۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞
Sarapan pagi dengan susu. Sangat mengantuk. Pagi semalam dah minum kopi setelah sekian lama tak minum kopi. Jadi hari ni dah tak boleh minum kopi. Pagi Jumaat ni sungguh tenang. Anak-anak masih dibuai mimpi. Malam tadi tidur lambat sangat. Pagi ni baca status Ustaz Hasrizal:
Semasa di kedai buku, saya memerhatikan seorang bapa bersoal jawab dengan anaknya tentang pilihan buku yang anaknya buat.
"Kamu nak beli buku ke, nak beli mainan?"
Soalan ini boleh jadi kecil, boleh jadi besar. Mungkin ia menyebabkan si anak membesar dalam keadaan buku membosankan, dan permainan pula tiada ilmu di dalamnya.
Si anak bercadang hendak membeli sebuah ensiklopedia bergambar
***************************************************************
Saya teringat masa kami adik-beradik kecil dulu. Arwah ayah tak pernah belikan kami mainan. Mungkin harga mainan mahal barangkali bagi ayah. Adik-beradik pula ramai, 8 orang. Ayah hanya bergaji kecil. Permainan kami ialah mainan yang direka sendiri. Laga biji getah, buah gurah,buah guli, senapang reka sendiri, main masak-masak kat tepi rumah, main lompat tali, bola katak, bola kaduk, bola kaki tiga dan macam lagi. Apa yang ayah selalu beli ialah buku saja. Alhamdulillah, ayah kami mementingkan ilmu. Saya ingat lagi majalah bambino yang saya selalu beli sewaktu sekolah rendah.
Setelah bergelar ibu, saya rasa anak-anak saya lebih bernasib baik berbanding saya. Ayahnya selalu belikan mainan dan juga buku. Kadang-kadang tu saya rasa cukup membazir bila anak-anak selalu dibelikan mainan kerana tidak pandainya mereka menghargai mainan tersebut. Ada mainan yang rosak dalam masa tidak sampai satu hari. Sadis sungguh. Dalam masa yang sama, saya rasa gembira kerana anak-anak sudah mula minat pada buku, Alhamdulillah.
No comments :
Post a Comment
Komentar anda amat dihargai, terima kasih.