Wednesday, May 30, 2012
Sayonara Jahiliyah
۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Baru-baru ni heboh masa hari belia, kuliah Ustaz Azhar Idrus diganti dengan konsert k-pop. K-pop yang langsung tak sesuai dengan budaya Melayu pada pandangan mata saya menjadi pujaan remaja sekarang baik yang sekolah rendah mahupun yang sudah tamat belajar. Satu kisah benar tahun lepas di sebuah kampung, ada seorang budak perempuan darjah 4 jarang keluar dari bilik apabila berada di rumah. Apabila kakaknya mengintai, adik perempuannya itu sedang menari sambil mendengar lagu K-pop. Wah, cepat sekali virus jahiliah menular ke luar bandar. Jika di bandar apatah lagi. Semasa sambutan hari guru baru-baru ini di sebuah sekolah, pelajar mempersembahkan tarian k-pop kepada guru sekolah.
Dalam majalah JOM di bawah tajuk sayonara jahiliyah, Syed Qutb menyatakan bahawa jahiliyah bermaksud segala bentuk kehidupan yang bukan berasaskan islam. Beliau menyatakn bahawa bentuk jahiliyah hari ini lebih teruk daripada dahulu. Di Palestine, muslimah di sana memfokuskan anak-anak mereka untuk menghafal al-Quran setiap hari selama sejam. Bahkan semua peringkat umur bermula dari lima tahun hingga lah ke nenek yang sudah tua turut menghafaz al-Quran setiap hari. Anak remaja mempelajari secara khusus surah An-Nur dan Al-Ahzab. Hubbul jihad dilatih sejak tadika agar mencintai jihad Palestine dan Al-Quds.
Mari kita bandingkan cara didikan kita dengan didikan ibu-ibu di Palestine. Subhanallah, mungkin kita memberi alasan bahawa latar belakang negara kita tidak sama dengan negara Palestine. Tapi pada hakikatnya, menegakkan akidah yang sejahtera dalam diri anak-anak adalah tanggungjawab yang sama yang akan Allah tanyakan pada kita kelak. Semoga Allah swt membimbing kita semua ameen.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment
Komentar anda amat dihargai, terima kasih.