Monday, December 29, 2014

Persekolahan ditangguh

Pagi ni berita persekolahan ditangguhkn ke 12hb Jan tersebar. Mungkin ada hikmahnya. :-). Dengan harapan masa tu semua banjir sudah surut dan semua golongan masyarakat turun padang bergotong royong membantu membersihkan kawasan yang kena banjir. Sekolah juga perlu dibersihkan dan dikemaskan setelah beberapa hari menjadi penginapan sementara mangsa banjir.

Sunday, December 28, 2014

Cari barang2 baby

Pagi ni buka stor cari barang2 baby yg lama2 termasuk baju, kain lampin, barut dan sebagainya. Tinggal lebih kurang 5 minggu lagi. Kalau baby nak keluar awal mungkin 2-3 minggu lagi. Tapi tak nak keluar awal sangat. Hehe. Along dan abang baru nak sekolah. Mereka baru nak adapt dgn suasana baru di sekolah.

Tuesday, December 23, 2014

Banjir di Kelantan

Semalam sepupu ummi cakap air naik cepat di rumah pak long ummi di Gua Musang. Banjir besar di sebelah hulu. Biasanya kalau air besar di hulu akan turun ke sebelah hilir pulak..di Kota Bharu. Pak long dan mak long telah dipindahkn ke sekolah untuk sementara. Rumah mereka sudah tenggelam sejak petang semalam. Khabarnya hari ni air makin naik lagi. Jenuh la nak basuh rumah lepas ni dan dengar citer makanan kat supermarket pun habis. Kesiannya kat mangsa banjir :-(.

Monday, December 22, 2014

Aktiviti musim cuti sekolah

Sepanjang cuti sekolah ni anak2 ummi memang malas kalau ummi ajak belajar membaca. Sama jugak kalau nak baca muqaddam. Cukup malas. Sepanjang cuti sekolah ni aktiviti mereka kat rumah ialah melukis. Kami xde belikan anak2 tablet. Jadi dorang kena kreatif la nak main apa. Hehe. En. Ayah belikan kertas A4 kat tesco untuk dorang melukis. Mereka lukis xde benda lain. Lukis robot dan pelbagai jenis karakter kartun. Kemudian mereka gunting, warna dan main2 dengan hasil yg mereka buat. Ummi sediakan bakul untuk anak2 buang cebisan kertas yg dah digunting. Ada yg selamat masuk ke dalam bakul. Cebisan kertas yg 'tak selamat' masuk dlm bakul memenuhi segenap ruang di ruang tamu. Putih dengan kertas2 dan bersepah2...hahaha..

Sunday, December 21, 2014

Keletihan

Hari ni ummi mengantuk sepanjang hari. Rasa nak tido je memanjang. Buat kerja sikit tapi lenguh pinggang memanjang. Rasa dah tak larat betul. Rasa nak cepat2 bersalin. Sabar..sabar. Bila dah bersalin nanti anak bertambah maka kerja pun bertambah..letih jugak. Jadi kerja dan letih tak pernah habis. Petang tadi sempat ke nilai 3 pegi cari langsir. Ya Allah memang tak larat betul tapi langsir tu keperluan. Kali ni ummi dah tak boleh nak fikir. Kalu larat memang masuk banyak2 kedai survey. Tapi memang surrender la dan redha jer huhu. Kain pun main pilih jer. Otak pun dah tak boleh fikir. Janji settle. Harap2 ni la last upah jahit langsir. Pasni bila ank2 dah besar boleh belajar jahit langsir sendiri. Hahaha berangan je lebih. InsyaAllah mesti ada angan2 mat jenin. Niat mesti ada :-). Ok settle bab langsir pasni nak siapkan barang2 sambut baby pulak. Adui bila ni ummi nak buka stor cari barang2 baby yang masih boleh guna. Lampin, barut, sarung tangan n kaki baby dll. Nak kena basuh dulu segala macam. Ok masa untuk rehat dah tiba :-).

Sunday, November 30, 2014

Kurang sihat

Tengahari td kepala ummi berdenyut2 rasa nk pecah. Dah seminggu ummi takde selera makan. Mlm2 diganggu batuk. Semalam jumpa doktor dpt satu suntikan att di lengan waduh hari ni rasa bengkak lengan ummi. Doktor kham bg antibiotik. Hari ni rasa nk tido je sebab mkn antibiotik tu agaknya. Alhamdulillah doktor ckp uri dah naik ke atas tp baby belum ambil posisi lg. Doktor kham bgtahu gender baby nampak jelas. Tiga doktor cakap gender yg sama. Kita tunggu baby lahir . Tp ummi nak kena beli jugak barang2 baby macam towel, minyak telon dll. Kalau mandian boleh share dengan abdul qayyum. Ok smpai jmp lg.

Saturday, November 22, 2014

It's school holiday !!!

Malam tadi kita orang ke karnival upin dan ipin. MasyaAllah ramai betul orang. Kita orang tak dapat pegi dekat dengan pentas nak bergambar dgn upin ipin dan kawan2nya sebab terlalu crowded. Nashrul keciwa tak jumpa ultraman ribut. Rupa2nya ultraman performance acaranya sebelah petang. Fathul demam sejak semalam. Pagi ni alhamdulillah nampak makin ok.

Tuesday, November 18, 2014

Karnival upin ipin

Anak2 ummi masih tidur pulas. Ummi, selaku menteri dalam negeri dah mula memikirkan perancangan yg nk dibuat. Mula2 sekali fikir twins nak bawa makanan apa ke farewell party kat school esok dan hadiah apa nk bg kat teacher dorang. Semalam ummi dah siapkan drawing dry n wet kitchen. Dah mintak pun quotation dengan satu syarikat melayu. Hari ni nk mintak quot dengan syarikat lain pulak. Sekarang tengah fikir nak list kan berapa biji tingkap dan panel untuk mintak quotation langsir pulak. Mahu ribu2 jugak ni langsir walaupun langsir rumah baru tu nnt ummi tempah jahit lurus je. Fesyen2 non hado. Langsir cap nilai 3 ajo. Nak tempah kat kedai langsir terkemuka tu idok la ummi mampu. Ukur baju kek badan sendiri. Memandangkan weekend ni en.ayah ada daurah, ummi kena la pegi sorang2. Dan satu lagi tengah pikior weekend ni Nashrul n Fathul ajak pegi karnival upin dan ipin di picc. Sebenarnya dorang nak tengok ultraman ribut. Macam mana nak bawak dorang ni yer. Encik ayah takdok. Ummi rasa nak ajak usrahmate ummi. Oh satu lagi hari ni ummi nak tanya sekolah ttg program masa cuti sekolah. Daripada twins xdek buat apa kat rumah, baik ler dorang join apa2 program. Dok kat rumah kejenya tgk tv, gaduh. Gaduh, tengok tv. Nak sampai ke malam stress kepala ummi ni dengar dorg bergaduh. Sabor aje lah. Mudah2an segalanya berjalan lancar ameennnn. Sekian dulu laporan hari ini. Assalamualaikum.

Monday, November 10, 2014

Hidup bersederhana

💖🌿💖🌿💖🌿💖

🐌Taushiah Dhuha
**************************

Waspadai... jebakan:
" Hedonic Treadmill "

Pertanyaannya :

kenapa makin tinggi income seseorang, ternyata makin menurunkan peran uang dalam membentuk kebahagiaan?

Kajian-kajian dalam ilmu financial psychology menemukan jawabannya, yang kemudian dikenal dengan nama “hedonic treadmill”.

Gampangnya hedonic treadmill ini adalah seperti ini : saat gajimu 5 juta, semuanya habis. Saat gajimu naik 30 juta per bulan, eh semua habis juga.

Kenapa begitu? Karena ekspektasi dan gaya hidupmu pasti ikut naik, sejalan dengan kenaikan penghasilanmu.

Dengan kata lain, nafsmu untuk membeli materi/barang mewah akan terus meningkat sejalan dengan peningkatan income-me. Itulah kenapa disebut hedonic treadmill : seperti berjalan diatas treadmill, kebahagiaanmu tidak maju-maju. Sebab nafsu-mu akan materi tidak akan pernah terpuaskan.

Saat income 10 juta/bulan, naik Avanza. Saat income 50 juta/bulan naik Alphard. Ini mungkin salah satu contoh sempurna tentang jebakan hedonic treadmill.

Hedonic treadmill membuat ekspektasimu akan materi terus meningkat. Itulah kenapa kebahagiaanmu stagnan, meski income makin tinggi. Sebab harapanmu akan penguasaan materi juga terus meningkat sejalan kenaikan income-mu.

Ada eksperimen menarik : seorang pemenang undian berhadiah senilai Rp 5 milyar dilacak kebahagiaannya 6 bulan setelah ia mendapat hadiah.

Apa yang terjadi ? Enam bulan setelah menang hadiah 5 milyar, level kebahagaiaan orang itu SAMA dengan sebelum ia menang undian berhadiah.

Itulah efek hedonic treadmill : karena nafsumu terus meningkat, kebahagiaanmu seolah berjalan di tempat, meski income melompat 10 kali lipat. Atau bahkan dapat hadiah 5 milyar.

Jadi apa yang harus dilakukan agar kita terhindar dari jebakan hedonic treadmill? Lolos dari jebakan nafsu materi yang tidak pernah berhenti?

Disinilah relevan untuk terus mempraktekan gaya hidup yang minimalis yang bersahaja ( qona'ah ) : sekeping gaya hidup yang tidak silau dengan gemerlap kemewahan materi.

Prinsip hedonic treadmill adalah : more is better. Makin banyak materi yang kamu miliki makin bagus. Jebakan nafsu yang terus membuai. Makin banyak mobil yang kamu miliki, makin bagus. Makin banyak properti yang kamu beli makin tajir. Godaan nafsu kemewahan yang terus berkibar-kibar.

Gaya hidup minimalis punya prinsip yang berkebalikan : less is more. Makin sedikit kemewahan materi yang kamu miliki, makin indah dunia ini. Gaya hidup minimalis yang bersahaja punya prinsip : hidup akan lebih bermakna jika kita hidup secukupnya. When enough is enough.

Prinsip hidup bersahaja, yang tidak silau dengan kemewahan materi, mungkin justru akan membawa kita pada kebahagiaan hakiki.

Dalam istilah islam kita kenal dengan " juhud " letakan materi duniawi pada tempatnya, sedikit atau banyaknya materi yg dimiliki tidak mengganggu ketaatan kepada Allah dan tidak merubah sikap sederhana dlm prinsip hidup bersahaja (harusnya boleh saja income dan materi terus bertambah, tp sikap dan gaya hidup tdk berubah)

Sebab pada akhirnya, bahagia itu sederhana : misal masih bisa menikmati secangkir Kopi atau teh di pagi hari dgn goreng pisang atau nasi uduk... setelah sebelumnya menyelesaikan sholat subuh berjamaah, tilawah dan sedekah... adalah kebahagiaan yg memuaskan dahaga jiwa.

Selamat menemukan kebahagiaan yang bersahaja.

#indahnyaberbagi

Friday, November 07, 2014

Kembar tak serupa

Aktiviti berbeza dalam satu masa yang sama. Sorang suka melukis..sorang lagi tak boleh duduk diam..

Thursday, November 06, 2014

Hujan petang

Kat sini selalu hujan sebelah petang. Alhamdulillah sejuk. Dah banyak hari ummi tak berselera makan. Tengahari tadi masak nasi ayam alhamdulillah ummi makan dengan berselera. Nyum3x.

Tuesday, November 04, 2014

Jenis2 grill

Pagi ni ummi n qayyum pekena roti telur. Beli dua bijik. Untuk ummi satu qayyum satu. Tapi qayyum makan xhabis sebijik. Dkt2 kul 11 qayyum merengek mahu tidur. Ummi pun sambung cari2 info pasal grill n kabinet dapor. Sedikit sebanyak dpt la ilmu sebelum nk beli. Dulu takde pun kaji2. Main beli je yg paling murah sekali. Kali ni pun nak murah jgk. Tapi nak yang tahan karat. Boleh mcm tu?? Bukak arr kedai sendiri hihi.

Grill ada mcm2 ikut kemampuan masing2. Ada jenis:

1. Wrought iron
2. Metal iron biasa
3. Stainless steel
4. Aluminium

Stainless still n aluminium tu dah reject awal2 sebab tak mampu. Tu grill untuk orang2 kaya. Org mcm kami ni mampu takat wrought iron or metal iron tu jer. Antara wrought iron dgn metal iron tu dari segi ketahanan adalah sama saja walaupun ada desas desus mengatakan wrought iron lagi kuat dan hebat. Dua2 ada jenis hollow n solid. Mestilah yg solid lg mahal. Harga plak, wrought iron lagi mahal sebab fizikalnya ada mcm geligis kat tepi besi tu. Wrought iron ni ada 3 jenis warna iaitu gold, bronze n silver. Ramai yang suka grill wrought iron design bunga2 tu. Grill macam ni nampak klasik dan mewah. Ummi sendiri suka grill bentuk horizontal tu. Palang macam penjara kih3x..

Kemasan plak. Untuk tampak lebih anggun dan tahan karat tahan hujan panas segala macam, if ada budget anda bolehlah ambil grill yang dikemaskn dengan powder coating. Harga mestila la extra sikit dari cat biasa. If korang nk tau apa itu powder coating google je la.

Grill ni untuk keselamatan. Ada yang kata if bentuk yg palang2 tu senang pencuri kopek. Ada plak yang kata yg ada bnyk bentuk bunga2 tu yang lebih senang dipotong pencuri. Entah la belalang. Yg ni ummi tak pasti. Yg pasti ialah kerja pencuri ni dia nk mencuri. Dia tak kisah kot grill yg mcm mana. Asalkan dia ada peluang nk masuk curi barang dia akn masuk jgk. Na'uzubillah mintak dijauhkn. Ok if ummi rajin ummi tulis pasal kitchen cabinet plak. En ayah nak kabinet dapur material dari aluminium. Selamat dari anai2 katanya. 

Monday, November 03, 2014

Yang comel yang manja

Cuti sekolah

Mengikut kalendar, last day sekolah utk tahun ni ialah 21 november hari jumaat. Sekolah anak2 ummi akan mengadakan perjumpaan teacher-parents tak lama lagi. Teacher kelas Nashrul dan Fathul akan explain tentang pencapaian mereka di sekolah. Alhamdulillah atas pencapaian mereka. Dari penelitian ummi nashrul lebih suka kpada matematik. Fathul lebih suka bahasa dan seni. Masih banyak ilmu yang mereka akan pelajari insyaAllah. Nashrul dan Fathul dah dapat tawaran darjah 1 ke sekolah islam Al-Amin. Tapi sayang seribu kali sayang mereka tak dpt melanjutkn pelajaran di sana. Ini lah yg dinamakan takdir. Kita dah lama merancang ternyata Allah jua yg menentukan. Semoga ank2 ummi sukses. Dunia ini hanyalah jambatan dan ladang usaha. Dunia bukan matlamat. Akhirat lah matlamat kita. Bukan mudah nk explain pd anak2. InsyaAllah bermula dgn semaian akidah ke dalam jiwa mereka. Semoga Allah bantu :-).

Grill rumah

Kitaorang tak sure bila actually rumah kat jalan jambu tu akan siap. Tapi kitaorang dok survey dah grill, langsir and kitchen cabinet. Tiga mende tu la yg penting if nk pindah rumah. Tema rumah yang ktorg prsetujui ialah moden. Jadi warna rmh ktorg nnt bnyk kaler black & white. Simple and tak de serabut2 dgn perhiasan. Setakat ni tiga mende tu xde satu pun lagi.

Moga Allah permudahkan

Kandungan ummi dah mencecah 6 bulan setengah. Last check up, placenta masih di bawah. Mengikut pembacaan ummi placenta tidak boleh bergerak sebab ia melekat. Seperti doktor Kham cakap, tiada cara yang boleh buat uri tu naik melainkan berdoa kepada Allah. Ummi harap tidak berlaku pendarahan waktu encik ayah takde kat rumah. Nak berehat tu mustahil lah. Doktor Kham cakap tunggu hingga 33 week. Jika jalan kurang dari 5 cm, kemungkinan kena operate. Erm...wallahu'alam. Robbi yassir wala tu'assir. Semuanya dalam ketentuan Allah. Be calm and relax :-).

Tuesday, October 28, 2014

Siakap stim limau

Hari ni takde mood nk masak n nak makan. Ummi just masak siakap stim limau untuk fathul yang batuk. Sabtu ni anak2 bergraduasi. Mereka akan buat persembahan. Moga fathul cepat sembuh ameen.

Wednesday, October 22, 2014

Swiss pancake

Pagi ni kitaorang bekpes ngan swiss pancake n air teh susu. Swiss pancake ni enak dimakan begitu saja or boleh dimakan dengan jem. Hari ni cuti deepavali. Kitaorang melepak kat umah jer...

Monday, October 20, 2014

Ceria pagi ni

Qayyum berasa sungguh seronok sebab dapat pakai beg. Beg buruk kepunyaan along dan abang ni ummi jumpa dalam almari.

Tuesday, October 14, 2014

Cik Donut

Makan petang dengan donut. Walaupun rupa cik donut ni tak menawan tapi alhamdulillah rasanya sodap. Lembut dan gebu. Habis licinnnn...

Thursday, October 09, 2014

Tuesday, October 07, 2014