Friday, August 10, 2012

Program istana "Qiam with me"

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Seronoknya rakyat Kelantan yg dapat pergi program Qiam With Me di Dewan Jubli Perak Istana Negeri Kubang Kerian. Tak sia-sia istana besar yg tersergam indah di Kubang Kerian tu. Semoga bertambah berkat kehidupan Sultan kesayangan ramai itu. Kali terakhir saya memasuki istana Kubang Kerian ialah masa berusia 11 tahun untuk membuat persembahan tarian sempena Majlis Keputeraan Sultan Ismail Petra ketika itu. Masa tu Sultan Muhammad V berusia 20-an. Semoga selepas ini, Sultan negeri lain pun dapat mencontohi perkara yang sama. Kalau dapat selalu buat majlis ilmu agama dalam istana pun bagus juga. Barulah terserlah peranan sultan sebagai ketua agama.













2 comments :

  1. Subhanallah..apabila ulama dan umara' bersatu hati kerana Ilahi, rakyatnyalah yang paling beruntung..

    ReplyDelete
  2. Salam ziarah
    Alhamdulliah..beruntungnya mendapat Sultan sebegini.
    Akak pun suka serunding kampung laut..memang best

    ReplyDelete

Komentar anda amat dihargai, terima kasih.