Tuesday, November 29, 2016

Selamat berkhatan

Alhamdulillah anak kembar ummi Nashrul dan Fathul selamat berkhatan di Klinik Ajwa Sek 7 Shah Alam pd 27 Nov 2016. Dua hari ni sgt meletihkan huwaaaa. Bertambah kerja ummi sebagai jururawat 3 hari ni. Sebenarnya banyak babak2 airmata selama 3 hari ni. Nashrul tak mahu makan dan minum. Kena suap dan kena mandikan. Dia takut nk kencing, tahan2 terkencing depan pintu toilet. Alhamdulillah hari ni Nashrul dan Fathul dah semakin sihat. Tapi khatan Fathul belum selesai. Belum sempurna. 2 minggu lg kena pergi semula jmp doctor huhu gara2 Fathul tak boleh duk diam masa proses bersunat. Semoga cepat sembuh dan dipermudahkn semuanya aminn.



Friday, November 25, 2016

Cekodok

Pagi Jumaat, cekodok pisang in the house !!!!



Puteri Maryam dan putera Qayyum belum bangun. Entahla..minggu ni dua org ni tido lewat petang. Mlm2 berjaga. pukul 2 agaknya mlm td tido. ummi dah pengsan dulu drp Maryam. Sapo kato ank pempuan tak lasak huhu. Aktif sgt2 gegirl ummi ni. Kat rumah memang RATU SEPAH rumah.


Thursday, November 24, 2016

muffin pandan

Anak2 bukan main lagi malas gi sekolah. Tak belajar dah katanya. Hari ni 3 trip ummi memasak nak oiiii. Stok makanan segera habis tinggal biskut kering. kena la ummi memasak kalau tak kelaparan ank2 ribena ni. Keje budak...main makan main makan. menu petang ni alhamdulillah muffin pandan asli belakang rumah. 


Monday, November 21, 2016

Syukur

Tahniah sayang ! alhamdulillah Nashrul dpt no.3 dlm kelas. Satu lg anugerah lonjakan apa ntah. Sebenarnya Nashrul baru pandai membaca dlm tahun ni. Dekat2 nk masuk pertengahan tahun mcm tu Nashrul boleh membaca sikit2. Masa darjah 1 belum blh membaca. bila belajar membaca dengan ummi dia menangis sebab kena marah huhu kesian Nashrul. Bila ujian dia main bedal je la masa darjah 1. Alhamdulillah cikgu cakap Nashrul ada peningkatan akhir tahun ni. Tu yang terpilih utk anugerah lonjakan ni. Alhamdulillah syukur sgt ada peningkatan sikit demi sikit. Masih banyak lagi ilmu yg belum dapat ank2 kuasai dengan baik. ilmu yg asas2 ni perlu pengukuhan seperti matematik campur tolak lemah lagi. Jawi dan muqaddam belum dapat kuasai lg. Once dia dh dpt kuasai yg basic2 tu ummi dah x perlu nk risau sgt. Dulu2 murid2 kena kuasa 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Zaman sekarang 4M. Membaca, menulis, mengira dan menaakul. Zaman KBAT. pesan sorg cikgu tu, terapkan nilai2 KBAT pd ank2 dlm kehidupan seharian. hehe. Contohnya, knp kita letak sudu dlm cawan berisi air panas? kalau jawapan murid untuk mengacau minuman betul jgk ikut logik tp ikut jawapan sains mesti la tak tepat. Jawapan mesti la kena KBAT. Hah...silakan pikior sendiri ikut skema KBAT. hihi.


Friday, November 18, 2016

Blocks

Hasil menjala dalam lazada hihi. Lego murah2. Hat ni ada banyak tayar so boleh la buat kereta dan lori. Qayyum suka benar main benda alah ni. 






Thursday, November 17, 2016

UPSR

Hari ni en ayah mc. Demam dan batuk. moga cpt sembuh en.ayah. Hari masuk dlm wassap result upsr. Ni first upsr yg guna sistem KSSR. yang ada KBAT. Soalan KBAT mmg susah untuk level sekolah rendah. Budak zaman skrg otak bijak2 agaknya. Soalan sains darjah dua anak ummi punya mcm soalan pmr masa zaman ummi dulu. Haihhh. Sistem KSSR ni ummi masih tak brp nk clear. Ummi harap Nashrul dan Fathul dpt catch up. Satu masalah budak kembar ni masa periksa malas baca soalan. Geram sungguh kan kalau soalan senang dia jawab salah. Harap2 tahun depan ank2 ummi dapat naik kelas aminn.

Bil. calon yg dpt 6A daerah Klang:

Jln kebun 1
Bukit rimau 4
Andalas 4
Binjai 6
Johan setia 1
SK bkt naga 0
SK Ppuan bkt kuda 0
Sk Bkt kuda 1
Sk teluk pulai 2
Sk kg pendamar 1
SK Teluk Menegon 2
Sk.Batu Belah 1
Sk bkt kapar 1
Sk kapar 0
Sk meru 3
Sk sg kapar indah 1
Sk sementa 0
Sk rantau panjang 7

#makyangrisauanak2relaxjer
#insyaAllahcalonupsr2020

Monday, November 14, 2016

Demam

Hari ni Fathul demam. Tak tahu kenapa. Berjangkit dengan en.ayah kah atau banyak makan buah dokong semalam. Mungkin brjangkit dgn ayahnya la kot. Malam ni dia dah tertido awal. Jadi senyap la sikit malam ni. Jika tidak tak berhenti bergaduh dengan si Qayyum. Pukul 9.20 pm tinggal 3 orang anak ummi sedang menonton tv. Semoga Fathul cepat sembuh aminnnn.


Friday, November 11, 2016

Kreatif



Qayyum 3 tahun lebih kreatif macam abangnya Nashrul. Cara dan minat diorang hampir sama. Tapi motor halus Qayyum lebih tajam. Dua2 suka main playdoh dan lego (block). bukan yg mahal yer... yg murah. bukan jenama playdoh pun atau bukan jenama lego pun. Diorang ni tak perlu selalu dibelikan mainan pun. mereka akan kreatif bermain menggunakan apa saja yg ada. sampah2 pun diorng kutip wat main sabor je la. Fathul pulak lain macam pulak minatnya huhu. Dia suka tanya kedudukan negeri2 dlm negara sampai la dia blh lukis peta malaysia walaupun x cantik. skrg ni dia tanya kedudukan negara2 luar pulak. nak hafal peta dunia pulak. mujur ada globe kecik senang nak tunjuk. Fathul suka tengok citer science fiction, hantu dan misteri. Kerana ada laptop kat rumah, depa kembar dua org tu bnyk habiskn masa tengok laptop berbanding mmbaca buku di hujung minggu. itulah...ummi rasa gadget2 ni menjadi racun kpd knk2. parents la yg kena kontrol. kesannya depa malas membaca. bila jawab exam, malas baca soalan. main jawab je. soalan punya la senang pun boleh salah sbb xbaca soalan. grrrr. Setiap hari depa 3 orang ni suka bergaduh. Semoga Allah satukan hati2 mereka dan mereka saling sayang menyayangi. Impian ummi nak hantar tiga2 ni ke Maahad Tahfiz moga Allah maqbulkan doa ummi. perjalanan masih jauh tapi kita kena lobi dari sekarang supaya nnt umur 12 tahun mental diorang dah bersedia nak masuk maahad insyaAllah. Smg 30 juz al Quran berada dlm hati mereka aminnnn.

Trio

Alhamdulillah hari ni sampai dah food steamer trio yg ummi beli dari lazada. reward for myself. senang mak jemah xyah kuar gi kedai. depa hantaq sampai depan pagar umah. ummi beli hasil simpan duit sendiri tau. berjimat2 ikat perut sob sob sob. Maklum la kita tak bekerja nak beli alat2 dapur takleh ler tetiap bulan. lepas ni boleh la nak kukus nasi dagang hihihi. Ada satu barang lagi mini mesin jahit kecikkkk sesangat beli dalam lazada jugak. Hasil duit ummi buat dropship dalam fb. itu pun kalau ada masa la. curi2 masa bila datang time rajin tu. Moh kita menabung lagi nak beli periuk belanga pulak huhu.


Monday, November 07, 2016

Alhamdulillah

Alhamdulillah hari.ni adik ummi konvo di ukm. Sarjana pengurusan keselamatan industri. Bnyk ujian hidup yg beliau tempuhi sebelum grad. alhamdulillah konvo jugak akhirnya. tahniah ayoh mat.





Sabar

http://youtu.be/h0HR0Ge7JiE

Lirik Lagu : Sabar
Artis : Brothers
Album : Sabar (2015)

Kita semua inginkan hanyalah yang terbaik
Namun bila yang terjadi sebaliknya
Bila yang telah kau usaha namun tidak akhirnya
Menjadi apa saja yang kau harapkan

Sabar sabar, sabar sabar
Sabar sabar itulah yang terbaik
Sabar sabar sabar
Itulah yang terbaik
Bersabar

Nantikanlah masanya akan tiba
Nantikanlah masanya yang sempurna
Bila masanya bila akan tiba
Biar tuhan saja yang menentunya

Sabar sabar sabar sabar

Jika kau terus berusaha mesti jua akhirnya
Menjadi yang apa saja yang kau harapkan

Sabar sabar sabar
Itulah yang terbaik
Bersabar

Nantikanlah masanya akan tiba
Nantikanlah masanya yang sempurna
Bila masanya bila akan tiba
Biar tuhan saja yang menentunya

Sunday, November 06, 2016

Along 7 dimensi

Ada sorang budak ni umur 8 tahun dah terpengaruh dgn citer Alif dlm 7 dimensi lakonan izzue islam. Adoi xsengka plok dia gi pakai sweater tengah2 cuaca panas haha..haha...adui. Nnt umur 12 tahun xtau la mcm mn dia bila trpengaruh dgn movie2 ntah paper. tengok ek..









:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
taraaaaaaaaaa
:
:
:
:


tolonglah....hahaha...nampak tak anak ummi yg pakai sweater tuh...!!!


Wednesday, November 02, 2016

sambal udang tempoyak



Setiap kali buka peti sejuk nampak bekas tempoyak. Dok teringat citer ejen Ali episod 1. kod rahsia penjahat tu tempoyak udang. Aiseh tak pernah lagi makan @masak tempoyak udang. kalo buat ni kompom encik ayah xmakan. tempoyak dia xsuke. udang pun dia xsuke. ummi suka masakan kampung. peeggghh sedapnyerr. nyum3x. 


Udang Tumis Tempoyak 
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
 isi udang tanpa kulit secukupnya
cili padi merah hijau , ikut pedas yerk -  ditumbuk
2 biji bawang merah - ditumbuk
2 biji bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih -  ditumbuk
2 @ 3 sudu besar tempoyak
Garam dan sedikit gula
sedikit minyak
sedikit air panas jika nak berkuah sikit

Cara :
Panaskan minyak dan tumis bahan yang dihiris sehingga naik bau, masukkan bahan2 tumbuk dan tumis hingga garing, masukkan udang dan kacau sehingga separuh masak. Masukkan tempoyak dan kacau sehingga masak. Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan kacau sebati. Jika nak berkuah, tambah sedikit air panas dan biarkan seketika dan boleh padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.



kerja rumah

Anak2 kena diajar buat kerja rumah. Anak perempuan dan anak lelaki kena buat keje rumah sama banyak. Yang banyak cakap tapi tak buat kerja memang ada species macam tu. Qayyum nampak lagi pandai buat kerja berbanding abang2 dia. Abang2 dia cakap je banyak. 




minyak naik

Skrg kecoh psal minyak naik. bukan je minyak petrol tapi jg minyak masak. minyak masak dh xde subsidi. agak2 harga pisang goreng pun naik ke? hehe. oleh krana itu kita kurangkan masak yg goreng2. kita masak yg rebus2..stim2 tanpa guna minyak. haa..hari ni nak masak ikan singgang. memang kesukaan mak jemah tapi en ayah dan ank2 tak berapa suka. 

resepi ikan singgang;

ikan
bawang putih
bawang merah
lengkuas
cili burung
bendi
asam gelugoq
garam
gula

- mayang bawang dan lengkuas. masukkan kesemua ke dalam periuk. bubuh air. biarkan menggelegak. last skali masukkn bendi. biar sekejap tutup api.