Monday, November 21, 2016

Syukur

Tahniah sayang ! alhamdulillah Nashrul dpt no.3 dlm kelas. Satu lg anugerah lonjakan apa ntah. Sebenarnya Nashrul baru pandai membaca dlm tahun ni. Dekat2 nk masuk pertengahan tahun mcm tu Nashrul boleh membaca sikit2. Masa darjah 1 belum blh membaca. bila belajar membaca dengan ummi dia menangis sebab kena marah huhu kesian Nashrul. Bila ujian dia main bedal je la masa darjah 1. Alhamdulillah cikgu cakap Nashrul ada peningkatan akhir tahun ni. Tu yang terpilih utk anugerah lonjakan ni. Alhamdulillah syukur sgt ada peningkatan sikit demi sikit. Masih banyak lagi ilmu yg belum dapat ank2 kuasai dengan baik. ilmu yg asas2 ni perlu pengukuhan seperti matematik campur tolak lemah lagi. Jawi dan muqaddam belum dapat kuasai lg. Once dia dh dpt kuasai yg basic2 tu ummi dah x perlu nk risau sgt. Dulu2 murid2 kena kuasa 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Zaman sekarang 4M. Membaca, menulis, mengira dan menaakul. Zaman KBAT. pesan sorg cikgu tu, terapkan nilai2 KBAT pd ank2 dlm kehidupan seharian. hehe. Contohnya, knp kita letak sudu dlm cawan berisi air panas? kalau jawapan murid untuk mengacau minuman betul jgk ikut logik tp ikut jawapan sains mesti la tak tepat. Jawapan mesti la kena KBAT. Hah...silakan pikior sendiri ikut skema KBAT. hihi.


No comments :

Post a Comment

Komentar anda amat dihargai, terima kasih.