Saturday, March 30, 2013

Friday, March 29, 2013

Buku dan mainan

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Sarapan pagi dengan susu. Sangat mengantuk. Pagi semalam dah minum kopi setelah sekian lama tak minum kopi. Jadi hari ni dah tak boleh minum kopi. Pagi Jumaat ni sungguh tenang. Anak-anak masih dibuai mimpi. Malam tadi tidur lambat sangat. Pagi ni baca status Ustaz Hasrizal:

Semasa di kedai buku, saya memerhatikan seorang bapa bersoal jawab dengan anaknya tentang pilihan buku yang anaknya buat.

"Kamu nak beli buku ke, nak beli mainan?"

Soalan ini boleh jadi kecil, boleh jadi besar. Mungkin ia menyebabkan si anak membesar dalam keadaan buku membosankan, dan permainan pula tiada ilmu di dalamnya.

Si anak bercadang hendak membeli sebuah ensiklopedia bergambar


***************************************************************
Saya teringat masa kami adik-beradik kecil dulu. Arwah ayah tak pernah belikan kami mainan. Mungkin harga mainan mahal barangkali bagi ayah. Adik-beradik pula ramai, 8 orang. Ayah hanya bergaji kecil. Permainan kami ialah mainan yang direka sendiri. Laga biji getah, buah gurah,buah guli, senapang reka sendiri, main masak-masak kat tepi rumah, main lompat tali, bola katak, bola kaduk, bola kaki tiga dan macam lagi. Apa yang ayah selalu beli ialah buku saja. Alhamdulillah, ayah kami mementingkan ilmu. Saya ingat lagi majalah bambino yang saya selalu beli sewaktu sekolah rendah.

Setelah bergelar ibu, saya rasa anak-anak saya lebih bernasib baik berbanding saya. Ayahnya selalu belikan mainan dan juga buku. Kadang-kadang tu saya rasa cukup membazir bila anak-anak selalu dibelikan mainan kerana tidak pandainya mereka menghargai mainan tersebut. Ada mainan yang rosak dalam masa tidak sampai satu hari. Sadis sungguh. Dalam masa yang sama, saya rasa gembira kerana anak-anak sudah mula minat pada buku, Alhamdulillah.

Wednesday, March 27, 2013

Aktiviti cuti sekolah

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Hari ni 38 minggu. Dua hari lepas check up, gynae kata belum ada tanda nak bersalin. Semalam Alhamdulillah setelah mengumpul kekuatan (diberi kekuatan oleh Allah) dapat saya mengemas halaman yang semak samun. Semasa buat kerja kat halaman, datang kelelahan yang amat lalu saya aplikasikan teknik breathing. Tarik nafas dalam-dalam and then hembus,buat banyak kali Alhamdulillah mujarab. Teknik ni akan digunakan semasa datang sakit gesaan untuk bersalin nanti. Mudah-mudahan mampu untuk menahan kesakitan secara semula jadi tanpa sebarang intervention sebagaimana yang saya plan insyaAllah.

Hari ni cuti sekolah hari ke tiga. Anak-anak tidur malam lambat bangun pagi pun lambat. AKtiviti mereka banyak tengok tv. Sesekali buat aktiviti menulis. Nashrul makin pandai pegang pensel dan makin pandai menulis sejak sekolah ni. Tulisan dia macam cacing kerawit gitu. Fathul masih di stage conteng gaya bebas. Conteng sambil tersengeh sana sini. Cuti sekolah ni twins takde pergi mana-mana. KAt rumah, hanya latih mereka untuk lebih berdikari.

Nashrul's handwritting


Monday, March 25, 2013

Majlis sambut menantu

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Jutaan kemaafan pada adik kerana tiada di hari majlis bersejarah dia. Bersyukur dan berbanyak terima kasih kepada saudara mara, especially mak saudara, sepupu dan kakak ipar yang banyak membantu. Kebanyakan persiapan adalah "DIY" hasil kreativiti mereka..

Ketibaan pengantin perempuan
Kek kawin yang dibuat oleh sepupu
Sepupu buat untuk anak beranak makan alas perut
Mak saudara gigih mengacau sambal menggunakan pelepah nyiur
Dua orang kakak ipar yang banyak membantu
Hasil tangan kakak ipar
Tetamu datang makan, makan free je, takde bayar2 kat tuan rumah
Bunga manggar
Table setting oleh sepupu yg belajar perhotelan
Makan pagi-nASi berlauk yg tersohor di kg.Air Dingin
Makcik/pakcik suami yang datang dari jauh

Saturday, March 23, 2013

Cak pong cak pong

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞





Rasa rugi sangat-sangat tak dapat balik kenduri kawen adik saya. Sekali seumur hidup. Dapat tengok gambar aje lah. ASyik buka facebook tunggu abang and adik upload gambar hehe.

Friday, March 22, 2013

Selamat Pengantin Baru

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Selamat pengantin baru buat adikku Ahmad Firdaus Makhtar dengan pasangannya Wan Norfazilah. Sama-sama orang Tumpat :). Jarak rumah dalam 20 minit sahaja.


(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan)



Denda

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞



Balik sekolah, Nashrul koyak al-ma'thurat saya. Dia tak puas hati masa kat kedai tadi, dia tak dapat beli air kotak soya yang besar. Orang kedai tu cakap, dia tak jual air tu. Nashrul menangis-nangis. Jadi saya singgah kat kedai runcit beli air soya lain. Biasalah, dia ada sikap tak puas hati. Kalau dia cakap nak yang tu, dia akan berkeras nak yang tu jugak. Lepas makan nasi, saya perasan ma'thurat saya relai satu-persatu. Bukan ma'thurat tu yang saya sayang, tapi sikapnya tu yang buat saya naik angin. Saya denda dia suruh dia berdiri depan pintu selama 10 minit. Lepas 5 minit, dia dah lenguh. 'Lamanya..'..kata Nashrul. Mulutnya tak berenti buat bising macam burung kakak tua. Lepas 10 minit, saya explain bagitahu kenapa saya denda dia dan minta dia jangan buat lagi. Lepas suruh dia minta maaf, saya bagi Nashrul satu kiss kat pipi dia. Lama-lama nanti, bila denda cara ni dah tak jalan..kena tukar pulak kaedah denda yang lain.

Dalam sakit ada kasih Allah

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞



Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Salah seorang murid saya adalah arkitek berpengalaman. Pada suatu hari beliau jatuh sakit & Dr dapati saluran darah di tepi telinga yg menghubung ke otaknya hampir tertutup krn kolestrol. Sakit ini hampir meragut nyawanya, lalu dr memberikan cuti segera selama 6 bulan.
Ketika cuti ini ibu saudaranya mengajaknya ke kls Tafsir saya. Bermula dari saat itu, beliau menjadi seorang pljr tetap saya. Slps habis tempoh cuti, beliau terus berhenti kerja dan menjadi freelance architect.

Pada suatu hari, dia dihubunginya bekas majikannya yg memintanya kembali berkerja. Pelawaan itu ditolak krn slps berhenti kerja kualiti hidupnya bertambah baik. Dia ada masa utk senaman, masa utk pengisian rohani dgn kls Tafsir, masa utk keluarga dan sebagainya.

Bekas majikannya menawarkannya gaji yg lebih baik & masa kerja yg lbh fleksibel. Bila dia menceritakan kisahnya pd saya, saya katakan:

"Bayangkan! Kalau awak tak dapat sakit, awak tak Akan dapat baiki keadaan hidup awak! Ini tanda betapa PEMURAHNYA ALLAH!"

Murid saya menjawab sambil tersenyum:

"Betullah Ustaz! Tapi cara yg Allah guna untuk tarik saya kembali padaNya agak berbahayalah sedikit".

Rezeki Allah itu amat luas maknanya, IA MERANGKUMI HARTA, MASA YANG BERKUALITI, KESIHATAN, KESEMPATAN MENUNTUT ILMU dan sebagainya. Benarlah firman Allah:

اللَّهُ لَطيفٌ بِعِبادِهِ يَرزُقُ مَن يَشاءُ ۖ وَهُوَ القَوِىُّ العَزيزُ

Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan) dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa (al-Syura[42:19]).


cut&paste: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=261241777344837&set=a.166643896804626.38277.166640726804943&type=1&theater




















Wednesday, March 20, 2013

Hati-hati !!!

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Siapa yang biasa ikut jalan shortcut dari Bukit Mahkota ke Nilai 3? Jalan tu biasanya sunyi. Saya juga biasa lalu jalan tu. Lepas ni rasanya tak berani dah nak ikut jalan tu kalau saya sendiri yang drive lepas baca cerita yang dikongsi oleh seorang hamba Allah dalam FB. Berhati-hati yer kawan-kawan. Kat Nilai ni pun ramai warga asing. Kalau pekerja kilang tu ramai sangat orang asing. Kalau kawasan sekitar universiti pulak ramai jugak orang asing sebab U tu taraf international, ramai ler warga Afrika. Bukan nak kata orang Afrika tu jahat, tapi banyak dengar citer yang dorang ni datang atas tiket pelajar tapi banyak buat jenayah. Jom baca kisah benar ni kat bawah.

Sumber cerita: http://www.facebook.com/#!/farinaabdullahfarina/posts/330350760401658

kisah berlaku pada 20/3/2013 pada jam antara 2:00- 2:30 petang dalam perjalanan dari Nilai 3 nak balik Bangi ikut jalan shortcut Bukit Mahkota.

saya ke nilai nak beli langsir, abis semua saya pun nak balik umah di bangi sorg2 dlm keta, sampai satu jalan tu saya perasan ada keta merc atau bmw dgn no wnw 8558 atau wnw 8588 ( tgh gelabah no keta pun ingat2 lupa) dia bg lampu kat saya, so saya slow ler keta sbb keta saya pintu tak rapat atau tangki minyak x rapat, tp saya tgk semua ok2 jer, so saya buat tak tahu dan dia bg lampu lagi, so saya slow dan ketepi skit keta sbb ingat dia nak potong saya, tp saya slow dia pun slow blkg saya...hati mula rasa x sedap, jalan mmg xde satu kereta pun sbb jalan tu mmg lenggang. bila saya tgj mcm tu saya terus syak keta tu nak buat jahat. terus saya pecut keta dan saya tgk dia ikut saya.

sampai roundabout saya saja pusing2 2 3 kali kat situ dia pun ikut juga sambil bg lampu, saya terus pecut dan call suami, suami suruh terus pergi balai polis yg berdekatan, balai yg dekat adalah balai polis bandar seri putra bangi, so saya tgk keta tu ikut juga saya dan saya terus ke balai polis dan parking depan balai dan saya tgk keta tu terus jalan x ikut sama berhenti.
saya masuk balai dan buat report dgn polis, bila saya ckp no keta polis tu tanyta keta merc atau bmw puan? saya ckp antara dua tu saya xleh nak cam sbb tgh takut... pastu polis tu senyum2 seolah2 mmg ada kes keta tu follow keta orang lain...polis tu ckp mmg kat situ kes samun keta mewah byk jadi sbb jalan tu lenggang dan sunyi.

jadi tak digalakkan sangat kalau sorg2 lalu jalan tu sbb jalan tu agak bahaya...dia ckp saya amik tindakan yang bijak sbb terus ke balai polis sbb kalau saya terus balik umah mbe dia akan target umah saya jugak...

jadi kawan2 perempuan tlg lah hati2 kalau jadi mcm apa yg saya alami hari ini... kalau ada yg mencurigakan terus bwk keta g balai polis. minta polis antar kita balik supaya org yg jahat tu xkan ikut kita, so kurang2 dia x tau mana umah kita... skrg nie mcm2 taktik org jahat nie...

jadi ari nie saya balik diantar oleh pakcik polis, dia ckp kalau saya berhenti keta dan turun keta td mesti dah kena samu, atau rogol atau bunuh atau culik sbb jalan nilai bukit mahkota tu mmg sunyi sangat2...

buat semua kawan2 sila hati2 ya... ingat... kalau ada apa2 terus bwk keta dan pergi balai polis! ini adalah apa yg jadi pada saya hari ini... syukur Alhamdulillah Allah lindungi saya dari berlaku apa2 yg tak diingini.

Friday, March 15, 2013

Adik nak kawen

#.

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Hari ni kandungan 36 minggu 3 hari. Harapan saya, baby akan bersalin bila sampai due date sebenar, 10 April. Biar baby betul-betul matang. Selsema saya beransur pulih alhamdulillah. Syukur walaupun dapat buat kerja rumah tak seberapa. Dapat memasak untuk anak-anak pun dah kira baik. Kalau beli makanan kat kedai ni, sedap belum tentu..pak aji..nomoto mesti dia bubuh banyak. Semalam, sempat dengar tips keselamatan pemanduan bagi wanita mengandung dalam tv3. Kata dia (tak tahu namanya, jawatannya), wanita yang dah mencecah 30 minggu usia kehamilannya, tidak digalakkan memandu dan mesti duduk di seat belakang. Waduh, kalau saya tak memandu..siapa yang nak ambil anak kat sekolah nun. Terpaksa la jugak memandu.

Pagi ni mak saya call lagi. Tiap2 hari dia call tapi nak bercakap dengan cucunya walaupun cucunya tak nak layan telefon. Tapi kalau dia call nak bercakap dengan saya tu, faham2 lah maksud dia...mesti dia nak saya balik kampung masa kenduri adik 22-24 march ni, walaupun dia tak cakap suruh balik..tapi saya boleh agak. Adik yg berbaju kuning tu pulak nak kawen (dlm gambar). November yg lepas, adik yg berbaju putih tu dah selamat kawen. InsyaAllah, adik yang bongsu (kat tengah) tu akan menyusul kawen juga tak lama lagi tapi belum tahu lagi bila. Mak sedih la tu sebab ada 3 beradik yang tak dapat balik, kakak yg sulung, abang yg no.2 dan no.3. Kalau saya tak balik juga, jadi empat bradik yang tak balik. Kesian lah pulak pada mak dan adik tu tak balik kenduri kawen dia. Adik yang bongsu pulak masa tu tgh final exam, dia akan on off masa kenduri tu. 22hb balik kg,23hb lari pegi exam jap and 24hb balik kg semula. Adik saya tiga orang ni memang baik3x..huhu..especially yang nak kawen ni. Kalau bab menolong memang dia tak banyak songeh. Keperibadiannya macam arwah ayah. Alhamdulillah, pasangannya wanita solehah sesuai dengan adikku yang soleh :). Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita semua. Dalam keluarga ni, bukannya mengharapkan pemberian apa-apa pun..tapi keberadaan kita berkumpul bersama-sama sekali-kali itu yang menjadi kekuatan dan merapatkan hubungan silaturrahim :).

Wednesday, March 06, 2013

Sanah helwah buat anak-anakku

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Hari ni selsema rasa reda..malam tadi, sapu minyak cap kapak kat muka, belakang telinga dan ubun2 kepala..alhamdulillah mujarab juga. Sapu beberapa kali. Lepas tu tekap dengan tuala lembab kat dahi dan mata. Memang berdesing berangin satu kepala. Dah stop makan pcm dan ubt selsema. Bangun pagi ni, terlupa hari ni genaplah fraternal twins saya 5 tahun. Mereka dilahirkan ke dunia pada tanggal 6 Mac 2008 di HKL secara caesarean. Sebelum ke sekolah tadi, taksah kalau tak bergaduh dulu. Hanya berebut satu mainan kecil berbentuk love warna merah. Saja je nak jadi modal buat bergaduh. Tahun ni, ummi tak sihat..takde special event. Hanya doa supaya mereka menjadi anak2 yg soleh. Sanah helwah anak-anak ummi!!






Tuesday, March 05, 2013

Sama-sama doakan


۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Sudah seminggu saya demam batuk selsema, berjangkit dengan anak-anak. Anak-anak pula demam on off. Semoga Allah berkenan untuk segera sembuhkan demam ini ameen. Kepala berdenyut-denyut, hidung tersumbat. Sesekali datang seram sejuk, saya makan paracetamol untuk meredakan. Mudah-mudahan takde efek kat baby. Semalam jumpa gynae untuk check up 34 wk. Gynae bagi ubat selsema dan batuk. Saya makan ubat selsema saja, ubat batuk tak berani makan. Untuk kurangkan batuk, saya minum air madu perah sedikit limau nipis. Berat baby dah 2.8++ kg. Ada 6 mggu lagi untuk baby melihat dunia. Semoga semuanya selamat. Dalam seminggu ni, kami banyak beli makanan kat luar. Hari ni, saya gagahkan diri untuk memasak. Kelakar tengok kuah masak lemak tak jadi. Beginilah kalau masak dengan separuh hati dan kepala yang berat. Masak sesimple mungkin. Goreng ikan keli, masak nasi putih. Itu je. Mujur Fathul mahu makan. Nashrul yang slim tu nak makan roti aje.

Ni cerita kat Sabah pula. Semalam, dapat berita abang kat Lahad Datu dah lari ke kawasan lain. Ada staf nampak segerombolan penceroboh mendarat di pesisir pantai. Kilang sawit dah tutup tapi beroperasi on off. Kawan yang bekerja sebagai guru di Semporna sudah pulang ke Kelantan kelmarin. Sekolah memang tutup, jadi cikgu2 boleh balik kg. Menurut sumber2 yang tak pasti kesahihannya, orang2 sulu ni sudah lama bertapak di Sabah. Ada yang dah dapat ic. Jadi puak-puak mereka ada di mana-mana di serata Sabah. Lagi satu, orang2 sulu ni mahir dari segi ketenteraan kerana mereka sudah biasa bertempur. Mari kita doakan agar konflik ini cepat2 berlalu dan Sabah kembali aman ameen.

Saturday, March 02, 2013

Insiden Lahad Datu

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Semoga roh arwah dicucuri rahmat ameen. Dalam kejadian ini, pelbagai spekulasi politik timbul. Bagaimana penceroboh boleh masuk secara beramai-ramai dengan mudah. Wallahu'alam. Semoga abang saya yang berada di Felda Sahabat, Lahad Datu duduk diam-diam dalam rumah di sana. Hehehe. Semoga Allah melindungimu ameen.

Friday, March 01, 2013

Dr Abd Basit Rahman - Hukum & Adab Bawa Anak Ke Masjid



۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Menurut ustaz, jangan biarkan anak buat bising dan merayau-rayau. Kalo lah gini kekdahnyer, lambat bebenau lagi la kami boleh bawak hero dua orang tu pergi ke surau atau masjid. Ustaz kata, letak anak sebelah kita masa solat, saf tak putus sebagaimana yang disangka oleh kebanyakan orang melayu kita yang veteran. Masjid selalunya besar dan lapang and tak ramai orang. Kalau bawa anak ke masjid, memang mereka suka berlari ke sana ke sini-jajak habis ).