Friday, November 11, 2016

Kreatif



Qayyum 3 tahun lebih kreatif macam abangnya Nashrul. Cara dan minat diorang hampir sama. Tapi motor halus Qayyum lebih tajam. Dua2 suka main playdoh dan lego (block). bukan yg mahal yer... yg murah. bukan jenama playdoh pun atau bukan jenama lego pun. Diorang ni tak perlu selalu dibelikan mainan pun. mereka akan kreatif bermain menggunakan apa saja yg ada. sampah2 pun diorng kutip wat main sabor je la. Fathul pulak lain macam pulak minatnya huhu. Dia suka tanya kedudukan negeri2 dlm negara sampai la dia blh lukis peta malaysia walaupun x cantik. skrg ni dia tanya kedudukan negara2 luar pulak. nak hafal peta dunia pulak. mujur ada globe kecik senang nak tunjuk. Fathul suka tengok citer science fiction, hantu dan misteri. Kerana ada laptop kat rumah, depa kembar dua org tu bnyk habiskn masa tengok laptop berbanding mmbaca buku di hujung minggu. itulah...ummi rasa gadget2 ni menjadi racun kpd knk2. parents la yg kena kontrol. kesannya depa malas membaca. bila jawab exam, malas baca soalan. main jawab je. soalan punya la senang pun boleh salah sbb xbaca soalan. grrrr. Setiap hari depa 3 orang ni suka bergaduh. Semoga Allah satukan hati2 mereka dan mereka saling sayang menyayangi. Impian ummi nak hantar tiga2 ni ke Maahad Tahfiz moga Allah maqbulkan doa ummi. perjalanan masih jauh tapi kita kena lobi dari sekarang supaya nnt umur 12 tahun mental diorang dah bersedia nak masuk maahad insyaAllah. Smg 30 juz al Quran berada dlm hati mereka aminnnn.

No comments :

Post a Comment

Komentar anda amat dihargai, terima kasih.