Sunday, November 25, 2012

Bahagia membahagiakan

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

"Kita tak dapat membahagiakan orang lain sekiranya diri kita sendiri pun tidak bahagia"-Prof Muhaya.

Setuju tak? Ada benarnya juga. Oleh itu, marilah kita menjadi wanita yang bahagia. Bahagia itu pula perlu dicari. Cari cinta Allah, insyaAllah kita dapat cinta manusia. Bagaimana pula perasaan ingin memiliki dan dimiliki? Aduh, saya tidak pandai bermain dengan kata-kata..mari kita baca ayat-ayat Ustaz Pahrol Mohamad Juoi kat bawah. Semoga hati kita bahagia, isteri dan ibu yang gembira :).



"Kaya ini bukan dengan memiliki tetapi apabila tidak dimiliki.
Sering berlaku, kita 'dimiliki' oleh sesuatu yang kita miliki...

Semoga kita sentiasa sedar bahawa harta itu adalah 'hamba' yang baik, tetapi 'tuan' yang sangat jahat.
Justeru, jangan sekali-kali dimiliki oleh sesuatu yang kita miliki.

Ya Allah, jadikanlah kami hambaMu, selamanya, sentiasa dan di mana jua."

Saturday, November 24, 2012

Pengumpat

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


Sensasi bercerita perihal kebaikan orang lain tidak sama dengan sensasi bercerita atau mendengar keburukan orang lain. Jadi awas, mari kita hindari daripada mengumpat atau mendengar orang mengumpat. Boleh jadi, orang yang mengumpat pasal orang lain di depan kita, lain kali bila kita tidak ada di depannya, dia akan mengumpat pasal kita pula. Jadi, elakkan diri dari berkawan dengan si pengumpat.

Tafsir surah al-Humazah (pengumpat)

Bismillaahirrahmaanirrahiim.
1. Kecelekaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela.
2. Yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya
3. Dia mengira bahawa hartanya itu dapat
mengekalkannya.
4. Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar
akan dilemparkan ke dalam Huthamah.
5. Dan tahukah kamu apa Huthamah itu?
6. Yaitu api yang disediakan Allah yang dinyalakan.
7. Yang sampai ke hati
8. Sesunguhnya api itu ditutup rapat atas mereka
9. Sedang mereka itu diikat pada tiang-tiang yang
panjang.

Monday, November 19, 2012

Hidup dalam syukur

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba...dan kucuba menghindarkan pesona maya..

Alhamdulillah masih dipinjamkan nyawa untuk berblog. Sudah agak lama blog ini menyepi. Mudah-mudahan diri saya dan anda semua hidup dalam penuh kesyukuran ameen. Sama-sama kita hayati doa nabi Sulaiman agar menjadi hamba yang bersyukur.


Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh-Surah An Naml ayat 19
~ATas NaMa CiNta-UniC~

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

Friday, August 10, 2012

Program istana "Qiam with me"

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Seronoknya rakyat Kelantan yg dapat pergi program Qiam With Me di Dewan Jubli Perak Istana Negeri Kubang Kerian. Tak sia-sia istana besar yg tersergam indah di Kubang Kerian tu. Semoga bertambah berkat kehidupan Sultan kesayangan ramai itu. Kali terakhir saya memasuki istana Kubang Kerian ialah masa berusia 11 tahun untuk membuat persembahan tarian sempena Majlis Keputeraan Sultan Ismail Petra ketika itu. Masa tu Sultan Muhammad V berusia 20-an. Semoga selepas ini, Sultan negeri lain pun dapat mencontohi perkara yang sama. Kalau dapat selalu buat majlis ilmu agama dalam istana pun bagus juga. Barulah terserlah peranan sultan sebagai ketua agama.













Thursday, August 09, 2012

Sepuluh malam terakhir

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Dah dua tiga hari tak ada selera makan. Hari ni buat tomyam sebab Fathul pula tak nak makan kuah santan. Alhamdulillah Fathul makan nasi lauk tomyam ayam bersama telur dadar. SEmoga Allah berikan kekuatan untuk meneruskan puasa hingga ke penghujung Ramadhan ameen3x. Sebab takde selera nak makan nasi, lepas ni nak buat bubur gandum campur keledek purple, biji sago dan jagung manis. Semoga kita fokus kepada ibadah di sepuluh malam yang terakhir kerana Allah menawarkan ganjaran yang hebat iaitu malam lailatul qadar.



Selingan

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞

Nak2 dekat raya ni macam-macam la cik adik nak beli kan. Cik abang yang sediakan duit tu sabar jelah. Semoga kita menjadi isteri yang solehah, berbelanja biar berhemat. Memang tak ade wanita yg tak suke shopping kan :).


Tuesday, August 07, 2012

Bebaskan diri dari penghargaan manusia

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


Seperti yang Prof Muhaya selalu cakap, apabila kita membuat sesuatu kerana mengharapkan penghargaan orang lain, kita akan stress. Tapi jika kita buat kerana Allah, hati kita akan tenang. If Allah is with you, never worry who is against you. So hati mesti ikhlas dalam setiap perbuatan kerana Allah. Kenapa kita sambung belajar master, PHD? Kenapa kita hanntar anak sekolah tahfiz? kenapa kita bekerja berjawatan besar? kenapa kita nak sangat title Ir, Dr, Prof? Jika sebab nak mengharapkan penghargaan manusia...alangkah malangnya kita. Sama-sama kita audit diri di bulan yang mulia ini insyaAllah.

Para ibu bapa harus ikhlas mendidik anak anak jadi pencen kubor kita yang akan mendoakan kita bila kita di alam barzah. Jangan sekali niat mendidik anak untuk membuat kita bangga. Bayangkan anak anak kita bersama kita menuju syurga di padang mahsyar. Kalau ini tujuan kita lihat betapa ia akan mengubah cara kita fikir, rasa dan bertindak. Jangan sekali mencari penghargaan manusia dalam mendidik anak. Hanya redha Allah. Ini akan mengubah bahasa di rumah kita. Perkataaan " apa orang kata" akan hilang an timbul" apa Allah lihat dan apa Nabi Muhamaad saw akan buat dalam situasi ini.-Prof Muhaya

Sunday, August 05, 2012

Separuh Ramadhan

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


Alhamdulillah, sudah berlalu 15 Ramadhan. Sama-sama kita semak apakah amalan yang kita lakukan dalam bulan Ramadhan ini berganda berbanding di bulan-bulan yang lain. InsyaAllah, ramai yang berpuasa..yang membezakan antara puasa setiap orang ialah pengisian dalam bulan Ramadhan ini. Bagaimana kita mengisi Ramadhan kita hingga bila tiba Syawal nanti, kita seolah-olah seperti insan yang baru dilahirkan..suci dari dosa. Sebab tu kita dianjurkan berbanyak-banyak memohon pengampunan dosa di bulan yang penuh keberkatan ini. Ada orang yang berpuasa tapi tidak solat, rugi besarlah orang ini kerana puasa kita ialah untuk Allah, bila dia tidak solat..ia seperti puasa menipu diri sendiri. Semoga mendapat hidayah dalam bulan Ramadhan ini ameen.

Dari Abi Hurairah r.a, Rasulullah SAW naik ke atas mimbar, kemudian baginda berkata :

"Amin..amin. .amin..".

Kemudian ditanyakan (para sahabat), kepada baginda :

"Wahai Rasulullah, semasa tuan naik ke atas mimbar, tuan sampai mengatakan Amin (3x) (ada apakah sebabnya?)"

Kemudian Rasulullah SAW memberikan keterangan: "Jibril telah datang kepadaku dengan mengatakan : "Barang siapa yang telah datang kepadanya bulan Ramadan (puasa) , kemudian dia tidak mendapatkan pengampunan (pada bulan Ramadan tersebut), maka ia dimasukkan kedalam api neraka, dan Allah jauh dari dirinya, maka katakanlah :Amin" kemudian aku mengaminkannya."

"Dan barangsiapa yang mendapatkan orang tuanya (ketika keduanya masih hidup), atau salah satu diantara kedua orang tuanya masih hidup, sementara (dia mampu berbuat baik untuk kedua atau salah satu diantara keduanya), kemudian dia tak mahu berbuat baik kepada keduanya, atau salah satu diantara keduanya (yang masih hidup tadi), kemudian mati, maka Allah akan memasukkannya kedalam api neraka, dan Allah sangat jauh dari dirinya, maka aku katakan :Amin"

"Dan barang siapa yang dimana namaku disebutkan (didepannya) , kemudian dia tak memberikan salawat kepadaku, maka Allah akan memasukkannya kedalam api neraka dan Allah sangat jauh dari dirinya, maka katakanlah (wahai Muhammad SAW)

(amin), maka aku katakan "Amin"

(Hadis Riwayat Ibnu Hibban di dlm kitab sahihnya 3:118)

Sama-sama audit banyak mana tilawah kita (baca tafsir sekali untuk faham maksud), sedekah (Rasulullah adalah pemurah, dan bertambah pemurah lagi dalam bulan Ramadhan)...mungkin ini Ramadhan kita yang terakhir..

Friday, August 03, 2012

Saudara muslim Rohingya

۞ ﺒﺴﻢ ﺍﷲ ﺍﻠﺮﺤﻤٰﻦ ﺍﻠﺮﺤﯿﻢ ۞


Semasa saya kecik2 dulu, masa tinggal di kuarters kerajaan Jalan Halimah Kuala Krai, selalu datang orang Burma menggendong anak meminta sedekah dari rumah ke rumah. Ibu saya akan memberi sedikit duit kepadanya. Saya pelik, kenapa pula orang islam ni datang dari Burma. Sebab yang datang tu bertudung selendang. Ibu saya kata orang islam.
Baru sekarang saya tahu, yang datang tu ialah orang muslim Rohingya. Sudah sekian lama mereka hidup miskin, tertindas dan sekarang diusir dan dibunuh oleh tentera kerajaan Myanmar. Ya Allah, betapa menderitanya saudara muslim kita ini. Nasib kita sangat2 jauh bernasib baik dari mereka. Bersyukurlah selalu jangan mengeluh dengan perkara remeh temeh. Tiada orang yang usir kita dari rumah yang kita tinggal sekarang. Kita sama-sama doakan agar saudara muslim kita yang tertindas mendapat perlindungan dari Allah swt ameen.