Monday, June 10, 2013

Zikir Fatimah

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Syukur pada Allah encik ayah dan Fathul akhirnya telah baik demam. Fathul masih lagi muntah-muntah. Sebelum tidur saya bagi dia makan madu. Sekelip mata Fathul yang berisi balik baru2 ni susut semula badannya. Macam berpakat pulak demam tu. Sepanjang dua minggu cuti sekolah berlalu, jaga anak2 demam, tak cukup rehat dan tak cukup tidur. Memang penat dan stress. Semalam timbang berat badan sendiri dah turun banyak juga. Haha..tak payah nak berdiet. Yang penting sihat dan cergas. Hmmm, tak payah buat kerja luar, buat kerja kat dalam rumah pun dah penat. Sejak Qayyum lahir ni, amat jarang saya menyapu kat laman. Pokok pun tak sempat nak siram.

Buat kerja rumah memang penat, lenguh dan sakit-sakit badan. Teringat pada kisah anak kesayangan Rasulullah Siti Fatimah yang pernah meminta pembantu daripada ayahandanya kerana penat mengisar tepung. Saya pun nak pembantu juga kalau boleh. Acah aje..hihihi. Jawab Rasulullah daripada hadith diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari:

“Mahukah ayah ajarkan kepadamu sesuatu yang lebih baik daripada apa yang diminta? Jika hendak tidur, bacalah takbir 34 kali, tasbih 33 kali, tahmid 33 kali. Ini lebih baik daripada seorang pembantu.”

Lantaran daripada kisah ini, zikir ini dikenali dengan zikir Fatimah. Kerja-kerja rumah, sama-samalah suami isteri bantu-membantu antara satu sama lain barulah rumahtangga aman harmoni :). Jom amalkan zikir Fatimah.

2 comments :

  1. Ibu mithali...akan dapat ganjaran pahala dari kebaikan menjaga anak yang sakit..chayok2..Alhamdulillah anak dah baik demam..

    ReplyDelete
  2. MamaYaya, Alhamdulillah anak2 sihat semuanya :)

    ReplyDelete

Komentar anda amat dihargai, terima kasih.