka. Mereka selesa begitu. Parti apa pun menang mereka tidak kisah. Susah juga nak sedarkan mereka kerana ada di antara mereka ialah golongan yang educated dan professional. Itu isu mengundi. Isu lagi satu ialah isu orang melayu yang kurang kesedaran. Pada pengamatan saya lagi sekali, dalam negara kita Malaysia tercinta ini, bangsa Cina lebih sensitif dengan isu Lynas di Gebeng. Mungkin sebab itu antara faktor BErSih 3.0 dipenuhi dengan ramai bangsa Cina. Orang Melayu kurang nak kisah. Bahaya ke tak bahaya ke, tak ambil port. Bak kata si Aiman, "Aiman tak kesahhh...".
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment
Komentar anda amat dihargai, terima kasih.